JANGAN KHIANATI USAHA BAIK KPM BERKONGSI KEPAKARAN DEMI KEBAIKAN RAKYAT AFGHANISTAN.
WADAH (Wadah Pencerdasan Umat) menyokong penuh pendirian kerajaan Malaysia dan Kementerian Pendidikan dalam menerima lawatan kerja delegasi pegawai Afghanistan.
Kerajaan Malaysia telah menjelaskan dengan tuntas sejak daripada dasar kerajaan terdahulu bahawa mereka telah bersedia untuk membantu Afghanistan dari segi sosial, kesihatan dan bantuan kemanusiaan.
Tujuan lawatan itu adalah untuk memberi pegawai-pegawai berkenaan gambaran keseluruhan sistem pendidikan Malaysia, termasuk pendidikan wanita dan kanak-kanak. Ia bagi menyedarkan delegasi kepada sistem pendidikan inklusif dengan akses dan kesaksamaan merentasi status sosioekonomi, jantina dan etnik. Difahamkan, delegasi Afghanistan telah meminta Malaysia sebagai rujukan amalan terbaik dari segi membangunkan dasar pendidikan.
Atas dasar libaturus dan membina muhibah, Malaysia telah mengambil sikap proaktif dengan ‘engagement” dengan kerajaan Afghanistan untuk mendorong ke arah penyertaan semula masyarakat antarabangsa dengan mematuhi nilai-nilai hak asasi manusia sejagat.
Dalam usaha untuk mencapai kebaikan yang lebih besar, Malaysia melakukannya secara berwawasan dengan menunjukkan kepada mereka cara untuk berubah. Malaysia memilih untuk menunjukkan jalan kebijaksanaan agar Afghanistan kembali kepada masyarakat global dengan hidup bersama secara aman.
Kenyataan dan pertanyaan ahli parlimen Bagan tentang perihal ini adalah tidak wajar. Beliau kelihatan terpisah dan terputus hubungan dengan realiti geo-politik dan cara menguruskan kepelbagaian di tengah-tengah jurang budaya. Beliau seolah-olah tersasul dalam dunia penuh kecurigaan dan ketebalan sikap tidak bertoleransi terhadap orang lain. Misi pendamai adalah membina jambatan bukan meninggikan tembok halangan antara manusia.
WADAH mengulangi sokongan kepada Menteri Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk terus berkongsi kepakaran dan pengetahuan bagi membantu membangunkan Afghanistan. Malaysia mempunyai rekod tertera prestasi membantu negara-negara yang baru membangun dan baru bermula. WADAH yakin usaha yang dilakukan ini sebagai usaha besar mengangkat misi MADANI dengan melaksanakan prinsip ihsan kepada masyarakat antarabangsa khusus buat rakyat Afghanistan.
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kepentingan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah serta cabaran penyebaran fitnah dan kebencian melalui media sosial menjadi fokus sesi kedua Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Islam dan Adab Mengurus Perbezaan Pendapat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan ini meneliti pendekatan Islam dalam menangani […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kedudukan institusi Raja Berperlembagaan serta hubungan antara Islam, Melayu, Raja dan Perlembagaan Persekutuan menjadi tumpuan sesi pertama Dialog Ummah 2.0 yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Sesi bertajuk “Islam, Melayu, Raja dan Perlembagaan: Memahami Amanah Kenegaraan” ini mengupas kepentingan memahami asas kenegaraan […]
SUNGAI RAMAL, 23 Oktober 2026 – Di sebalik gelaran sarjana fizik dan pencapaian akademik berprestij di peringkat antarabangsa, keperibadian Almarhumah Profesor Dr. Khalijah Mohd Salleh sentiasa berakar pada satu matlamat tunggal yang amat murni: menjadi seorang Muslimah yang beriman dan mengabdikan seluruh kehidupannya demi meraih keredaan Allah SWT. Penzahiran ini dikongsi secara penuh emosi dan […]