YOU-LEAD: Membina Legasi Kepimpinan Muda MADANI Bersama PKPIM
April 2nd, 2026
| Editor Wadah
Kongsikan artikel ini :
KUALA LUMPUR, 2 April 2026 – Young Leadership Programme (YOU-LEAD) anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah berjaya mencatatkan sejarah tersendiri apabila berjaya menghimpunkan 40 orang pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 dari Sekolah Berasrama Penuh (SBP) seluruh negara. Program tiga hari yang bermula pada 31 Mac ini bertujuan melahirkan agen perubahan yang dinamik dan berakhlak.
Sesi pembukaan di Anjung Rahmat diisi dengan pelbagai aktiviti pembangunan diri yang mencabar fizikal dan minda. Slot bersama Presiden PKPIM, Saudara Muhamad Adib Irfan bin Fazil bertajuk “Peranan Diri Terhadap Masyarakat”, menjadi pencetus kepada refleksi mendalam para peserta mengenai tanggungjawab sosial mereka sebagai golongan intelektual muda.
Kemuncak program ini adalah siri lawatan institusi yang sangat bermakna. Peserta berpeluang mengunjungi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di Kompleks Islam Putrajaya. Di sana, mereka diberikan pendedahan mengenai gerak kerja dakwah peringkat nasional melalui taklimat oleh Ustaz Haji Mahadi Awang dan Ustaz Ab. Razak Aripin. Peserta juga dibawa melihat sendiri sektor-sektor di YADIM untuk memahami bagaimana sebuah institusi dakwah beroperasi secara profesional.
Momentum program terus memuncak apabila delegasi YOU-LEAD diterima masuk ke Pejabat Perdana Menteri (PMO). Peserta diberikan taklimat mengenai dinamika Kepimpinan MADANI oleh Tuan Raimi Abdul Rahim. Detik paling bersejarah ialah apabila para peserta berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.
Dalam pertemuan tersebut, Perdana Menteri menzahirkan ucapan tahniah atas keputusan SPM 2025 yang cemerlang dan menitipkan pesan agar para pelajar memiliki tekad yang kuat serta kesabaran dalam menuntut ilmu. Beliau turut menekankan bahawa kekuatan nilai dan akhlak adalah setara pentingnya dengan kecemerlangan akademik dalam membina masa depan negara.
Tidak berhenti di situ, peserta juga diraikan oleh YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), yang memberikan dorongan agar anak muda terus aktif dalam aktiviti kesukarelaan. Lawatan diakhiri di Masjid Putra bersama Islamic Outreach ABIM bagi memahami pendekatan dakwah kontemporari.
Majlis penutup yang dirasmikan oleh Presiden ABIM, Saudara Ahmad Fahmi Mohd Samsudin, menyaksikan pembentangan resolusi oleh para peserta. Dengan slogan “Hidup Biar Berjasa”, YOU-LEAD ternyata berjaya menyuntik inspirasi baharu kepada lepasan SPM untuk terus memimpin dan menyumbang kepada nusa dan bangsa.
BESTARI JAYA, 7 Oktober 2026 – Memugar khazanah pemikiran tokoh cendekiawan agung watan dan menterjemahkannya ke dalam kerangka pembinaan negara bangsa menjadi matlamat utama penganjuran Simposium Fikrah Siddiq Fadzil (SAF) 2026 yang melabuhkan tirainya dengan penuh jayanya di Dewan Senat, Universiti Selangor (UNISEL), Kampus Bestari Jaya hari ini. Simposium keilmuan berprestij anjuran Institut Pemikiran dan […]
BANGI, 6 Oktober 2026 – Memperkukuh literasi undang-undang, memelihara keluhuran perlembagaan, serta menyediakan respons berstruktur terhadap isu-isu keadilan sosial menjadi fokus utama penganjuran Bengkel Strategik Isu Perundangan di Malaysia anjuran Majlis Al-Mizan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH). Program intensif setengah hari ini telah berlangsung dengan jayanya bermula jam 8.45 pagi hingga 12.30 tengah hari. Inisiatif […]
PUTRAJAYA, 25 September 2026 — Pertemuan para pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam sedunia tidak seharusnya terhenti sekadar di meja rundingan, bergambar atau mengeluarkan deklarasi semata-mata, sebaliknya perlu diterjemahkan kepada kefahaman dunia yang jernih serta tindakan bersama yang praktikal. Demikian ditegaskan oleh Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman, ketika menyampaikan […]
PUTRAJAYA — Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) melakar satu lagi detik bermakna di pentas antarabangsa apabila dipilih menjadi tuan rumah bagi penganjuran Mesyuarat Majlis Ke-40 Kesatuan Pertubuhan Bukan Kerajaan Dunia Islam (Union of NGOs of the Islamic World – UNIW / İDSB) yang berlangsung di Putrajaya bermula 24 hingga 27 September 2026. Penganjuran persidangan berprestij […]