Presiden WADAH Lancar Pusat Tunas Nahdah Pahang: Membina Generasi Rabbani dan Masyarakat Madani
Kuantan, 16 Mac 2025 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) telah melancarkan inisiatif Pusat Tunas Nahdah Peringkat Negeri Pahang, sebuah program pembangunan kepimpinan akar umbi dan pengukuhan fahaman Islam Wasatiyyah dalam kalangan masyarakat, bertepatan dengan misi melahirkan generasi yang berpegang teguh kepada Al-Quran dan Sunnah. Pelancaran ini berlangsung dalam Majlis Iftar Perdana Jama’iy & Pelancaran Tunas Nahdah Peringkat Negeri Pahang yang dihadiri oleh pemimpin masyarakat, aktivis Islam, dan para asatizah. Majlis di adakan di bertempat di Rumah Anak Yatim dan Miskin Baitul Husna Kg Pelindung, Kuantan Pahang
Presiden WADAH, Dato’ Haji Ahmad Azam Bin Ab Rahman, dalam ucapannya menegaskan bahawa Tunas Nahdah bukan sekadar satu program jangka pendek, tetapi merupakan sebuah agenda strategik untuk membentuk perspektif Islamik dalam masyarakat.
Misi Besar Pusat Tunas Nahdah
“Pelancaran Pusat Tunas Nahdah hari ini membawa satu misi besar dalam membentuk perspektif Islamik dalam masyarakat, berpaksikan Al-Quran dan Sunnah, dengan pendekatan Islam Wasatiyyah. Kita ingin melahirkan pemimpin akar umbi yang ummatik, membina pusat-pusat Al-Quran, kebajikan dan usrah, serta menyuburkan hikmah dan kesederhanaan dalam menangani fahaman melampau,” katanya.
Pusat Tunas Nahdah yang diperkenalkan dalam program ini mempunyai empat teras utama:
Pembinaan Generasi – Melahirkan generasi Al-Quran & Sunnah serta mendukung Malaysia MADANI dan Rukun Negara.
Pencerahan & Pencerdasan Umat – Memperkenalkan tokoh reformasi umat, memperkukuh budaya ilmu dan menolak pemikiran ekstremisme.
Program Impak Sosial – Pemberdayaan ekonomi, kesejahteraan keluarga, serta bantuan kesukarelawanan.
Penggerak Masyarakat – Memperkasakan masyarakat sivil dan membina jaringan NGO serta aktivis.
Menurut Dato’ Haji Ahmad Azam, usaha ini diharapkan dapat membangunkan masyarakat yang lebih berilmu, berdaya tahan, dan berperanan dalam mencorak hala tuju ummah.
“Dengan adanya usaha ini, kita berharap ia dapat membangunkan masyarakat yang lebih berilmu, berdaya tahan, dan berperanan dalam mencorak hala tuju ummah. Saya mengajak semua pihak untuk bersama-sama menjayakan inisiatif Tunas Nahdah ini. Semoga usaha kita diberkati Allah dan menjadi amal jariah yang berkekalan,” ujarnya mengakhiri ucapan.
Perjalanan Majlis
Majlis bermula dengan pendaftaran peserta seawal jam 4.00 petang, diikuti dengan Solat Asar berjemaah. Acara utama iaitu Pelancaran Tunas Nahdah berlangsung pada jam 5.15 petang, yang dimulakan dengan ucapan aluan disampaikan oleh Tuan Haji Asaari@ Kamaluddin Bin Yatim, Penegrusi WADAH Pahang diikuti ucapan Pengerusi Tunas Nahdah, Dr Azmi Bin Mohd Ghazali merangkap Pengerusi Majlis Syura Negeri Pahang dan Presiden WADAH sebagai perasmi majlis.
Menjelang waktu Maghrib, hadirin bersiap sedia untuk solat Maghrib berjemaah, diikuti dengan majlis iftar. Pengisian malam diteruskan dengan solat Isya’, Tarawih dan Witir berjemaah, serta diakhiri dengan jamuan moreh sebelum majlis bersurai pada jam 10.30 malam.
Majlis pelancaran turut diserikan dengan penyampaian sumbangan kepada asnaf serta sesi tazkirah Ramadan oleh ilmuwan tempatan. Program Tunas Nahdah ini akan diteruskan ke beberapa negeri lain dalam masa terdekat, sebagai sebahagian daripada usaha WADAH untuk membentuk masyarakat yang lebih inklusif dan berpandukan nilai-nilai Islam yang syumul.
KUALA LUMPUR, 31 Oktober – Bengkel Keibubapaan Era Digital telah diadakan di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati, bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa terhadap cabaran mendidik anak-anak dalam persekitaran teknologi yang semakin berkembang. Program ini memberi tumpuan kepada perkembangan psikologi generasi digital, strategi pencegahan dan kawalan penggunaan gajet serta pembinaan ketahanan keluarga dalam menghadapi dunia tanpa […]
BANGI, 31 Oktober 2026 – Memperkukuh jaringan ukhuwah Islamiah merentas sempadan serantau serta meneroka ruang sinergi dalam pemerkasaan institusi pendidikan Islam menjadi matlamat utama penganjuran Program Kunjung Hormat Delegasi NGO dan Institusi Pendidikan Indonesia ke Ibu Pejabat Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) di Bangi hari ini. Pertemuan muhibah peringkat serantau ini menghimpunkan barisan kepimpinan utama […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kepentingan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah serta cabaran penyebaran fitnah dan kebencian melalui media sosial menjadi fokus sesi kedua Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Islam dan Adab Mengurus Perbezaan Pendapat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan ini meneliti pendekatan Islam dalam menangani […]