UCAPAN TAKZIAH DAN SOLIDARITI BUAT ANGGOTA MALBATT 850-11 YANG TERCEDERA DI LUBNAN
November 9th, 2024
| Editor Wadah
Kongsikan artikel ini :
KENYATAAN MEDIA
7 November 2024
UCAPAN TAKZIAH DAN SOLIDARITI BUAT ANGGOTA MALBATT 850-11 YANG TERCEDERA DI LUBNAN
Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) ingin merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada enam anggota Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-11 yang tercedera dalam insiden letupan di Lubnan ketika menjalankan misi pengaman di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL). Keberanian dan pengorbanan anggota MALBATT yang berkhidmat jauh di perantauan demi keamanan dan keselamatan sejagat adalah sesuatu yang amat kami hargai.
Kami berharap keselamatan mereka akan terus dipelihara dan diberi keutamaan. WADAH menyokong penuh langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian Pertahanan Malaysia untuk memastikan keselamatan serta kebajikan anggota MALBATT dalam menjalankan misi mulia ini. Semoga urusan mereka dipermudahkan, dan kami berdoa agar semua anggota MALBATT, khususnya yang tercedera, segera pulih dan selamat kembali ke tanah air.
Keberanian para wira negara ini adalah inspirasi kepada kita semua, dan WADAH akan terus berdiri teguh bersama anggota keluarga mereka serta seluruh rakyat Malaysia dalam menghargai perkhidmatan dan sumbangan mereka.
WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN TERHADAP INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL KENYATAAN MEDIA 19 MAC 2026 Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyatakan kebimbangan yang amat serius terhadap perkembangan terkini di Timur Tengah susulan serangan ke atas FASILITI GAS SOUTH PARS MILIK IRAN—antara medan gas terbesar dunia—yang kini mencetuskan risiko besar kepada keselamatan tenaga global […]
WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI KENYATAAN MEDIA19 Mac 2026 | Bandar Baru Bangi, Selangor WADAH menyambut baik dan menyokong sepenuhnya inisiatif pertemuan antara wakil komuniti Muslim dan Hindu yang bertujuan mencari titik damai serta meredakan ketegangan antara agama dalam negara. Usaha ini […]
Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]
Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]