Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) telah mengadakan Muktamar kali ke 18 di IDCC, Shah Alam pada 25-27 Oktober 2024. Seramai 470 orang perwakilan dan pemerhati dari Wadah seluruh negara berkampung di Shah Alam. Program MAJLIS PERSIDANGAN SALWA KEBANGSAAN mengambil waktu pagi Jumaat, 25 Oktober dihadiri lebih 150 perwakilan Salwa di seluruh negara.
Sebagaimana dalam upacara tradisi, Setiausaha Agung , Azizuddin Ahmad memulakan bicara dengan mengalu-alukan semua tetamu dan peserta seminar. Diteruskan dengan ucapan Dasar daripada Presiden WADAH, Dato Ahmad Azam Abd Rahman. Dalam ucapan dasarnya, beliau telah mengupas isu-isu semasa dan mencadangkan solusi bagi menggerakkan WADAH pada masa depan.
Seminar memulakan aturcara bertajuk Seminar Fiqh Ta’ayush: Hidup damai dalam komuniti ASEAN. Seramai 8 orang ilmuan daripada ASEAN: Indonesia, Singapura, Malaysia, Brunei, Thailand, Vietnam dan Cambodia membentang idea, kajian dan pengalaman komuniti dinegara masing-masing. Sebelum itu , Dato Prof Dr Muhd Nur Manuty dalam ucap utamanya memberi garis-garis besar dalam memandu tatakelola hidup dalam komuniti ASEAN. Ianya mestilah berpandu kepada sumber AL-Quran Dan sunnah dan meraikan prinsipal madani.
YAB Dato Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor telah menyempurnakan program dengan merasmikan seminar pada tengahari. Beliau merasakan sudah tiba masanya kita membawa pengalaman Malaysia dikongsikan dengan rakan ASEAN. Beliau juga akan memberi sokongan kepada WADAH dalam usaha-usaha menggerakkan aktiviti di ASEAN. Seterusnya beliau melancarkan 2 buku baru dari Wadahpress bertajuk Bicara AL Quran tentang status Kehambaan Manusia (Tafsir Mawdu’iy ) karya Dr Siddiq Fadzil dan Islam dan Dakwah Ummah (Tadabbur ayat-ayat pilihan) tulisan Hj Abdul Halim Ismail.
Program diteruskan dengan acara Makan Malam Nahdah. Program rutin kali ini menobatkan 5 tokoh teras gerakan yang sentiasa bersama-sama ABIM/ WADAH sejak 40 tahun yang lalu. Tokoh yang dipilih kali ini ialah Hj Taha Ahmad (Melaka), Hj Sulaiman Hj Osman dan Hjh Faridah Datuk Abu Bakar Titingan (Sabah) Ustaz Mohamad Zuki bin Idris (Perak), Muhamad Isa @ Omar Hj Man (Kedah). Malam tersebut muktamirin diperkenalkan dengan Logo Tunas Nahdah.
Muktamar mengambil masa berselang seli dari aturcara. Perbahasan kali membawa isu agama, sosial dan kaderisasi di samping membahas ucapan dasar Presiden dan ucapan penangguhan. Pelancaran Unit SAFWAH , bagi menyediakan progam golongan muda dalam WADAH dan MACASID untuk program di ASEAN. Muknas kali ni menamakan EXCO WADAH sesi 24-27 membariskan yang lama dimulakan dengan Presiden Dato Ahmad Azam abd Rahman dengan tambahn 6 exco tambahan iaitu Dr Ahmad El Muhammady, Dr Hammad, Hj Musleh, Sdr Khairudin Abas, Prof Dr Arsiah Badron dan Sdr Megat Azlan. Pengerusi Salwa yang baru, Pn Nordiran Idris. Nama-nama tersebut di istiharkan oleh Timbalan Pengerusi Syura , Tn Hj Naharudin Abdullah.
MUKNAS tamat pada jam 1 pm, 27 hb Oktober dengan solawat dan lagu Nahdah.
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kepentingan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah serta cabaran penyebaran fitnah dan kebencian melalui media sosial menjadi fokus sesi kedua Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Islam dan Adab Mengurus Perbezaan Pendapat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan ini meneliti pendekatan Islam dalam menangani […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kedudukan institusi Raja Berperlembagaan serta hubungan antara Islam, Melayu, Raja dan Perlembagaan Persekutuan menjadi tumpuan sesi pertama Dialog Ummah 2.0 yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Sesi bertajuk “Islam, Melayu, Raja dan Perlembagaan: Memahami Amanah Kenegaraan” ini mengupas kepentingan memahami asas kenegaraan […]
SUNGAI RAMAL, 23 Oktober 2026 – Di sebalik gelaran sarjana fizik dan pencapaian akademik berprestij di peringkat antarabangsa, keperibadian Almarhumah Profesor Dr. Khalijah Mohd Salleh sentiasa berakar pada satu matlamat tunggal yang amat murni: menjadi seorang Muslimah yang beriman dan mengabdikan seluruh kehidupannya demi meraih keredaan Allah SWT. Penzahiran ini dikongsi secara penuh emosi dan […]