WADAH DESAK SIASATAN PENSYARAH UM TERLIBAT ISU FREEMASON
February 12th, 2026
| Editor Wadah
Kongsikan artikel ini :
ISU PENGLIBATAN PENSYARAH UNIVERSITI MALAYA (UM) DALAM PERTUBUHAN FREEMASON: WADAH DESAK SIASATAN SEGERA DAN TINDAKAN TEGAS
WADAH merujuk kepada laporan dan dakwaan yang tular baru-baru ini mengenai penglibatan seorang tenaga akademik di Universiti Malaya (UM) dalam pertubuhan Freemason. Perkara ini bukan sahaja menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat, malah dianggap sebagai satu perbuatan yang mencabar sensitiviti umat Islam dan merosakkan integriti institusi pendidikan tinggi negara.
Umum mengetahui bahawa Freemason mempunyai sejarah panjang yang dikaitkan dengan gerakan rahsia yang membawa agenda bertentangan dengan nilai-nilai agama dan kedaulatan sesebuah negara. Fatwa di peringkat kebangsaan dan antarabangsa (termasuk Al-Azhar) telah lama menegaskan bahawa ideologi Freemasonry adalah bercanggah dengan akidah Islam kerana matlamatnya yang kabur serta hubung kaitnya dengan gerakan Zionisme antarabangsa.
Sebagai institusi menara gading yang menjadi kebanggaan negara, UM tidak sepatutnya membiarkan imejnya tercalar dengan dakyah atau keahlian kakitangannya dalam pertubuhan yang meragukan.
WADAH mendesak pengurusan tertinggi Universiti Malaya untuk melakukan siasatan dalaman secara menyeluruh terhadap dakwaan tersebut. Sekiranya terbukti benar, tindakan tatatertib yang tegas perlu diambil bagi memastikan pengaruh luar yang merosakkan tidak meresap ke dalam pemikiran mahasiswa.
WADAH turut menggesa pihak Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pendidikan Tinggi serta Jabatan Agama Islam (JAKIM/JAWI) untuk:
Megambil tindakan secara serius sebarang aktiviti kumpulan ini yang cuba menyusup masuk ke dalam institusi awam.
Mengambil tindakan perundangan di bawah peruntukan sedia ada sekiranya aktiviti tersebut didapati menggugat ketenteraman awam atau menghina kesucian agama Islam sebagai Agama Persekutuan.
“Pendidikan negara mestilah berpaksikan acuan nilai yang murni. Kita tidak boleh berkompromi dengan mana-mana gerakan yang mempunyai agenda tersembunyi untuk merosakkan tatanan sosial dan pegangan agama rakyat Malaysia.”
WADAH akan terus konsisten memantau perkembangan isu ini demi memastikan kedaulatan agama dan keutuhan institusi pendidikan kita terus terpelihara.
TUAN HAJI AZIZUDDIN AHMAD Setiausaha Agung Wadah Pencerdasan Umat Malaysia
WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN TERHADAP INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL KENYATAAN MEDIA 19 MAC 2026 Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyatakan kebimbangan yang amat serius terhadap perkembangan terkini di Timur Tengah susulan serangan ke atas FASILITI GAS SOUTH PARS MILIK IRAN—antara medan gas terbesar dunia—yang kini mencetuskan risiko besar kepada keselamatan tenaga global […]
WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI KENYATAAN MEDIA19 Mac 2026 | Bandar Baru Bangi, Selangor WADAH menyambut baik dan menyokong sepenuhnya inisiatif pertemuan antara wakil komuniti Muslim dan Hindu yang bertujuan mencari titik damai serta meredakan ketegangan antara agama dalam negara. Usaha ini […]
Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]
Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]