HIMPUNAN GERAKAN ISLAM MALAYSIA (HGIM) : BINA KEMBALI NEGARA DENGAN ISLAM WASATIY SERTA TOLAK POLITIK SENTIMEN SEMPIT

Kongsikan artikel ini :

Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HGIM) mengambil berat perkembangan politik sekitar Pilihan Raya Negeri (PRN) yang baru berlangsung di enam negeri baru-baru ini.
HGIM melahirkan rasa kecewa dengan isu-isu perkauman, raja dan agama (3R) yang telah dijadikan modal dalam kempen PRN mahupun setelah ia berakhir, begitu juga ura-ura bahawa ada pihak yang berhasrat untuk menjatuhkan kerajaan persekutuan.
HGIM turut menzahirkan kebimbangan jika Isu 3R tidak dibanteras, ia boleh menggugat perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini.
Begitu juga dengan usaha menjatuhkan kerajaan persekutuan sedia ada, ia akan membawa kembali Malaysia kepada ketidakstabilan sepertimana yang berlaku pada tahun 2020, yang menjejaskan kesejahteraan rakyat dan membantutkan pembangunan negara.
Oleh itu, HGIM menyeru semua pihak terutama ahli-ahli politik agar berhenti memainkan sentimen 3R dan menjatuhkan kerajaan persekutuan, sebaliknya memberi fokus untuk memulihkan negeri dan negara dari pelbagai sudut.
PRU dan PRN telah berlalu, inilah masanya untuk semua pihak berganding bahu mempertaut dan mengukuhkan semula hubungan antara anggota masyarakat.
HGIM menyeru rakyat Malaysia terutamanya umat Islam agar menghayati dan mengamalkan Islam wasatiy atau wasatiyyah, yang menekankan keseimbangan, keadilan dan kecemerlangan, serta menolak segala bentuk amalan fitnah, mengkafirkan sesama orang Islam, menggunakan kata-kata kesat serta sebarang bentuk ekstremisme dan radikalisme yang merosakkan keharmonian dan mengeruhkan perpaduan rakyat Malaysia.
Dengan mendukung nilai-nilai Islam wasatiy, menolak ekstremisme dan berganding bahu memperjuangkan keharmonian serta kemajuan negara, HGIM yakin Malaysia akan menjadi negara yang cemerlang lagi bermaruah.
Himpunan Gerakan Islam Malaysia
1. Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
2. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
3. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
4. Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)

Kenyataan Media|Kenyataan Media - BM

MUKNAS19 Tekankan Peranan Islah dan Ilmu

YBTM Dr. Zulkifli Hasan: Peranan WADAH Sebagai Obor Pencerahan Dan Kuasa Nilai Negara Seberang Jaya, 29 November 2025 – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YBTM Dr. Zulkifli Hasan hari ini hadir di Dewan Wisma, Masjid Al-Muhajirin, Seberang Jaya, Pulau Pinang bagi merasmikan Muktamar Nasional WADAH Pencerdasan Umat Kali Ke-19 (MUKNAS19). Beliau […]

Baca Lanjut

Forum Memoir Perjuangan Kupas Sejarah Gerakan

Forum “Memoir Perjuangan” Kupas Sejarah Gerakan Dan Sumbangan Tokoh Awal Seberang Jaya, 28 November 2025 – Forum Memoir Perjuangan yang berlangsung di Dewan Bizmilla, Seberang Perai, mengupas perjalanan panjang dan sumbangan besar generasi awal gerakan, menampilkan dua tokoh berpengaruh sebagai panelis, iaitu Dr. Abdul Halim El-Muhammady dan YB Senator Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohammad Redzuan […]

Baca Lanjut

Makan Malam Membugar Perjuangan Generasi

Majlis Jamuan Makan Malam Ukhuwah “Membugar Perjuangan, Membangun Nahdah” Meriah di Pulau Pinang Pulau Pinang, 28 November 2025 – Dewan Bizmilla, Seberang Jaya, menjadi saksi kemeriahan Majlis Jamuan Makan Malam Ukhuwah bertemakan “Membugar Perjuangan, Membangun Nahdah”. Acara ini dihadiri oleh 530 orang perwakilan dan pemerhati dari seluruh negara, menandakan semangat ukhuwah dan komitmen yang kukuh […]

Baca Lanjut

Hala Tuju Baru Memperkasa Umat

Sidang Muktamar Nasional MUKNAS19 Wadah Pencerdasan Umat: Hala Tuju Baru Memperkasa Umat Seberang Jaya, 28 November 2025 – Sidang Pertama Muktamar Nasional (MUKNAS) kali ke-19 Wadah Pencerdasan Umat (MUKNAS19) berlangsung dengan lancar bermula 28 November di Dewan Wisma Al-Ansar, Masjid Al-Muhajirin, Seberang Jaya, Pulau Pinang. MUKNAS19 yang akan berlangsung selama 3 hari ini menghimpunkan perwakilan […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
794
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
171157
Klik Sini