WADAH SYOR BENTUK GABUNGAN PENYELAMAT NEGARA DEMI POLITIK YANG KUKUH

Kongsikan artikel ini :
1. Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyeru parti-parti politik berlapang dada dan segera bermuafakat bagi membentuk Kerajaan Gabungan Penyelamat Negara (GPN) demi mengukuhkan kembali politik negara yang kini dalam keadaan tidak menentu dan terumbang ambing.
2. WADAH juga ingin menegaskan Kerajaan Gabungan Penyelamat Negara (GPN) yang bakal dibentuk mestilah dipimpin oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim selaku ketua parti Pakatan Harapan yang telah memperoleh mandat yang sah pada pilihanraya umum ke 14 lalu.
3. Kepemimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam agenda menjayakan reformasi negara telah mendapat dokongan rakyat terbanyak serta pengalaman kaya dan luas beliau dalam bidang politik nasional dan antarabangsa diyakini akan dapat menstabilkan dan menguatkan semula keadaan pentadbiran kerajaan hari ini yang rapuh.
4. Kabinet Kerajaan Gabungan Penyelamat Negara (GPN) yang dibentuk nanti hendaklah bersifat inklusif di mana ia mesti melibatkan tokoh-tokoh yang berwibawa dalam pelbagai bidang sama ada dari kalangan ahli politik, pakar akademik dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan yang berkelayakan.
5. Kerajaan Gabungan Penyelamat Negara (GPN) yang bakal dibentuk mesti juga memberi tumpuan terhadap tindakan menangani penularan Covid-19 serta mengusulkan penggubalan Akta Anti Lompat Parti di kalangan Ahli-ahli Parlimen Malaysia. Tindakan gugur keanggotaan sebagai Ahli Parlimen hendaklah dikuatkuasakan demi memastikan kestabilan politik negara di masa depan.
6. Kerajaan Gabungan Penyelamat Negara (GPN) mesti juga mengambil kesempatan dari tempoh pentadbirannya meningkatkan agenda kebajikan rakyat, memperjuangkan keadilan sosial dan memerangi gejala rasuah di segenap peringkat masyarakat demi memastikan negara kita dihormati kembali oleh masyarakat antarabangsa.
Sekian.
DATO’ AHMAD AZAM AB RAHMAN
Presiden
WADAH Media Statement- English version
Kenyataan Media|Kenyataan Media - BM

WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL

WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN TERHADAP INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL KENYATAAN MEDIA 19 MAC 2026 Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyatakan kebimbangan yang amat serius terhadap perkembangan terkini di Timur Tengah susulan serangan ke atas FASILITI GAS SOUTH PARS MILIK IRAN—antara medan gas terbesar dunia—yang kini mencetuskan risiko besar kepada keselamatan tenaga global […]

Baca Lanjut
PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM-HINDU PEACEFUL COEXISTENCE

WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI

WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI KENYATAAN MEDIA19 Mac 2026 | Bandar Baru Bangi, Selangor WADAH menyambut baik dan menyokong sepenuhnya inisiatif pertemuan antara wakil komuniti Muslim dan Hindu yang bertujuan mencari titik damai serta meredakan ketegangan antara agama dalam negara. Usaha ini […]

Baca Lanjut
Pek ceria raya

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) UNTUK MUALAF DI IOA CENTRE

Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]

Baca Lanjut
PEK CERIA RAYA

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) SANTUNI KOMUNITI OKU DI PPR LEMBAH SUBANG 2

Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
300
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
378597
Klik Sini