WACANA KETOKOHAN DAKWAH: MENGHAYATI LEGASI ILMUAN ALMARHUM DR. RUMAIZUDDIN GHAZALI
December 10th, 2025
| Editor Wadah
Kongsikan artikel ini :
WACANA KETOKOHAN DAKWAH: PEMIKIRAN DAN SUMBANGAN ALMARHUM PROF. MADYA DR. MOHD RUMAIZUDDIN GHAZALI
Nilai, 8 Disember 2025 – Program ilmiah “Wacana Ketokohan Dakwah: Pemikiran dan Sumbangan Almarhum Prof. Madya Dr. Mohd Rumaizuddin Ghazali” telah diadakan di Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) hari ini bagi mengenang ketokohan, pemikiran dan sumbangan besar Almarhum dalam bidang dakwah dan pembangunan masyarakat.
Sebelum sesi wacana berlangsung, Forum Memoir Ketokohan Prof. Madya Dr. Mohd Rumaizuddin Ghazali telah diadakan. Forum ini telah menampilkan tiga orang panel iaitu Sdr. Muhammad Firdaus Faisal, alumni pelajar FKP USIM, Sdr. Muhammad Aliemran Norasid, Naib Presiden ABIM dan Dr. Mohamad Razif Mohamad Fuad, alumni pelajar FKP USIM yang sangat mengenali keperibadian Almarhum Prof. Rumaizuddin.
Seterusnya, majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ketua Pustakawan USIM, YBhg. Datin Nor Azzah Momin dan Dekan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan USIM, YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Rushdan Mohd Jailani.
Majlis diteruskan lagi dengan sesi Wacana bertajuk Ketokohan Dakwah: Pemikiran dan Sumbangan Almarhum Prof. Madya Dr. Mohd Rumaizuddin Ghazali. Wacana ini menghimpunkan tiga panel jemputan terkemuka, iaitu Prof. Dato’ Zulkiple Abd Ghani, Profesor FKP, Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman, Presiden WADAH, serta Tuan Haji Zabidi Nasan, Ketua Pegawai Eksekutif YAPEIM. Panel-panel berkenaan berkongsi kupasan mengenai pemikiran, metodologi dakwah dan impak sosial Almarhum, termasuk peranan beliau dalam membina jaringan ilmu dan kepimpinan masyarakat.
Setelah itu, majlis diteruskan dengan sesi ucapan penghargaan oleh YBhg. Ts. Dr. Sharifuddin Md Shaarani, Naib Canselor USIM yang menzahirkan penghargaan atas penganjuran wacana ini sebagai usaha memartabatkan legasi tokoh akademik yang telah banyak menyumbang kepada wacana keilmuan dan pembangunan modal insan. Beliau turut menekankan komitmen USIM dalam menyokong usaha pemerkasaan dakwah dan penyelidikan berteraskan ilmu berintegrasi.
Majlis ini juga telah dirasmikan oleh YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), yang menyeru agar tokoh-tokoh ilmuan seperti Almarhum terus dijadikan rujukan dalam memperkukuh pendekatan dakwah berkesan dan berwibawa pada peringkat nasional.
Akhir sekali, program ini bukan sahaja mengangkat sumbangan Almarhum, malah berfungsi sebagai medan ilmiah untuk membincangkan perkembangan semasa dalam pendekatan dakwah serta menggalakkan generasi baharu menghayati nilai keilmuan, integriti dan dedikasi perjuangan yang telah beliau tinggalkan.
WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN TERHADAP INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL KENYATAAN MEDIA 19 MAC 2026 Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyatakan kebimbangan yang amat serius terhadap perkembangan terkini di Timur Tengah susulan serangan ke atas FASILITI GAS SOUTH PARS MILIK IRAN—antara medan gas terbesar dunia—yang kini mencetuskan risiko besar kepada keselamatan tenaga global […]
WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI KENYATAAN MEDIA19 Mac 2026 | Bandar Baru Bangi, Selangor WADAH menyambut baik dan menyokong sepenuhnya inisiatif pertemuan antara wakil komuniti Muslim dan Hindu yang bertujuan mencari titik damai serta meredakan ketegangan antara agama dalam negara. Usaha ini […]
Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]
Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]