WADAH RAIKAN 60 MUALLAF SEMPENA AIDILFITRI

Kongsikan artikel ini :

WADAH Kukuhkan Persaudaraan, Santuni Muallaf Outreach Oasis Bukit Bintang Menjelang Aidilfitri

Bukit Bintang, 23 Mac 2025 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) telah menganjurkan Majlis Sumbangan Hari Raya Aidilfitri bertempat di Outreach Oasis Bukit Bintang (OOBB), sempena menyambut bulan Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelang tiba. Seramai 60 orang muallaf dari sekitar kawasan Bukit Bintang menerima sumbangan pada majlis tersebut.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Setiausaha Agung WADAH, En. Azizuddin Ahmad yang menekankan kepentingan memperkukuhkan ilmu dan persaudaraan dalam kalangan peserta.

Beliau menyatakan bahawa majlis dan aktiviti pembelajaran di OOBB bukan sekadar sumbangan material tetapi juga platform penting dalam usaha mendalami ilmu agama secara bersama-sama tanpa mengira latar belakang atau kemampuan individu. “Di sini adalah tempat kita belajar bersama. Tak ada yang lebih, tak ada yang murah. Sama-sama kita belajar untuk mendapatkan ilmu dalam agama, insyaAllah,” kata En. Azizuddin.

Beliau turut menyeru kepada para hadirin untuk mengajak lebih ramai rakan dan kenalan agar turut serta menghadiri kelas-kelas agama yang diadakan di OOBB, sebagai usaha memperluaskan manfaat ilmu kepada masyarakat setempat.

Di penghujung ucapan, En. Azizuddin menyampaikan penghargaan kepada jawatankuasa penganjur serta semua yang hadir, sambil mendoakan agar segala usaha yang dilakukan sepanjang Ramadan ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT, khususnya pada sepuluh hari terakhir Ramadan yang penuh keistimewaan dan rahmat.

Muallaf: kepentingan persaudaraan dalam Islam

Berikutnya, Ucapan perasmian disampaikan oleh Ustaz Dr Abdul Halim el-Muhammady, Pengerusi Islamic Outreach ABIM Dr Halim El-Muhammady, Penasihat Outreach Oasis Bukit Bintang & Islamic Outreach ABIM Centre menegaskan kepentingan persaudaraan dalam Islam yang merangkumi pelbagai aspek kehidupan, termasuk sosial, kemanusiaan, material, tenaga, dan ilmu.

Beliau turut menyatakan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut dan menekankan bahawa usaha memanfaatkan teknologi sosial secara bijak amat penting dalam membina kemaslahatan masyarakat, khususnya dalam kalangan umat Islam.

Dr Halim El-Muhammady turut menyeru agar umat Islam memanfaatkan segala sumber yang ada, baik material, tenaga mahupun ilmu, bagi memperkukuh hubungan persaudaraan serta membangunkan masyarakat yang lebih baik. Beliau menegaskan bahawa nilai-nilai Islam menyediakan panduan jelas tentang pentingnya kolaborasi serta saling membantu dalam segala aspek kehidupan.

Ucapan beliau menekankan bahawa Islam menawarkan pelbagai penyelesaian kepada masalah sosial dan kemanusiaan, serta mengajak hadirin untuk sentiasa peka terhadap keperluan semasa masyarakat bagi menjamin kesejahteraan bersama.

Majlis diteruskan dengan tazkirah oleh Penolong Setiausaha Agung WADAH, En. Khairul Arifin Muhd Munir, mengingatkan umat Islam agar memanfaatkan sepenuhnya sepuluh malam terakhir bulan Ramadan.

Pecutan 10 Malam Terakhir

En. Khairul Arifin menegaskan keistimewaan Ramadan sebagai bulan turunnya Al-Quran serta kelebihan malam Lailatul Qadar yang lebih baik daripada seribu bulan. Beliau menyeru agar umat Islam memperbanyakkan ibadah termasuk membaca Al-Quran, melaksanakan qiyamulail, memperbaiki solat fardu, serta bersedekah dengan penuh keikhlasan. Menurut beliau, Ramadan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan di mana setiap amalan digandakan pahalanya oleh Allah SWT.

