WADAH MENOLAK KENYATAAN DATO’ TENG CHAN KIM BERHUBUNG PEMBINAAN MASJID WARISAN DI TRX MENIMBUL KETIDAKHARMONIAN
June 20th, 2026
| Editor Wadah
Kongsikan artikel ini :
KENYATAAN MEDIA WADAH 20 Jun 2026
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) memandang serius kenyataan yang diperkatakan oleh seorang pemimpin DAP , Dato’ Teng Chan Kim berhubung cadangan pembinaan Masjid Warisan di kawasan TRX. WADAH berpandangan bahawa kenyataan tersebut tidak mencerminkan semangat saling menghormati, kefahaman terhadap sejarah dan kedudukan Islam dalam negara serta aspirasi pembinaan sebuah masyarakat majmuk yang harmoni.
Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memperuntukkan bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan, di samping agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai. Justeru, pembinaan masjid sebagai institusi ibadah, pendidikan dan pembangunan masyarakat adalah sebahagian daripada hak dan identiti negara yang tidak sepatutnya dipolemikkan secara sempit.
WADAH menegaskan bahawa masjid bukan sekadar tempat solat, malah menjadi pusat pembinaan tamadun, perpaduan, kebajikan dan pengukuhan nilai kemanusiaan. Sejarah Islam membuktikan bahawa masjid berfungsi sebagai pusat ilmu, dialog, pembangunan ekonomi dan penyelesaian masalah masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.
Dalam konteks pembangunan TRX sebagai mercu tanda kewangan dan kemajuan negara, kewujudan sebuah Masjid Warisan mampu menjadi simbol keseimbangan antara pembangunan material dan pembangunan spiritual. Kemajuan sesebuah negara tidak hanya diukur melalui bangunan pencakar langit dan kemajuan ekonomi, tetapi juga melalui kekuatan nilai, akhlak dan identiti kebudayaan yang menjadi asas pembinaan bangsa.
Firman Allah SWT:
“Dan sesungguhnya masjid-masjid itu adalah milik Allah, maka janganlah kamu menyembah seseorang pun di dalamnya selain Allah.” (Surah al-Jinn: 18)
Allah SWT juga berfirman:
“Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat…” (Surah al-Taubah: 18)
WADAH menyeru semua pihak agar mengelakkan kenyataan yang boleh menimbulkan ketegangan antara agama dan kaum. Sebaliknya, budaya dialog, saling menghormati dan memahami kerangka Perlembagaan Persekutuan hendaklah menjadi asas dalam menangani isu-isu berkaitan kepentingan awam.
Dalam masa yang sama, WADAH mengingatkan bahawa pembinaan sebuah negara MADANI menuntut setiap pihak menghormati hak dan sensitiviti masyarakat berbilang kaum serta mengelakkan retorik yang boleh menghakis keharmonian nasional.
WADAH menyokong segala usaha pembangunan yang menggabungkan kemajuan ekonomi dengan pembangunan rohani dan pembinaan akhlak masyarakat. Masjid Warisan di TRX berpotensi menjadi lambang bahawa Malaysia mampu mengimbangi kemodenan dengan nilai-nilai luhur yang menjadi asas pembinaan tamadunnya.
WADAH berharap semua pihak dapat mengutamakan kebijaksanaan, kesederhanaan dan semangat muafakat dalam membincangkan isu ini demi memelihara perpaduan dan kestabilan negara.
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kepentingan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah serta cabaran penyebaran fitnah dan kebencian melalui media sosial menjadi fokus sesi kedua Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Islam dan Adab Mengurus Perbezaan Pendapat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan ini meneliti pendekatan Islam dalam menangani […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kedudukan institusi Raja Berperlembagaan serta hubungan antara Islam, Melayu, Raja dan Perlembagaan Persekutuan menjadi tumpuan sesi pertama Dialog Ummah 2.0 yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Sesi bertajuk “Islam, Melayu, Raja dan Perlembagaan: Memahami Amanah Kenegaraan” ini mengupas kepentingan memahami asas kenegaraan […]
SUNGAI RAMAL, 23 Oktober 2026 – Di sebalik gelaran sarjana fizik dan pencapaian akademik berprestij di peringkat antarabangsa, keperibadian Almarhumah Profesor Dr. Khalijah Mohd Salleh sentiasa berakar pada satu matlamat tunggal yang amat murni: menjadi seorang Muslimah yang beriman dan mengabdikan seluruh kehidupannya demi meraih keredaan Allah SWT. Penzahiran ini dikongsi secara penuh emosi dan […]