WADAH JOHOR PERKASA KEBAJIKAN MELALUI PROGRAM PEK CERIA RAYA 1447H
April 11th, 2026
| Editor Wadah
Kongsikan artikel ini :
Batu Pahat, 11 April 2026 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Negeri Johor bersama Pusat Tunas Nahdah (PTN) Batu Pahat dengan kerjasama Yayasan Taqwa telah berjaya melaksanakan Program Pek Ceria Raya 1447H di sekitar Mukim Minyak Beku, Batu Pahat.
Program ini melibatkan agihan sumbangan kepada 30 buah keluarga yang terdiri daripada golongan miskin, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU). Pelaksanaan program dilakukan secara ziarah dari rumah ke rumah, bagi memastikan bantuan disampaikan secara terus di samping menyantuni penerima dengan lebih dekat dan berkesan.
Sepanjang pelaksanaan program, para sukarelawan bukan sahaja menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas, malah turut berinteraksi serta menyelami kehidupan penerima, sekali gus memperkukuh nilai kebersamaan dan keprihatinan dalam masyarakat.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan WADAH dalam usaha mengangkat martabat umat melalui pendekatan kebajikan dan kemasyarakatan, selari dengan semangat Ramadan dan Syawal yang menekankan nilai kasih sayang, ihsan dan solidariti.
WADAH merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat, khususnya para penyumbang dan sukarelawan yang telah menjayakan program ini.
Semoga usaha ini memberi manfaat kepada para penerima serta menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif kebajikan pada masa hadapan.
KUALA LUMPUR, 31 Oktober – Bengkel Keibubapaan Era Digital telah diadakan di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati, bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa terhadap cabaran mendidik anak-anak dalam persekitaran teknologi yang semakin berkembang. Program ini memberi tumpuan kepada perkembangan psikologi generasi digital, strategi pencegahan dan kawalan penggunaan gajet serta pembinaan ketahanan keluarga dalam menghadapi dunia tanpa […]
BANGI, 31 Oktober 2026 – Memperkukuh jaringan ukhuwah Islamiah merentas sempadan serantau serta meneroka ruang sinergi dalam pemerkasaan institusi pendidikan Islam menjadi matlamat utama penganjuran Program Kunjung Hormat Delegasi NGO dan Institusi Pendidikan Indonesia ke Ibu Pejabat Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) di Bangi hari ini. Pertemuan muhibah peringkat serantau ini menghimpunkan barisan kepimpinan utama […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kepentingan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah serta cabaran penyebaran fitnah dan kebencian melalui media sosial menjadi fokus sesi kedua Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Islam dan Adab Mengurus Perbezaan Pendapat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan ini meneliti pendekatan Islam dalam menangani […]