Beliau turut mengingatkan agar umat Islam banyak berdoa, khususnya pada waktu berbuka dan sahur kerana waktu-waktu ini amat mustajab untuk memohon keampunan serta hajat daripada Allah SWT. “Jadikan puasa kita yang terbaik, jaga solat dan zikir dengan penuh keikhlasan, serta banyakkan istighfar,” katanya.

Dalam kesempatan yang sama, beliau turut menyentuh pentingnya sikap reda dalam menghadapi ujian kehidupan dan menjadikan Ramadan sebagai bulan refleksi serta memperbaiki hubungan dengan Allah SWT.

En. Khairul Arifin mengakhiri tazkirahnya dengan mengajak para hadirin bersama-sama berzikir dan istighfar bagi memohon keberkatan dan rahmat Allah sepanjang bulan Ramadan.

Serahan Sumbangan dan Iftar Bersama

Selepas tazkirah tersebut, sesi penyerahan sumbangan PCR kepada para penerima telah diadakan sebelum semua yang hadir bersama-sama berbuka puasa tepat jam 7:25 malam.

Selepas menikmati hidangan berbuka puasa, program diteruskan dengan solat Maghrib berjemaah dan bacaan Al-Mathurat. Para peserta turut sama menunaikan solat Isya’ serta tarawih secara berjemaah sebelum majlis bersurai sekitar jam 9:45 malam.

Program tahunan ini bertujuan mengeratkan silaturahim antara WADAH dengan komuniti muallaf setempat, di samping memberi sokongan dan kegembiraan kepada golongan yang memerlukan menjelang Hari Raya Aidilfitri. WADAH berharap agar sumbangan yang diberikan dapat membantu menceriakan para muallaf dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri. Selain itu, program ini juga merupakan sebahagian daripada usaha dakwah WADAH supaya dikenali ramai sebagai NGO Islam yang aktif dalam kebajikan kemasyarakatan. Usaha ini turut selari dengan prinsip Ihsan yang terkandung dalam Rukun MADANI.

Berita Wadah|Berita Wadah - BM

Wanita Madani Bangkit Perkukuh Kesatuan

“Now is the Time”: Presiden WADAH Seru Wanita Madani Bangkit Perkukuh Kesatuan Ummah BANGI, 4 Oktober 2025 – “Now is the time!” demikian seruan Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman, Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) ketika menyampaikan ucapan penuh semangat dalam Majlis Makan Malam Inspirasi Wanita Madani: Menyulam Peradaban Ummah yang berlangsung pada 4 Oktober […]

Baca Lanjut

Program Kesihatan Reproduktif WADAH dan Yayasan Taqwa

Program Kesihatan Reproduktif WADAH dan Yayasan Taqwa: Membentuk Generasi Sihat & Bermaruah Alor Setar, 27 September 2025 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan kerjasama Yayasan Taqwa telah menganjurkan Bengkel Kesihatan Reproduktif bertempat di Dewan Dato’ Sheikh Azmi Ahmad, Kompleks Pendidikan Al-Hikmah, Alor Setar, Kedah. Bengkel ini bertujuan memberikan pendedahan dan pendidikan kesihatan reproduktif yang […]

Baca Lanjut

Ukhuwwah Islamiyyah Sebagai Penyembuh Luka

Ceramah Perdana dan Pelancaran Pusat Tunas Nahdah Pokok Sena, Masyarakat Madani: Ukhuwwah Islamiyyah – Penyembuh Luka, Perpaduan Umat ALOR SETAR, 26 September 2025 – Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Dato’ Haji Ahmad Azam Ab Rahman telah dijemput untuk menyampaikan ceramah perdana sempena Muktamar Negeri ke-19 WADAH Kedah dan Pelancaran Pusat Tunas Nahdah Pokok Sena, […]

Baca Lanjut

Tahniah Presiden, Pelantikan SUHAKAM dan Majlis Hukama’

Tahniah Presiden WADAH, Dato’ Haji Ahmad Azam Ab Rahman Atas Dua Pelantikan Penting KUALA LUMPUR, 28 September 2025 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan penuh sukacita merakamkan ucapan tahniah kepada Presiden WADAH, Dato’ Haji Ahmad Azam Ab Rahman, atas dua pelantikan penting di peringkat nasional dan antarabangsa. Pertama, Dato’ Ahmad Azam telah menerima pelantikan […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
989
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
71001
Klik Sini