CENGKERIK, BIRI-BIRI DAN SINGA MENJADI UMPAMAAN DALAM MUKTAMAR
November 7th, 2024
| Editor Wadah
Kongsikan artikel ini :
Antara yang menarik perbahasan kali, pembahas ucapan penangguhan oleh Dr Samsul Azhar, Pengerusi WADAH Negeri Sembilan membawa perumpamaan cengkerik di tengah hutan di waktu malam. Di kampung diwaktu malam, terdengar cengkerik sekali sekala mengeluarkan bunyi tapi dicari tak jumpa. Perumpamaan ini, buat teguran kepada ahli-ahli WADAH dalam memegang jawatan. Berbunyi sekadar menunjukkan ada nya mereka, tapi tak memberi kesan kepada WADAH. Nasihat beliau, jangan lah jadikan diri sekadar cengkerik di hutan di waktu malam.
Manakala dalam ucapan Presiden juga perumpamaan biri-biri dan singa. Anak singa yang dari kecil dibela oleh biri-biri sehingga lah dewasa. Sehinggalah mereka melihat diri masing-masing di air bahwa wajah mereka berlainan. Namun singa tidak mampu melakukan apa-apa kerana sudah terlalu lama dengan biri-biri. Tidak tahu lagi peranan nya sebagai singa, Raja segala binatang, yang gagah perkasa.
Ini lah berlaku sekarang disebahagian kalangan ahli WADAH, kita yang terlalu lama mendiamkan diri, terasa tertekan, yang masih menganggap kita masih lemah dan terikat tangan untuk melakukan sesuatu. Kita lupa bahawa kita dahulu pernah gagah, pernah menjadi rujukan, pernah menjadi juru bicara umat, menjadi ikutan dari segala sudut seperti pemikiran dan tindakan, yang juga cara perpakaian dan menyimpan janggut.
Presiden mengingatkan kita sudah tiada punya masa dan masa yang diberikan oleh Allah swt , bersama kepimpinan kerajaan yang ada seharusnya dimaksimakan oleh ahli kita. Kita harus bangkit dan kembalikan kekuatan kita dan bersama-sama dengan WADAH.
KUALA LUMPUR, 7 Ogos 2026 – Gabungan pertubuhan masyarakat sivil yang dipimpin oleh Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), dengan kerjasama Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM) dan Sekretariat DAIE Madani, hari ini secara rasminya telah menyerahkan satu Memorandum Keprihatinan NGO berhubung Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH). Inisiatif penyerahan memorandum ini dilaksanakan sebagai […]
PUTRAJAYA, 6 Ogos 2026 – Dalam mendepani era moden yang sarat dengan cabaran kejahilan dan kekeliruan maklumat (the clash of ignorance), usaha memartabatkan serta menyebarkan kalam suci al-Quran secara fizikal kekal menjadi salah satu tiang seri utama dalam membina peradaban ummah. Perkara ini ditegaskan sempena Majlis Peluncuran Percetakan Mushaf Al-Quran Terjemahan Bahasa Afghanistan yang meriah […]
STATEMENT OF CONDOLENCESWADAH – The Movement for an Enlightened Society إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ WADAH (Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia) officially expresses its profound sadness and deep condolences following the solemn news of the passing of the Secretary General of Jamaat-e-Islami Pakistan, the late Ameer-ul-Azeem. He passed away after a prolonged battle with cancer. […]
KAJANG, 22 Julai 2026 – Pusat Infaq WADAH (PIW) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dalam satu majlis yang berlangsung di Anjung Rahmat, Sungai Merab, Kajang. Majlis tersebut turut menyaksikan penyerahan dana zakat berjumlah RM5,000.00 daripada PIW kepada PKPIM bagi menyokong urusan pentadbiran serta pelaksanaan aktiviti dakwah organisasi […]