PERBUATAN MEMIJAK AL-QURAN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB

Kongsikan artikel ini :
Kenyataan Akhbar WADAH Isu Penghinaan Al-Quran Hasri Harun

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) mengecam sekeras-kerasnya perbuatan menghina Islam melalui tindakan memijak al-Quran yang tular baru-baru ini. Perbuatan ini merupakan satu provokasi keji yang mencederakan kesucian agama Islam, melukai perasaan umat Islam, serta berpotensi menggugat keharmonian dan ketenteraman awam dalam masyarakat majmuk negara ini.

Bagi Wadah, Al-Quran adalah kitab suci umat Islam yang dimuliakan, menjadi sumber petunjuk, nilai, dan akhlak bagi lebih satu bilion umat Islam di seluruh dunia. Tindakan menghina al-Quran bukan sahaja mencerminkan sikap tidak bertanggungjawab dan kebencian beragama, malah bertentangan dengan prinsip saling menghormati yang menjadi asas perpaduan nasional.

Sehubungan itu, WADAH menegaskan beberapa pendirian berikut:

  1. Kecaman Tegas
    WADAH mengutuk keras sebarang bentuk penghinaan terhadap mana-mana agama, khususnya Islam. Tindakan memijak al-Quran adalah satu bentuk kebencian beragama (religious hatred) yang tidak boleh diterima dalam masyarakat bertamadun.
  2. Tindakan Undang-Undang
    WADAH menggesa pihak berkuasa agar menjalankan siasatan menyeluruh, telus dan tegas, serta mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya terhadap individu atau pihak yang terlibat, selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada bagi menjamin keadilan dan ketenteraman awam.
  3. Menolak Provokasi dan Keganasan
    WADAH menyeru umat Islam agar bertenang, tidak terperangkap dengan provokasi, serta menangani isu ini secara berhemah, berlandaskan kebijaksanaan, kesabaran dan saluran undang-undang. Tindak balas yang emosional dan melampaui batas hanya akan merugikan semua pihak.
  4. Memperkukuh Pendidikan dan Dialog
    WADAH menekankan kepentingan pendidikan berteraskan kefahaman agama, literasi antara agama, serta dialog yang membina bagi memupuk sikap saling menghormati dan menolak budaya kebencian.
  5. Menjaga Keharmonian Negara
    WADAH menyeru semua pihak rakyat, pemimpin masyarakat, media dan penggiat media sosial agar bertanggungjawab dalam menyampaikan maklumat, tidak menyebarkan kandungan yang boleh mengapi-apikan sentimen, serta bersama-sama memelihara keharmonian dan perpaduan negara.

WADAH menegaskan bahawa kebebasan bersuara tidak boleh dijadikan alasan untuk menghina agama dan mencetuskan kebencian. Hormatilah kesucian agama dan nilai kemanusiaan demi keamanan, keharmonian dan masa depan negara yang sejahtera.

Hasri Harun
Timbalan Presiden

www.wadah.org.my

Kenyataan Media|Kenyataan Media - BM
orang asli

PELATIH INDUSTRI WADAH SANTUNI ANAK-ANAK ORANG ASLI SUNGAI GABAI MELALUI PROGRAM KOMUNITI

17 November 2026 | Editor WADAH SUNGAI GABAI, 17 November – Seramai 20 orang kanak-kanak masyarakat Orang Asli Sungai Gabai telah menyertai program komuniti yang dikendalikan oleh empat peserta Daie Muda YADIM (DMY) yang kini menjalani latihan industri di Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH). Program ini memberi tumpuan kepada aktiviti interaktif dan santai bersama kanak-kanak […]

Baca Lanjut
keibubapaan

Bengkel Keibubapaan Era Digital Perkasa Ibu Bapa Hadapi Cabaran Teknologi dan Penggunaan Gajet

KUALA LUMPUR, 31 Oktober – Bengkel Keibubapaan Era Digital telah diadakan di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati, bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa terhadap cabaran mendidik anak-anak dalam persekitaran teknologi yang semakin berkembang. Program ini memberi tumpuan kepada perkembangan psikologi generasi digital, strategi pencegahan dan kawalan penggunaan gajet serta pembinaan ketahanan keluarga dalam menghadapi dunia tanpa […]

Baca Lanjut
Indonesia

Kunjung Hormat Delegasi Pendidikan dan Pesantren Indonesia ke WADAH: Rapatkan Ukhuwah Serantau, Teroka Kerjasama Pendidikan Islam Malaysia-Indonesia

BANGI, 31 Oktober 2026 – Memperkukuh jaringan ukhuwah Islamiah merentas sempadan serantau serta meneroka ruang sinergi dalam pemerkasaan institusi pendidikan Islam menjadi matlamat utama penganjuran Program Kunjung Hormat Delegasi NGO dan Institusi Pendidikan Indonesia ke Ibu Pejabat Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) di Bangi hari ini. Pertemuan muhibah peringkat serantau ini menghimpunkan barisan kepimpinan utama […]

Baca Lanjut

Dialog Ummah 2.0: Hubungan Raja dan Rakyat Perlu Diperkukuh Berteraskan Amanah, Adat dan Perlembagaan

22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
3560
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
1009512
PERSATUAN WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA
ROS : PPM-003-10-11902005
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi
Klik Sini