ISU AGAMA PERLU DISERAHKAN KEPADA PIHAK BERAUTORITI
February 10th, 2026
| Editor Wadah
Kongsikan artikel ini :
KENYATAAN MEDIA WADAH
Isu-isu Agama Perlu Diserahkan Kepada Pihak Berautoriti, Elak Kekeliruan Awam
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyokong penuh kenyataan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang menegaskan keperluan agar isu-isu berkaitan agama ditangani melalui saluran yang betul dan oleh pihak berautoriti yang sah.
WADAH berpandangan bahawa dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia, isu agama merupakan perkara sensitif yang memerlukan kebijaksanaan, kefahaman mendalam serta autoriti yang diiktiraf, demi menjaga keharmonian, ketenteraman awam dan perpaduan nasional.
Sehubungan itu, WADAH menyeru seluruh rakyat agar:
Menyerahkan sepenuhnya isu-isu agama kepada pihak berautoriti, termasuk institusi agama dan agensi berkaitan yang mempunyai bidang kuasa, kepakaran dan tanggungjawab perundangan.
Mengelakkan penyebaran pandangan peribadi, spekulasi atau kenyataan mengelirukan, khususnya melalui media sosial, yang boleh mencetuskan salah faham serta keresahan dalam kalangan masyarakat.
Mengamalkan sikap berlapang dada, beradab dan berasaskan ilmu dalam menyuarakan pandangan, selaras dengan nilai-nilai Islam dan semangat Perlembagaan Persekutuan.
WADAH percaya bahawa kenyataan dan pendirian YB Menteri Agama mencerminkan pendekatan wasatiyyah, bertanggungjawab serta berpaksikan kepentingan negara dan keharmonian rakyat. Sokongan terhadap institusi dan kepimpinan yang sah amat penting bagi memastikan setiap isu agama ditangani secara adil, berkesan dan tidak dipengaruhi emosi atau sentimen sempit.
WADAH menyeru semua pihak agar menghentikan polemik yang tidak membina, sebaliknya bersama-sama memperkukuh kepercayaan kepada mekanisme sedia ada demi memelihara perpaduan dan kesejahteraan negara.
KUALA LUMPUR, 31 Oktober – Bengkel Keibubapaan Era Digital telah diadakan di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati, bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa terhadap cabaran mendidik anak-anak dalam persekitaran teknologi yang semakin berkembang. Program ini memberi tumpuan kepada perkembangan psikologi generasi digital, strategi pencegahan dan kawalan penggunaan gajet serta pembinaan ketahanan keluarga dalam menghadapi dunia tanpa […]
BANGI, 31 Oktober 2026 – Memperkukuh jaringan ukhuwah Islamiah merentas sempadan serantau serta meneroka ruang sinergi dalam pemerkasaan institusi pendidikan Islam menjadi matlamat utama penganjuran Program Kunjung Hormat Delegasi NGO dan Institusi Pendidikan Indonesia ke Ibu Pejabat Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) di Bangi hari ini. Pertemuan muhibah peringkat serantau ini menghimpunkan barisan kepimpinan utama […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kepentingan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah serta cabaran penyebaran fitnah dan kebencian melalui media sosial menjadi fokus sesi kedua Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Islam dan Adab Mengurus Perbezaan Pendapat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan ini meneliti pendekatan Islam dalam menangani […]