STAF WADAH ADALAH KADER DA’WAH, BUKAN SEKADAR PEKERJA PEJABAT – DATO’ AHMAD AZAM
May 12th, 2026
| Editor Wadah
Kongsikan artikel ini :
BANGI, 12 Mei 2026 – Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Dato’ Ahmad Azam Abd Rahman, menegaskan bahawa setiap warga kerja organisasi ini perlu mengubah paradigma daripada sekadar “pekerja kontrak” kepada “Kader Perjuangan”. Beliau menyatakan bahawa bekerja di WADAH merupakan satu amanah dakwah yang memerlukan jiwa besar dan komitmen melangkaui skop tugas biasa.
Dalam pembentangan kertas kerja bertajuk “Membangun Kader Berwibawa: Laluan Kerjaya dan Pembangunan Staf dalam Gerakan” sempena Program Daurah Kerja Staf WADAH 2026 hari ini, beliau menekankan lima pasak utama dalam membina jati diri staf gerakan Islam.
Kader Sebagai Penggerak Visi
Dato’ Ahmad Azam menjelaskan bahawa seorang kader adalah individu yang menjadikan visi gerakan sebagai sebahagian daripada tujuan hidupnya. “Mesti kita betulkan dalam minda; kita bukan sekadar buat kerja pejabat. Staf WADAH adalah penggerak misi dakwah. Kader adalah mereka yang sedia berkorban kerana mereka melihat kerja ini sebagai ibadah,” tegas beliau di hadapan belasan staf WADAH di D’ Gateway Perdana Hotel.
Laluan Kerjaya dan Konsep Itqan
Walaupun menekankan aspek pengorbanan, beliau turut menyatakan bahawa WADAH komited dalam menyediakan laluan kerjaya yang jelas. Beliau memetik prinsip Itqan (melakukan pekerjaan dengan sempurna) sebagai asas profesionalisme. Menurutnya, organisasi mempunyai tanggungjawab untuk memastikan staf nampak hala tuju masa depan mereka, manakala staf pula wajib meningkatkan kompetensi secara berterusan.
Kepimpinan di Setiap Peringkat
Presiden WADAH itu juga mahu setiap staf melihat diri mereka sebagai pemimpin (Leadership at every level). Beliau menyeru agar staf menguasai kemahiran komunikasi, kecerdasan emosi (EQ), dan pemikiran strategik. “Setiap staf adalah duta WADAH. Kelangsungan gerakan ini bergantung kepada kemampuan kita melahirkan pelapis yang dibentuk melalui program mentor-mentee dan pendedahan kepada proses pembuatan keputusan,” tambahnya lagi.
Simpanan Gaji Akhirat
Mengakhiri ucapannya, beliau memberikan kata-kata semangat mengenai kelebihan bekerja dalam jamaah. Beliau mengakui bahawa ganjaran material dalam gerakan mungkin tidak setanding sektor korporat, namun beliau mengingatkan tentang “Gaji Akhirat”. Projek-projek seperti rumah ngaji, bantuan asnaf, dan program belia yang digerakkan oleh staf adalah pelaburan abadi yang akan dinilai oleh Allah SWT.
Beliau menyeru agar semua staf terus bekerja dengan semangat, keikhlasan, dan cinta kepada umat, menjadikan WADAH sebagai medan tarbiyah terbesar untuk membina insan yang tahan lasak dan matang.
BANGI, 12 Mei 2026 – Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Dato’ Ahmad Azam Abd Rahman, menegaskan bahawa setiap warga kerja organisasi ini perlu mengubah paradigma daripada sekadar “pekerja kontrak” kepada “Kader Perjuangan”. Beliau menyatakan bahawa bekerja di WADAH merupakan satu amanah dakwah yang memerlukan jiwa besar dan komitmen melangkaui skop tugas biasa. Dalam pembentangan […]
BANGI, 12 Mei 2026 – Sekretariat WADAH Pusat telah berjaya menganjurkan Program Daurah Kerja Staf WADAH 2026 bertempat di D’ Gateway Perdana Hotel, Bandar Baru Bangi. Program sehari ini bertujuan untuk melakukan ‘mind setting’ dan penyelarasan strategik bagi memperkukuh gerak kerja organisasi dalam mendepani cabaran masa hadapan. Program dimulakan pada jam 9.30 pagi dengan sesi […]
KUALA LUMPUR, 7 Mei 2026 – Dalam suasana dunia yang semakin dihimpit ketidakpastian geopolitik, Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) tampil menggariskan hala tuju strategik buat rakyat Malaysia. Presidennya, Dato’ Hj. Ahmad Azam Ab Rahman, mengeluarkan seruan tegas agar seluruh warga negara memperkukuh benteng syukur dan kesatuan nasional sebagai respons terhadap ancaman global yang kian meruncing. […]
KUALA LUMPUR, 7 Mei 2026 – Program Usrah Gabungan anjuran WADAH-ABIM-PKPIM (WAP) Wilayah Persekutuan peringkat negeri telah berjaya dilaksanakan dengan penuh pengisian bertempat di Outreach Oasis Bukit Bintang (OOBB), malam tadi. Program yang bermula pada jam 7.30 malam itu dihadiri oleh kira-kira 100 orang peserta secara fizikal, selain turut dipancarkan secara langsung melalui platform media […]