WADAH SOKONG PEMBENTANGAN RCI TABUNG HAJI DAN KRITIK TINDAKAN KELUAR DEWAN YANG TIDAK MENCERMINKAN TANGGUNGJAWAB KEPADA RAKYAT

Kongsikan artikel ini :

KENYATAAN MEDIA
WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA (WADAH)
12 OGOS 2026

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyambut baik dan menyatakan sokongan terhadap pembentangan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Dr. Zulkifli Hassan, di Dewan Rakyat.

Pembentangan ini merupakan langkah penting bagi memastikan dapatan RCI berkaitan sebuah institusi amanah umat Islam dapat dibentangkan dan dibahaskan secara terbuka, berasaskan fakta serta demi kepentingan para pendeposit.

Antara perkara penting yang dibentangkan ialah kedudukan kewangan Tabung Haji pada 2018 yang berdepan jurang aset dan liabiliti sekitar RM10.9 bilion. Keadaan tersebut turut disusuli pengeluaran deposit sekitar RM6 bilion, manakala kerajaan pada ketika itu berdepan risiko liabiliti sehingga RM74.5 bilion susulan jaminan kerajaan terhadap simpanan Tabung Haji.

Fakta tersebut perlu difahami secara menyeluruh dan tidak diputarbelitkan sebagai modal pertelingkahan politik. Yang lebih penting ialah mengambil pengajaran daripada kelemahan lalu serta memastikan pembaharuan yang telah dilaksanakan terus diperkukuh.

Kedudukan Tabung Haji kini menunjukkan perkembangan yang lebih kukuh selepas pelan penstrukturan semula 2018. Deposit meningkat daripada sekitar RM69.4 bilion pada 2019 kepada lebih RM95.1 bilion pada pertengahan Jun 2026, manakala kadar agihan keuntungan meningkat daripada 1.25 peratus pada 2018 kepada 3.5 peratus bagi tahun kewangan 2025.

WADAH menghargai usaha kerajaan dan pengurusan Tabung Haji dalam memperkukuh tadbir urus serta melaksanakan syor-syor RCI. Sekiranya terdapat dapatan yang mempunyai implikasi terhadap salah laku atau pelanggaran undang-undang, tindakan sewajarnya hendaklah diambil melalui saluran penguatkuasaan yang ditetapkan.

WADAH juga mengecam tindakan Ahli Parlimen PAS dan sebahagian Ahli Parlimen pembangkang yang memilih untuk meninggalkan Dewan ketika isu RCI Tabung Haji sedang dibahaskan.

Hak Ahli Parlimen untuk tidak bersetuju dan mengkritik kerajaan sememangnya sebahagian daripada proses demokrasi. Namun, perbezaan pendirian sewajarnya dizahirkan melalui perbahasan, hujah dan proses demokrasi di dalam Dewan Rakyat. Ahli Parlimen dipilih rakyat untuk hadir, bertanya, meneliti fakta, mencabar hujah dan menuntut akauntabiliti.

Ketidakhadiran YAB Perdana Menteri kerana menjalani prosedur perubatan tidak seharusnya dijadikan alasan untuk meninggalkan perbahasan mengenai isu yang melibatkan amanah umat. Jika terdapat bantahan terhadap kandungan atau penjelasan RCI, ruang perbahasan di Parlimen merupakan tempat yang sewajarnya untuk menyatakannya.

Tabung Haji bukan milik kerajaan dan bukan milik pembangkang. Tabung Haji ialah amanah umat Islam yang melibatkan kepentingan jutaan pendeposit. Kepentingan pendeposit, integriti institusi dan masa depan Tabung Haji mesti diletakkan mengatasi kepentingan politik kepartian.

WADAH menuntut agar seluruh dapatan RCI diteliti secara menyeluruh, kelemahan yang dikenal pasti diperbaiki, pihak yang terbukti melakukan kesalahan dipertanggungjawabkan mengikut undang-undang dan tadbir urus Tabung Haji terus diperkukuh.

Jangan jadikan Tabung Haji gelanggang politik. Jadikan Parlimen medan mencari kebenaran, menegakkan keadilan dan mempertahankan amanah umat.

AZIZUDDIN AHMAD
Setiausaha Agung
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)

Kenyataan Media|Kenyataan Media - BM
keibubapaan

Bengkel Keibubapaan Era Digital Perkasa Ibu Bapa Hadapi Cabaran Teknologi dan Penggunaan Gajet

KUALA LUMPUR, 31 Oktober – Bengkel Keibubapaan Era Digital telah diadakan di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati, bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa terhadap cabaran mendidik anak-anak dalam persekitaran teknologi yang semakin berkembang. Program ini memberi tumpuan kepada perkembangan psikologi generasi digital, strategi pencegahan dan kawalan penggunaan gajet serta pembinaan ketahanan keluarga dalam menghadapi dunia tanpa […]

Baca Lanjut
Indonesia

Kunjung Hormat Delegasi Pendidikan dan Pesantren Indonesia ke WADAH: Rapatkan Ukhuwah Serantau, Teroka Kerjasama Pendidikan Islam Malaysia-Indonesia

BANGI, 31 Oktober 2026 – Memperkukuh jaringan ukhuwah Islamiah merentas sempadan serantau serta meneroka ruang sinergi dalam pemerkasaan institusi pendidikan Islam menjadi matlamat utama penganjuran Program Kunjung Hormat Delegasi NGO dan Institusi Pendidikan Indonesia ke Ibu Pejabat Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) di Bangi hari ini. Pertemuan muhibah peringkat serantau ini menghimpunkan barisan kepimpinan utama […]

Baca Lanjut

Dialog Ummah 2.0: Hubungan Raja dan Rakyat Perlu Diperkukuh Berteraskan Amanah, Adat dan Perlembagaan

22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]

Baca Lanjut

Dialog Ummah 2.0: Adab Berbeza Pendapat dan Literasi Media Penting Tangani Perpecahan Masyarakat

22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kepentingan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah serta cabaran penyebaran fitnah dan kebencian melalui media sosial menjadi fokus sesi kedua Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Islam dan Adab Mengurus Perbezaan Pendapat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan ini meneliti pendekatan Islam dalam menangani […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
2525
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
935009
PERSATUAN WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA
ROS : PPM-003-10-11902005
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi
Klik Sini