DAURAH KERJA STAF WADAH 2026 : MEMPERKASA PROFESIONALISME DAN ROH PERJUANGAN WARGA KERJA
May 12th, 2026
| Editor Wadah
Kongsikan artikel ini :
BANGI, 12 Mei 2026 – Sekretariat WADAH Pusat telah berjaya menganjurkan Program Daurah Kerja Staf WADAH 2026 bertempat di D’ Gateway Perdana Hotel, Bandar Baru Bangi. Program sehari ini bertujuan untuk melakukan ‘mind setting’ dan penyelarasan strategik bagi memperkukuh gerak kerja organisasi dalam mendepani cabaran masa hadapan.
Program dimulakan pada jam 9.30 pagi dengan sesi taklimat dan ta’aruf yang dikendalikan untuk membina keserasian dalam kalangan staf pelbagai bahagian. Slot pertama menampilkan Setiausaha Agung WADAH, Tuan Haji Azizuddin Ahmad, dengan tajuk “SWP to the Next Level Team”. Beliau menekankan kepentingan kerja berpasukan yang dinamik bagi melonjakkan prestasi Sekretariat WADAH Pusat (SWP) ke tahap yang lebih profesional dan efisien.
Analisis SWOT dan Budaya Kerja Islam
Slot kedua diteruskan oleh Tuan Haji Farid Faiz yang mengupas mengenai “Budaya Kerja Gerakan Islam dan Analisis SWOT“. Dalam sesi ini, peserta didedahkan dengan nilai dan disiplin kerja yang unik dalam gerakan Islam. Beliau turut membentangkan analisis kekuatan, kelemahan, peluang, dan ancaman (SWOT) yang dihadapi oleh WADAH ketika ini. Sesi ini menjadi medan muhasabah penting bagi staf untuk memahami cabaran semasa organisasi serta merangka pembaharuan gerak kerja yang lebih segar.
Penyelarasan Struktur dan Fungsi
Selepas berehat, sesi sebelah petang diteruskan dengan pembentangan oleh Puan Lathifah Ulfa Ismail mengenai “Struktur Organisasi dan Peranan Bahagian”. Beliau memperincikan struktur organisasi terkini SWP bagi memastikan setiap staf memahami fungsi bahagian masing-masing. Fokus utama sesi ini adalah untuk menangani isu pertindihan tugas (overlap) dan jurang (gap) komunikasi antara unit, bagi memastikan setiap gerak kerja berjalan secara sistematik.
Kemuncak: Amanat Presiden
Kemuncak Daurah Kerja ini adalah sesi bersama Presiden WADAH, Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman. Beliau menyampaikan pengisian bertajuk “Membangun Kader Berwibawa: Laluan Kerjaya dan Pembangunan Staf dalam Gerakan”. Amanat beliau yang menekankan staf sebagai ‘kader dakwah’ telah menyuntik semula roh perjuangan dalam diri setiap peserta. Beliau mahu setiap warga kerja melihat tugas mereka sebagai satu ibadah dan pelaburan akhirat yang besar.
Daurah Kerja Staf 2026 ini diakhiri dengan azam baharu dalam kalangan staf untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik demi kelangsungan visi pencerdasan umat yang dibawa oleh WADAH. Program bersurai pada jam 4.30 petang dengan penuh semangat ukhuwwah dan tekad perjuangan yang lebih kental.
BESTARI JAYA, 10 September 2026 – Dunia keilmuan akademik dan gerakan dakwah masyarakat sivil melakar detik bersejarah apabila Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), YBhg. Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman, secara rasminya menerima watikah pelantikan sebagai Profesor Adjung di Institut Pemikiran dan Kepimpinan Siddiq Fadzil (IPKSF), Universiti Selangor (UNISEL). Pelantikan berprestij tersebut disempurnakan bersempena Majlis […]
BANDAR BARU BANGI, 27 Ogos 2026 – Memperkukuh ikatan ukhuwah merentas generasi serta menyelaraskan kefahaman fikrah harakah menjadi tunjang utama dalam penganjuran Usrah Gabungan Wadah, ABIM, dan Pelajar (WAP) Negeri Selangor bagi edisi Ogos 2026. Pertemuan bulanan yang dihoskan oleh Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Negeri Selangor ini telah berlangsung dalam suasana penuh barakah bertempat […]
SHAH ALAM, 23 Ogos 2026 – Membina peradaban masyarakat yang maju menuntut keseimbangan neraca antara penguasaan ilmu, keteguhan nilai moral, serta amalan kebajikan yang berteraskan keadilan. Bagi memperhalusi kerangka penting ini, program Wacana Pemikiran Dr. Siddiq Fadzil telah berjaya dianjurkan bertempat di Dewan Kuliah LT2, Universiti Selangor (UNISEL), Kampus Shah Alam semalam. Wacana keilmuan berprestij […]
SHAH ALAM, 21 Ogos 2026 – Budaya membaca dan tradisi membedah karya-karya pemikiran terpilih terus disuburkan sebagai teras pembinaan akal budi masyarakat melalui penganjuran rutin bulanan Siri Bedah Buku anjuran bersama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Negeri Selangor. Bagi siri kali ini yang berlangsung di Shah Alam, tumpuan perbincangan […]