YBTM Dr. Zulkifli Hasan: Peranan WADAH Sebagai Obor Pencerahan Dan Kuasa Nilai Negara
Seberang Jaya, 29 November 2025 –Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YBTM Dr. Zulkifli Hasan hari ini hadir di Dewan Wisma, Masjid Al-Muhajirin, Seberang Jaya, Pulau Pinang bagi merasmikan Muktamar Nasional WADAH Pencerdasan Umat Kali Ke-19 (MUKNAS19). Beliau menyeru agar WADAH terus mengukuhkan identiti sebagai gerakan islah yang membawa obor pencerahan kepada masyarakat, seiring tradisi ilmu yang telah sekian lama diasaskan oleh generasi terdahulu.
Berucap pada Majlis Perasmian MUKNAS19, beliau menegaskan bahawa dunia hari ini tidak hanya bergelut dengan pertembungan tamadun, budaya atau nilai, tetapi juga krisis yang lahir daripada pertembungan ego dan kepentingan. Dalam era pasca-normal dan pasca-kebenaran, katanya, umat berdepan fenomena manufactured ignorance iaitu kejahilan yang disengajakan, sikap enggan belajar dan ketaksuban yang akhirnya membentuk struktur kuasa baharu.
Dr. Zulkifli memetik pandangan sarjana Asef Bayat dalam karya “Revolution Without Revolutionaries”, yang menekankan bahawa revolusi atau kebangkitan moden sering gagal kerana ketiadaan revolutionary ideas yang memandu perubahan. Katanya, kegagalan Arab Spring ialah contoh nyata bagaimana menumbangkan diktator tidak memadai tanpa gagasan pemikiran yang tersusun.
Beliau menambah bahawa dunia Islam hari ini berdepan tekanan besar termasuk ketidakstabilan politik, budaya rasuah, dan krisis kemanusiaan global.UNHCR merekodkan lebih 120 juta pelarian di seluruh dunia, dan majoritinya datang dari negara-negara Islam, menunjukkan tanda jelas bahawa kepimpinan umat dan sistem sokongan masih berada dalam keadaan rapuh.
Dalam konteks Malaysia, Dr. Zulkifli menegaskan bahawa negara mungkin bukan kuasa besar dari segi geopolitik, namun Malaysia mempunyai potensi besar sebagai kuasa nilai dan kuasa moral yang mengangkat prinsip kemanusiaan, keadilan dan kesederhanaan, termasuk dalam isu Palestin serta kerangka diplomasi ASEAN. Beliau menyatakan bahawa WADAH harus berperanan sebagai rakan nilai dan rakan kepimpinan dalam usaha ini.
Menurut beliau, gerakan Islam juga perlu menanggapi ancaman pemikiran ghuluw yang semakin menular dalam masyarakat. Tiga “Ta” yakni Tabdi’, Tafsiq, Takfir, iaitu membidaah, memfasik dan mengkafirkan mesti ditangani dengan pendekatan fiqh wasatiyyah dan fiqh keamanan yang memadamkan api perbalahan serta mengukuhkan kesatuan sosial.
Peranan Obor Mencerahkan Umat
Dalam ucapannya, beliau turut menekankan keperluan memperkukuh ekosistem kaderisasi dan jaringan pemikiran yang teguh agar umat mampu menghadapi cabaran digital, geopolitik dan persekitaran sosial yang semakin kompleks.
Di hujung ucapan, Dr. Zulkifli merakamkan ucapan tahniah terhadap tema MUKNAS19 yang dianggap sangat tepat pada waktunya dan menyatakan bahawa Permatang Pauh menjadi simbol kepada usaha untuk kembali kepada akar perjuangan islah dan pencerahan. Dr. Zulkifli mengakhiri ucapan dengan memetik dua perenggan daripada Deklarasi Permatang Pauh,
“Gerakan reformasi yang terpancar dari perjuangan hati nurani, dari kesedaran bahawa sesungguhnya diri manusia mulia dan merdeka, mempunyai hak dan tanggungjawab, diri manusia haram dizalimi dan diaibkan, haram dibelenggu dan disekat tanpa mengikut proses dan undang-undang yang adil;
Gerakan reformasi untuk menegakkan keadilan untuk semua, yang kuat dan yang lemah, yang kaya dan yang miskin; membersihkan institusi dan proses undang-undang dari dicemari oleh penyalahgunaan kuasa dan rasuah”
CYBERJAYA, 5 Disember 2025 – Bertempat di Dewan Semarak, Cyberjaya, satu anjakan paradigma dalam memperkasa ekonomi golongan wanita telah dizahirkan menerusi penganjuran Seminar Ekonomi Wanita MADANI oleh Pekawanis. Program yang berlangsung bermula jam 8:00 pagi hingga 1:00 tengah hari ini telah berjaya menghimpunkan ratusan peserta yang terdiri daripada usahawan, surirumah, dan belia dari sekitar daerah […]
Menghidupkan Syura, Memperkukuh Amal Jama‘iyy, Mempersatukan Umat MUKADIMAHTahun 2026 dan Panggilan Tanggungjawab Bismillāhirraḥmānirraḥīm.Saudara-saudari pimpinan dan seluruh warga Gerakan WADAH yang saya kasihi. Kita melangkah ke tahun 2026 dalam keadaan dunia yang semakin tidak menentu. Perpecahan umat semakin ketara, politik kebencian semakin menular, dan suara hikmah sering tenggelam dalam lautan emosi. Dalam suasana inilah Allah SWT […]
PUTRAJAYA, 28 Disember 2025 – Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM) hari ini melakar sejarah penting dalam landskap dakwah negara melalui penganjuran Forum Masyarakat Madani: Menolak Ketaksuban, Mempromosi Hikmah Melalui Asas Islam Rahmah (AISAR). Program yang berlangsung di Dewan Abdullah Bukhari, Kompleks Nasyrul Qur’an ini telah menjadi medan pertembungan idea yang progresif bagi menangani isu ekstremisme […]
Seberang Jaya, 29 November 2025 — Muktamar Nasional WADAH kali ke-19 (MUKNAS19) berlangsung dengan penuh signifikan apabila Presiden WADAH Pencerdasan Umat, Dato’ Haji Ahmad Azam Ab Rahman, menyampaikan amanat bertema “Malaysia Memimpin: Agenda Islah, Ketahanan Tamadun dan Tajdid Ummah”. Amanat ini merupakan satu rangka pemikiran besar yang menegaskan peranan Malaysia sebagai negara berwibawa, beradab dan […]