PELUNCURAN BUKU SEMPENA MUKNAS KE-18

Kongsikan artikel ini :

SHAH ALAM, 26 Oktober 2024 – Dua buah buku terbitan WADAH Press yang berjudul Bicara al-Quran Tentang Status Kehambaan Manusia dan Islam dan Dakwah Ummah telah diluncurkan oleh Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Majlis perasmian dimulakan dengan sesi ucapan alu-aluan disampaikan oleh Professor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman, Pengerusi Majlis Syura Kebangsaan bagi mengalu-alukan kehadiran YB Dato’ Seri Amiruddin Shaari, Menteri Besar Selangor ke Seminar Fiqh Ta’yush: Hidup Damai Bersama Dalam Komuniti ASEAN.

Menurut Professor, Fiqh Ta’Yush atau hidup damai bersama adalah konsep yang sangat relevan dalam dunia hari ini malah mengajak masyarakat untuk menghargai kepelbagaian sebagai satu kekuatan, bukannya ancaman.

“Di Malaysia, konsep ini amat sesuai dengan realiti masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama, dan budaya. Sebagaimana yang terkandung dalam sirah Rasulullah SAW, Piagam Madinah adalah contoh terbaik bagaimana masyarakat majmuk boleh hidup bersama dalam keharmonian melalui perjanjian yang adil dan saling menghormati. Inilah semangat Fiqh Ta’yush akan diterapkan melalui seminar ini.”

“Program ini bertujuan untuk melahirkan generasi muda yang berwibawa, berakhlak mulia, dan memiliki kefahaman Islam yang holistik. Dengan sokongan dari YB Menteri Besar, kami berharap Projek Tunas Nahdah akan berjaya digerakkan di Selangor sebagai satu usaha membina generasi pewaris yang berilmu dan bertanggungjawab dalam mendukung pembangunan negara dan ummah,” jelasnya.

Sesi diteruskan lagi dengan Menteri Besar meluncurkan kedua-dua buku tersebut selepas menyempurnakan ucapan perasmian Seminar Fiqh Ta’ayush: Hidup Damai dalam Komuniti ASEAN.

Menurut beliau, langkah yang diambil oleh WADAH sebagai sebuah badan pemikir dalam menganjurkan seminar ini adalah amat penting, terutamanya dalam menangani cabaran perpaduan di dunia dan dalam kalangan masyarakat hari ini.

“Program seperti ini penting untuk memberi pemahaman kepada masyarakat tentang pendekatan kontemporari, termasuk menerapkan konsep maqasid yang sudah lama relevan dalam kehidupan masyarakat,” jelasnya.

“Pendekatan ini penting untuk mengatasi cabaran perpaduan, yang akhirnya membantu mengembalikan keamanan dan keharmonian dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia,” tambah beliau.

Buku Bicara al-Quran Tentang Status Kehambaan Manusia setebal 416 halaman ini menghimpunkan 76 siri kuliah tafsir oleh tokoh pemikir Islam, Siddiq Fadzil. Ia merangkumi 39 tajuk berkaitan lima tema utama yang sangat sesuai dengan konteks masa kini.

Manakala Islam dan Dakwah Ummah karya Ab Halim Ismail, setebal 226 halaman, menampilkan pandangan beliau sebagai pimpinan utama Wadah. Buku ini menyusun 47 tajuk kepada enam bahagian.

Dalam ucapan perasmiannya, Menteri Besar menekankan bahawa dunia kini berdepan cabaran dalam memastikan keaslian ilmu dan maklumat di tengah arus maklumat yang bercampur antara fakta dan fitnah.

“Pada masa kini, adalah penting untuk memastikan sesuatu ilmu dapat disahkan kebenarannya, lebih-lebih lagi dalam situasi yang semakin mencabar,” katanya.

“Walaupun kecerdasan buatan (AI) masih dalam peringkat awal, kita sudah berdepan dengan ledakan maklumat yang kompleks melalui media sosial. Situasi ini menimbulkan cabaran baru, bukan hanya dari segi pemikiran dan keyakinan, tetapi juga akidah dalam masyarakat,” ujar beliau.

Berita Muktamar
keibubapaan

Bengkel Keibubapaan Era Digital Perkasa Ibu Bapa Hadapi Cabaran Teknologi dan Penggunaan Gajet

KUALA LUMPUR, 31 Oktober – Bengkel Keibubapaan Era Digital telah diadakan di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati, bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa terhadap cabaran mendidik anak-anak dalam persekitaran teknologi yang semakin berkembang. Program ini memberi tumpuan kepada perkembangan psikologi generasi digital, strategi pencegahan dan kawalan penggunaan gajet serta pembinaan ketahanan keluarga dalam menghadapi dunia tanpa […]

Baca Lanjut
Indonesia

Kunjung Hormat Delegasi Pendidikan dan Pesantren Indonesia ke WADAH: Rapatkan Ukhuwah Serantau, Teroka Kerjasama Pendidikan Islam Malaysia-Indonesia

BANGI, 31 Oktober 2026 – Memperkukuh jaringan ukhuwah Islamiah merentas sempadan serantau serta meneroka ruang sinergi dalam pemerkasaan institusi pendidikan Islam menjadi matlamat utama penganjuran Program Kunjung Hormat Delegasi NGO dan Institusi Pendidikan Indonesia ke Ibu Pejabat Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) di Bangi hari ini. Pertemuan muhibah peringkat serantau ini menghimpunkan barisan kepimpinan utama […]

Baca Lanjut

Dialog Ummah 2.0: Hubungan Raja dan Rakyat Perlu Diperkukuh Berteraskan Amanah, Adat dan Perlembagaan

22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]

Baca Lanjut

Dialog Ummah 2.0: Adab Berbeza Pendapat dan Literasi Media Penting Tangani Perpecahan Masyarakat

22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kepentingan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah serta cabaran penyebaran fitnah dan kebencian melalui media sosial menjadi fokus sesi kedua Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Islam dan Adab Mengurus Perbezaan Pendapat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan ini meneliti pendekatan Islam dalam menangani […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
585
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
941684
PERSATUAN WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA
ROS : PPM-003-10-11902005
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi
Klik Sini