WADAH Perkukuh Kerjasama Strategik Bersama TV AlHijrah: Teroka Dimensi Dakwah Digital

Kongsikan artikel ini :

KUALA LUMPUR, 11 Mac 2026 – Dalam usaha membugar agenda dakwah melalui platform media perdana, barisan pimpinan pusat Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) telah mengadakan lawatan rasmi ke Kompleks TV AlHijrah di sini, hari ini. Lawatan yang berlangsung pada 21 Ramadhan 1447H itu bertujuan meninjau operasi serta fasiliti penyiaran stesen televisyen Islam terulung negara tersebut.

Delegasi yang diketuai oleh Presiden WADAH, Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman, disambut mesra oleh pengurusan tertinggi TV AlHijrah. Sepanjang lawatan tersebut, pimpinan WADAH telah diberikan taklimat terperinci mengenai evolusi penyiaran TV AlHijrah dalam mendepani cabaran kandungan digital, selain peranan konsistennya dalam menyebarkan nilai pendidikan dan dakwah kepada masyarakat pelbagai lapisan.

Dato’ Ahmad Azam menyatakan bahawa lawatan ini bukan sekadar kunjungan biasa, sebaliknya merupakan langkah strategik untuk memahami dinamika media penyiaran moden. Beliau turut diberikan penerangan mengenai operasi program-program popular seperti Assalammualaikum, yang telah menjadi rujukan utama penonton dalam mendapatkan pengisian rohani dan informasi semasa.

“WADAH melihat TV AlHijrah sebagai rakan strategik yang sangat penting. Dalam era maklumat dihujung jari, sinergi antara NGO dakwah dan institusi media adalah kunci untuk memastikan mesej Islam yang syumul dapat sampai ke jantung masyarakat dengan lebih berkesan,” ujar beliau semasa sesi lawatan studio.

Delegasi turut berpeluang melawat studio berita, ruang kawalan teknikal, serta kemudahan penyiaran canggih yang menjadi nadi kepada kelancaran operasi stesen tersebut setiap hari. Melalui pendedahan ini, WADAH dapat melihat potensi kolaborasi dalam bentuk perkongsian kandungan, kepakaran dawah, mahupun program usahasama yang mampu memberi impak besar kepada pembangunan ummah.

Pihak WADAH merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga kerja TV AlHijrah atas layanan yang diberikan. Harapan besar diletakkan agar hubungan ini menjadi titik mula kepada kerjasama yang lebih dinamik dalam memperkasa naratif dakwah, khususnya dalam membangunkan modal insan yang berilmu dan berakhlak mulia melalui medium penyiaran.

Berita Wadah|Berita Wadah - BM
keibubapaan

Bengkel Keibubapaan Era Digital Perkasa Ibu Bapa Hadapi Cabaran Teknologi dan Penggunaan Gajet

KUALA LUMPUR, 31 Oktober – Bengkel Keibubapaan Era Digital telah diadakan di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati, bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa terhadap cabaran mendidik anak-anak dalam persekitaran teknologi yang semakin berkembang. Program ini memberi tumpuan kepada perkembangan psikologi generasi digital, strategi pencegahan dan kawalan penggunaan gajet serta pembinaan ketahanan keluarga dalam menghadapi dunia tanpa […]

Baca Lanjut
Indonesia

Kunjung Hormat Delegasi Pendidikan dan Pesantren Indonesia ke WADAH: Rapatkan Ukhuwah Serantau, Teroka Kerjasama Pendidikan Islam Malaysia-Indonesia

BANGI, 31 Oktober 2026 – Memperkukuh jaringan ukhuwah Islamiah merentas sempadan serantau serta meneroka ruang sinergi dalam pemerkasaan institusi pendidikan Islam menjadi matlamat utama penganjuran Program Kunjung Hormat Delegasi NGO dan Institusi Pendidikan Indonesia ke Ibu Pejabat Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) di Bangi hari ini. Pertemuan muhibah peringkat serantau ini menghimpunkan barisan kepimpinan utama […]

Baca Lanjut

Dialog Ummah 2.0: Hubungan Raja dan Rakyat Perlu Diperkukuh Berteraskan Amanah, Adat dan Perlembagaan

22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]

Baca Lanjut

Dialog Ummah 2.0: Adab Berbeza Pendapat dan Literasi Media Penting Tangani Perpecahan Masyarakat

22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kepentingan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah serta cabaran penyebaran fitnah dan kebencian melalui media sosial menjadi fokus sesi kedua Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Islam dan Adab Mengurus Perbezaan Pendapat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan ini meneliti pendekatan Islam dalam menangani […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
501
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
932985
PERSATUAN WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA
ROS : PPM-003-10-11902005
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi
Klik Sini