13 – 17 Julai 2023, KEPALA BATAS – Program Medikasih 2023 anjuran Pusat Kokurikulum Berkredit, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Kg. Lahar Tiang, Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang. Program ini merupakan kerjasama Pusat DUN Pinang Tunggal, Malaysian Relief Agency (MRA), WADAH, YADIM dan ABIM. Lebih 59 orang mahasiswa dari pelbagai kaum terlibat dalam pelbagai aktiviti seperti gotong royong, sukaneka, pertandingan Petanque, malam kebudayaan dan pembelajaran industri kampung. Turut diadakan Mini Karnival Medikasih di mana pemeriksaan kesihatan, bengkel CPR dan Peka turut diadakan. Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman, Presiden WADAH turut hadir membaca puisi pada malam kebudayaan. Hadir sama, Pengerusi YADIM P. Pinang, Ust. Fadhil Alias. Program telah dirasmi penutupan oleh YB Dato’ Ir. Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang. #nahdhahumat#MalaysiaMADANI * * * * * Ayuh berinfaq bersama WADAH dalam pelbagai program kemasyarakatan, pencerdasan, penerbitan ilmiah dan banyak lagi! Salurkan sumbangan anda ke:Persatuan Wadah Pencerdasan Umat MalaysiaBIMB 12029010079003 ATAU sumbang melaluihttps://toyyibpay.com/INFAQ-WADAHhttps://toyyibpay.com/INFAQ-WADAHhttps://toyyibpay.com/INFAQ-WADAH
WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN TERHADAP INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL KENYATAAN MEDIA 19 MAC 2026 Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyatakan kebimbangan yang amat serius terhadap perkembangan terkini di Timur Tengah susulan serangan ke atas FASILITI GAS SOUTH PARS MILIK IRAN—antara medan gas terbesar dunia—yang kini mencetuskan risiko besar kepada keselamatan tenaga global […]
WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI KENYATAAN MEDIA19 Mac 2026 | Bandar Baru Bangi, Selangor WADAH menyambut baik dan menyokong sepenuhnya inisiatif pertemuan antara wakil komuniti Muslim dan Hindu yang bertujuan mencari titik damai serta meredakan ketegangan antara agama dalam negara. Usaha ini […]
Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]
Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]