WADAH UCAP TAHNIAH KABINET KERAJAAN MADANI: INTEGRITI, REFORMASI & AMANAH RAKYAT
December 17th, 2025
| Editor Wadah
Kongsikan artikel ini :
TAHNIAH ATAS AMANAH PEMBENTUKAN KABINET KERAJAAN MADANI
KENYATAAN MEDIA WADAH 17 DISEMBER 2025
Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) merakamkan ucapan tahniah kepada YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, atas pengumuman saf kepimpinan baharu Kabinet Kerajaan MADANI, sebagai langkah penting dalam memperkukuhkan keupayaan pentadbiran negara.
Amanah dan Tanggungjawab Menggalas Hasrat Rakyat
WADAH menegaskan bahawa pelantikan sebagai anggota Kabinet bukan sekadar jawatan pentadbiran, tetapi amanah besar untuk membawa suara, keperluan dan harapan rakyat. Para menteri digesa agar turun ke lapangan, menyelami denyut nadi rakyat, dan memastikan setiap dasar yang digubal benar-benar berteraskan realiti kehidupan masyarakat.
Integriti sebagai Teras Kepimpinan MADANI
WADAH berharap barisan Kabinet baharu menjadikan integriti, akauntabiliti dan ketelusan sebagai nilai teras dalam pentadbiran. Kepercayaan rakyat hanya dapat dipulihkan dan diperkukuhkan melalui kepimpinan yang berani menolak salah guna kuasa, rasuah serta budaya politik lama yang merosakkan institusi negara.
Pelantikan Tepat Pada Masanya untuk Mempercepat Reformasi
Pembentukan semula Kabinet ini dilihat tepat pada masanya (timely) bagi memperkukuhkan jentera kerajaan, mempercepat pelaksanaan reformasi institusi, serta memperkemas penyampaian dasar dan perkhidmatan awam agar lebih cekap, berkesan dan berimpak tinggi.
Pasukan Kukuh Mendukung Tugas Perdana Menteri
WADAH berharap Kabinet baharu ini dapat berfungsi sebagai satu pasukan yang bersatu, mantap dan saling melengkapi, bagi membantu YAB Perdana Menteri memikul tanggungjawab besar memimpin negara dalam suasana global dan domestik yang mencabar.
Masa Terhad, Amanah Besar
WADAH mengingatkan bahawa para menteri yang dilantik kini berdepan tempoh masa yang singkat untuk membaiki kelemahan, memperkukuh dasar dan merealisasikan agenda Malaysia MADANI. Justeru, amanah yang diberikan oleh Perdana Menteri ini tidak harus disia-siakan, sebaliknya dimanfaatkan sepenuhnya dengan tindakan yang berani, berfokus dan berkesan.
Memperkukuh Kerjasama Strategik dengan NGO dan Masyarakat Sivil
WADAH menyeru agar kementerian-kementerian memperkukuh kerjasama strategik dengan NGO, badan masyarakat sivil dan gerakan dakwah, khususnya dalam aspek pembangunan insan, kesejahteraan sosial, pendidikan nilai, perpaduan dan pengukuhan moral masyarakat — selari dengan roh Malaysia MADANI.
Memberi Ruang dan Peluang kepada Kepimpinan Baharu
WADAH turut menyeru rakyat Malaysia agar memberi ruang, peluang dan sokongan yang wajar kepada barisan menteri baharu untuk melaksanakan tugas mereka. Kritikan yang membina, sokongan berprinsip dan keterlibatan masyarakat amat penting bagi memastikan kejayaan bersama.
Penutup
WADAH berdoa agar barisan Kabinet Kerajaan MADANI ini diberikan kekuatan, kebijaksanaan dan keikhlasan dalam memikul amanah, demi menjamin kesejahteraan rakyat, kestabilan negara dan kelangsungan agenda reformasi menuju sebuah Malaysia MADANI yang adil, berdaya tahan dan berperikemanusiaan.
“Amanah dipikul, rakyat dibela, negara dimartabatkan.”
KUALA LUMPUR, 31 Oktober – Bengkel Keibubapaan Era Digital telah diadakan di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati, bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa terhadap cabaran mendidik anak-anak dalam persekitaran teknologi yang semakin berkembang. Program ini memberi tumpuan kepada perkembangan psikologi generasi digital, strategi pencegahan dan kawalan penggunaan gajet serta pembinaan ketahanan keluarga dalam menghadapi dunia tanpa […]
BANGI, 31 Oktober 2026 – Memperkukuh jaringan ukhuwah Islamiah merentas sempadan serantau serta meneroka ruang sinergi dalam pemerkasaan institusi pendidikan Islam menjadi matlamat utama penganjuran Program Kunjung Hormat Delegasi NGO dan Institusi Pendidikan Indonesia ke Ibu Pejabat Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) di Bangi hari ini. Pertemuan muhibah peringkat serantau ini menghimpunkan barisan kepimpinan utama […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kepentingan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah serta cabaran penyebaran fitnah dan kebencian melalui media sosial menjadi fokus sesi kedua Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Islam dan Adab Mengurus Perbezaan Pendapat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan ini meneliti pendekatan Islam dalam menangani […]