SEMPENA GENAP 1 TAHUN SERANGAN DI PALESTIN: SERUAN PENDAMAIAN DAN PENGHENTIAN KONFLIK
Satu tahun telah berlalu sejak tercetusnya serangan yang telah meragut lebih 42,000 nyawa di Gaza, Palestin. Konflik yang berterusan ini merupakan satu tragedi kemanusiaan yang amat menyedihkan dan menggugat kestabilan bukan sahaja di Timur Tengah tetapi juga di peringkat dunia. Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) ingin menegaskan bahawa keamanan, keadilan, dan maruah kemanusiaan adalah hak semua individu tanpa mengira latar belakang agama, bangsa, atau wilayah.
WADAH dengan tegas mengecam segala bentuk kezaliman dan keganasan yang dilakukan terhadap rakyat Palestin. Kami menuntut agar semua pihak yang bertanggungjawab untuk segera berundur dari tanah Gaza dan menghormati kedaulatan wilayah Palestin. Tindakan penindasan, serangan, dan penafian hak kepada rakyat Palestin mesti dihentikan serta-merta.
Kami menyeru masyarakat antarabangsa, termasuk pemimpin-pemimpin dunia, pertubuhan antarabangsa, dan badan bukan kerajaan, untuk terus mendesak rejim Israel agar menghentikan segala bentuk keganasan dan pengunduran segera dari wilayah yang diduduki. Usaha-usaha diplomatik dan rundingan dialog perlu diperhebatkan untuk mencapai penyelesaian yang adil dan damai bagi memastikan rakyat Palestin dapat hidup dengan bermaruah, bebas dari penindasan.
WADAH juga ingin menzahirkan rasa kagum dan hormat terhadap kesabaran dan ketabahan umat Palestin dalam menghadapi segala bentuk cabaran dan penindasan. Mereka menjadi model kepada dunia dalam mempertahankan hak-hak mereka dan tanah air mereka. Semangat juang ini perlu menjadi inspirasi kepada semua umat manusia yang memperjuangkan keadilan dan hak asasi.
WADAH menghargai dan menyokong usaha Perdana Menteri Malaysia yang secara konsisten mempertahankan hak rakyat Palestin dan mengecam tindakan rejim Israel di pentas antarabangsa, walaupun berhadapan dengan pelbagai ugutan dan tekanan. Sikap berani dan prinsip ini mencerminkan komitmen Malaysia terhadap isu keadilan sejagat dan hak asasi manusia.
Kami menyeru seluruh rakyat Malaysia agar terus kekal istiqamah dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk mempertahankan hak-hak mereka, tanah air mereka, dan hak untuk hidup dalam keamanan serta kehormatan. Sokongan ini bukan sekadar satu isu agama tetapi adalah satu perjuangan bagi keadilan, hak asasi manusia, dan prinsip kemanusiaan sejagat.
WADAH percaya bahawa asas kepada keamanan sejagat adalah saling menghormati, keadilan sosial, dan semangat persaudaraan manusia sejagat. Usaha-usaha diplomatik dan rundingan dialog perlu diperhebatkan untuk mencari titik persefahaman dan penyelesaian yang damai. Pendekatan yang berasaskan perikemanusiaan dan saling menghormati antara satu sama lain perlu diutamakan.Kami berharap agar semua pihak dapat bersama-sama mengukuhkan semangat ini dan mengusahakan satu dunia yang bebas dari konflik, keganasan, dan ketidakadilan.
Azizuddin Ahmad Setiausaha Agung Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM) yang dianggotai oleh Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN) telah menganjurkan Dialog Ummah 2.0 bertemakan “Memperkukuh Institusi Diraja, Mensejahterakan Ummah” di Bangi Resort Hotel, […]
Presiden WADAH, Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman, mengupas cabaran golongan al-Mala’ dalam politik perubahan menerusi Usrah Gabungan WADAH Wilayah Persekutuan. Pengisian tersebut menekankan kepentingan reformasi institusi, politik amanah dan pengukuhan gerakan islah yang berteraskan prinsip keadilan serta muhasabah.
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada H. Fathurrahman Mahfudz, BIRIK., MM., atas pelantikan sebagai Ketua Umum, Dr. H. Dwi Budiman Assiroji, M.Pd.I sebagai Sekretaris Umum, dan Dr. H. Ade Salamun, M.Si sebagai Bendahara Umum Dewan Da’wah Islamiyah Indonesia bagi periode 2025–2030. Pelantikan ini merupakan satu amanah besar dalam meneruskan perjuangan dakwah, […]
BESTARI JAYA, 7 Oktober 2026 – Memugar khazanah pemikiran tokoh cendekiawan agung watan dan menterjemahkannya ke dalam kerangka pembinaan negara bangsa menjadi matlamat utama penganjuran Simposium Fikrah Siddiq Fadzil (SAF) 2026 yang melabuhkan tirainya dengan penuh jayanya di Dewan Senat, Universiti Selangor (UNISEL), Kampus Bestari Jaya hari ini. Simposium keilmuan berprestij anjuran Institut Pemikiran dan […]