HENTI PERALAT ISU PALESTIN UNTUK KEPENTINGAN POLITIK
July 2nd, 2024
| Editor Wadah
Kongsikan artikel ini :
Isu Palestin Bukan Senjata Politik – HIKAM Kesal Perpecahan Rakyat Menjelang PRK
Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM) menzahirkan rasa kesal dan kecewa apabila isu-isu berkaitan Palestin diperalatkan untuk menyerang lawan politik, lebih-lebih lagi menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK).
Isu-isu berkaitan Palestin adalah isu kemanusiaan dan pelanggaran prinsip hak asasi yang amat serius dan kritikal, yang tidak seharusnya diperalatkan untuk meraih sokongan politik.
Apabila dipolitikkan, isu Palestin yang sepatutnya menyatukan, berpotensi pula memecah-belahkan rakyat Malaysia angkara pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Melabel, memfitnah mana-mana pihak yang turut memperjuangkan isu Palestin adalah tidak wajar dan melanggar adab serta akhlak dalam menangani perselisihan.
Isu Palestin sewajarnya diperjuangkan dengan konsisten dan objektif, bukannya bersikap melampau dengan melabel dan memfitnah serta memperalatkan isu ini demi kepentingan dan pengaruh politik.
HIKAM berpandangan bahawa bibit-bibit ekstremisme telah mula kelihatan dengan menggunakan isu-isu berkaitan Palestin, boikot dan seumpamanya.
Cukuplah insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram menjadi pengajaran kepada kita bagaimana sikap ekstrem telah diterjemahkan dalam bentuk tindakan yang boleh menggugat kesejahteraan dan keharmonian negara.
Apa yang penting, usaha menentang kekejaman rejim Zionis terhadap Palestin perlu diteruskan dan semua pihak perlu mainkan peranan dalam memperjuangkannya sama ada kerajaan, pembangkang, NGO dan masyarakat umumnya.
Dalam apa jua perjuangan, kemenangan diraih apabila kesatuan sejagat yang kukuh berlaku.
Sebarang pertelingkahan yang memudaratkan dalam isu yang sepatutnya membawa kita bersama, akan menjadikan pihak lawan ‘tersenyum’ dan objektif perjuangan tidak kesampaian.
Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM) 1. Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) 2.Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) 3. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) 4. Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)
Sekretariat Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM) 1. Azizuddin Ahmad Setiausaha Agung, Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
2. Shahrul Aman Mohd Saari Setiausaha Agung, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) 3. Muhammad Aliemran Norasid Setiausaha Agung, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) 4. Mohd Sabbri Md Yudin Setiausaha Agung, Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kepentingan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah serta cabaran penyebaran fitnah dan kebencian melalui media sosial menjadi fokus sesi kedua Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Islam dan Adab Mengurus Perbezaan Pendapat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan ini meneliti pendekatan Islam dalam menangani […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kedudukan institusi Raja Berperlembagaan serta hubungan antara Islam, Melayu, Raja dan Perlembagaan Persekutuan menjadi tumpuan sesi pertama Dialog Ummah 2.0 yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Sesi bertajuk “Islam, Melayu, Raja dan Perlembagaan: Memahami Amanah Kenegaraan” ini mengupas kepentingan memahami asas kenegaraan […]
SUNGAI RAMAL, 23 Oktober 2026 – Di sebalik gelaran sarjana fizik dan pencapaian akademik berprestij di peringkat antarabangsa, keperibadian Almarhumah Profesor Dr. Khalijah Mohd Salleh sentiasa berakar pada satu matlamat tunggal yang amat murni: menjadi seorang Muslimah yang beriman dan mengabdikan seluruh kehidupannya demi meraih keredaan Allah SWT. Penzahiran ini dikongsi secara penuh emosi dan […]