Nilai Kemanusiaan di Persidangan Agama Dunia

Kongsikan artikel ini :

WADAH Sertai Sidang Kedua Persidangan Antarabangsa Ketua-ketua Agama Dunia 2025

PETALING JAYA, 28 Ogos 2025 / 4 Rabiul Awal 1447HWadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) telah turut serta dalam “The 2nd International Summit of Religious Leaders 2025” yang berlangsung di Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya.

Antara pimpinan WADAH yang hadir ialah Presiden WADAH, Dato’ Haji Ahmad Azam bin Ab Rahman, Naib Presiden WADAH, Prof. Dato’ Dr. Mohamad Fauzan Noordin, Setiausaha Agung WADAH, Encik Azizuddin bin Ahmad, serta Exco WADAH, Puan Maria binti Kamel. Kehadiran mereka menzahirkan sokongan penuh terhadap usaha memperkukuh peranan agama sebagai asas kedamaian dan keharmonian sejagat.

Sidang ini menghimpunkan pelbagai ketua agama dunia dengan tujuan untuk membangunkan wawasan tamadun bersama bagi menyatukan nilai kesederhanaan dan perpaduan, menangani ancaman pemikiran ekstremis, serta mengubah konflik kepada persefahaman, kerjasama dan perpaduan.

Para peserta menegaskan bahawa agama seharusnya menjadi sumber kedamaian dan asas kepada perpaduan manusia. Pemimpin agama dipanggil untuk berperanan besar dalam mencegah serta menangani konflik, menyuarakan kebenaran dengan berani, dan menjadi jambatan persaudaraan antara masyarakat berbilang bangsa serta agama.

Perbincangan turut menekankan pendekatan kasih sayang, toleransi dan saling menghormati sebagai asas membina keharmonian serta menolak sebarang bentuk konflik. Nilai kebebasan, keadilan, persaudaraan dan persamaan yang diwariskan daripada sejarah perjuangan terdahulu ditegaskan kembali sebagai tonggak utama yang perlu dipertahankan dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara.

Dalam isu Palestin (G4za), para pemimpin agama sepakat bahawa kezaliman yang berlaku adalah jenayah kemanusiaan yang tidak boleh dibiarkan. Mereka menyeru masyarakat antarabangsa untuk bersatu menekan pihak yang menzalimi, menghentikan pertumpahan darah, dan memastikan hak rakyat Palestin dikembalikan. Sidang menegaskan bahawa suara agama mesti berada di hadapan untuk membela yang tertindas, memulihkan keamanan, serta menegakkan maruah insan.

Selain itu, persidangan menyorot bahawa setiap agama tanpa mengira tradisi membawa nilai yang sama – berbuat baik, berlaku adil, menjaga hak sesama manusia, dan menyebarkan kasih sayang. Kesepakatan nilai ini merupakan titik temu yang boleh menyatukan umat manusia di bawah payung kemanusiaan sejagat.

Inisiatif antarabangsa seperti Dokumen Persaudaraan Insani dan Deklarasi Makkah al-Mukarramah turut diketengahkan sebagai panduan penting dalam memperkukuh perpaduan, memperluas ruang dialog, dan membina solidariti antarabangsa. Ia diyakini mampu menyemai nilai keamanan serta mewujudkan pembangunan yang lebih adil dan inklusif.

Amanat Perdana Menteri Kepada Dunia

Sidang ditutup dengan amanat Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang menegaskan bahawa pemimpin agama perlu terus memikul tanggungjawab moral untuk mengembalikan nilai sejati agama sebagai asas kedamaian, membanteras kezaliman, dan memperkukuh perpaduan manusia sejagat.

Pemimpin agama di seluruh dunia perlu memainkan peranan penting dalam mengembalikan nilai sejati agama sebagai asas kedamaian, keadilan dan kemanusiaan.

Beliau mengingatkan bahawa sejarah telah membuktikan bahawa gerakan anti-penjajahan dan anti-imperialisme dahulu banyak digerakkan oleh pemimpin agama kerana mereka berpegang kepada prinsip keamanan, keadilan, maruah dan kemanusiaan. Justeru, pada masa kini, pemimpin agama mesti kembali memikul tanggungjawab moral untuk menegakkan nilai tersebut.

Perdana Menteri turut menekankan bahawa di sebalik perbezaan agama, semua tradisi sebenarnya berkongsi aspirasi yang sama – iaitu membela kemanusiaan, menghormati kepelbagaian dan menjaga keseimbangan alam. Beliau menegaskan konsep “lita’arafu” bukan sekadar toleransi, tetapi memahami, menghargai dan menerima perbezaan dengan penuh hikmah.

