Pengumuman Pemenang Pertandingan Puisi Kemerdekaan Wadah 2024
Dengan penuh rasa bangga, kami mengumumkan para pemenang Pertandingan Puisi Kemerdekaan Wadah 2024 yang telah berlangsung dengan jayanya. Tema kemerdekaan yang mendalam dan semangat perjuangan yang ditonjolkan oleh para peserta telah memberikan satu pengalaman yang luar biasa. Pertandingan ini adalah sebahagian daripada inisiatif Wadah Pencerdasan Umat Malaysia untuk memperingati Hari Kemerdekaan 2024 dan menyemarakkan semangat patriotisme melalui seni puisi.
Berikut adalah pemenang-pemenang yang telah menunjukkan kreativiti dan keindahan dalam setiap baris puisi mereka:
🏆 Johan: Muhamad Syafiq bin Mohd Salleh Tajuk: “Ku Pancang Layar Kemerdekaan Sejati”
🥈 Tempat Kedua: Sholihin bin Osman Tajuk: “Wadah Fikrah Madani”
🥉 Tempat Ketiga: Tengku Nurhanis binti Tengku Othman Tajuk: “Sinar Merdeka: Jejak Perjuangan dan Harapan”
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua peserta yang telah menyertai pertandingan ini, menjadikan acara ini satu platform yang amat bermakna dalam meraikan semangat kemerdekaan. Terima kasih kepada para peserta yang telah menyumbangkan karya-karya yang memberi inspirasi.
Semoga semangat kemerdekaan yang ditonjolkan melalui karya-karya ini terus menginspirasi kita semua untuk berjuang demi negara yang lebih baik.
KAJANG, 13 Julai – Usaha memperluas akses masyarakat kepada ilmu dakwah bersijil terus diperkukuh apabila Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Kolej Dar Al-Hikmah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bagi pelaksanaan Kursus Pensijilan Ilmu Dakwah secara dalam talian. Kerjasama ini membuka laluan baharu kepada orang ramai, khususnya mereka yang berminat mendalami ilmu dakwah secara lebih tersusun, […]
SUNGAI MERAB, 10 Julai 2026 – Membawa misi besar dalam memperkasa agenda kebajikan sivil, modal insan, dan celik al-Quran di kawasan bandar, satu jalinan kerjasama strategik telah dimeterai secara rasmi hari ini. Pada hari Jumaat yang penuh dengan keberkatan ini, telah berlangsung Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara pihak Pusat Infaq WADAH (PIW) bersama pihak […]
BUKIT BINTANG, 19 Jun 2026 – Buat pertama kalinya dalam sejarah, syiar Islam berkumandang dengan lebih dekat di tengah-tengah pusat bandar raya apabila solat Jumaat julung-julung kalinya diadakan di Outreach Oasis Bukit Bintang (OOBB). Pelaksanaan ini mendapat kebenaran khas rasmi bagi berfungsi sebagai surau Jumaat sementara. Langkah tersebut diambil sebagai penyelesaian realistik bagi memenuhi keperluan […]
KELANTAN, 19 Jun 2026 – Isu penyampaian mesej Islam kepada masyarakat majmuk di Malaysia menuntut komitmen yang konsisten serta pendekatan yang lebih strategik daripada para penggerak agensi dakwah. Menyedari kepentingan tersebut, satu program latihan dalaman berimpak tinggi iaitu Usrah Gabungan Staf Agensi Ke-7/2026 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya kelmarin. Program yang memfokuskan kepada perbincangan bertema […]