Dalam konteks Malaysia sebagai negara majmuk, Perdana Menteri menegaskan bahawa demokrasi dan kebebasan perlu dipertahankan, namun garis batas perlu ditegakkan bagi menolak sebarang bentuk kebencian yang boleh merosakkan fabrik perpaduan negara.

Menyentuh isu Palestin (G4za), beliau menyatakan bahawa apa yang berlaku adalah lambang kegagalan masyarakat antarabangsa dalam menegakkan keadilan. Setiap hari bayi, wanita dan orang awam dibunuh, namun dunia hanya memberikan suara simpati tanpa tindakan tegas. Menurut beliau, pemimpin agama mesti lebih berani menyuarakan pendirian untuk membela yang tertindas dan menolak kezaliman.

Perdana Menteri turut menzahirkan penghargaan kepada penganjur, Rabithah al-Alam al-Islami, serta para tokoh agama dari pelbagai latar belakang yang hadir, termasuk dari Arab Saudi, Iran, Amerika Syarikat, serta tradisi Hindu, Buddha dan Kristian. Beliau menyifatkan himpunan ini sebagai ruang bersejarah untuk berdialog secara matang, membina persefahaman dan memupuk solidariti kemanusiaan sejagat.

Kita tidak mampu menyelesaikan semua masalah berakar umbi ratusan tahun, tetapi sekurang-kurangnya kita mampu bertemu, berbincang, dan menyemai harapan baru untuk dunia yang lebih aman dan adil,” tegas beliau.

Penglibatan WADAH dalam persidangan ini mencerminkan komitmen berterusan organisasi untuk menjadikan agama sebagai wahana kedamaian, memperkukuh suara keadilan sejagat, dan memperluas jaringan solidariti antarabangsa demi kesejahteraan umat manusia.

Berita Wadah|Berita Wadah - BM
Majlis Mengenang Jasa Prof. Dr. Muhammad Nur Manuty

MAJLIS MENGENANG JASA ALMARHUM PROF. DATO’ DR. MUHAMMAD NUR MANUTY

BANGI, 11 Disember 2025 – Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) menganjurkan Majlis Mengenang Jasa dan Sumbangan Almarhum Prof. Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty, Pengerusi IKIM yang kelima, dalam satu majlis penuh penghormatan yang berlangsung di Hotel Tenera, Bangi pagi ini. Program bermula dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari itu disertai pelbagai tokoh akademik, […]

Baca Lanjut

WACANA KETOKOHAN DAKWAH: MENGHAYATI LEGASI ILMUAN ALMARHUM DR. RUMAIZUDDIN GHAZALI

WACANA KETOKOHAN DAKWAH: PEMIKIRAN DAN SUMBANGAN ALMARHUM PROF. MADYA DR. MOHD RUMAIZUDDIN GHAZALI Nilai, 8 Disember 2025 – Program ilmiah “Wacana Ketokohan Dakwah: Pemikiran dan Sumbangan Almarhum Prof. Madya Dr. Mohd Rumaizuddin Ghazali” telah diadakan di Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) hari ini bagi mengenang ketokohan, pemikiran dan sumbangan besar Almarhum dalam bidang dakwah […]

Baca Lanjut

FORUM MADANI TEGASKAN KEPELBAGAIAN SEBAGAI KEKUATAN

Forum Madani Menampilkan Tokoh Serantau Membincangkan Kepelbagaian sebagai kekuatan, Dialog Antara Agama Dan Fiqh Ta‘ayush Sebagai Asas Membina Keamanan Serta Budaya Damai Di Rantau Ini Seberang Perai, 29 November 2025 – Forum Madani tegaskan kepelbagaian sebagai kekuatan, menonjolkan dialog serantau, fiqh ta‘ayush dan pendekatan inklusif untuk membina budaya damai dan keharmonian masyarakat. Lebih 600 orang […]

Baca Lanjut

MUKNAS19 TEKANKAN PERANAN ISLAH DAN ILMU

YBTM Dr. Zulkifli Hasan: Peranan WADAH Sebagai Obor Pencerahan Dan Kuasa Nilai Negara Seberang Jaya, 29 November 2025 – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YBTM Dr. Zulkifli Hasan hari ini hadir di Dewan Wisma, Masjid Al-Muhajirin, Seberang Jaya, Pulau Pinang bagi merasmikan Muktamar Nasional WADAH Pencerdasan Umat Kali Ke-19 (MUKNAS19). Beliau […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
1819
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
186475
Klik Sini