Timbalan Presiden WADAH di Fikrah TV JAKIM

Kongsikan artikel ini :

Masjid Asas Penyatuan Ummah: Kepentingan Imarah dan Sinergi dalam Institusi Masjid

KUALA LUMPUR, 23 Julai 2025 – Program bual bicara FIKRAH yang bersiaran langsung di saluran TV1 dan TV JAKIM pada jam 6 petang telah menampilkan tajuk yang cukup signifikan dan menyentuh teras kekuatan umat Islam: “Masjid Asas Penyatuan Ummah.”

Slot bual bicara yang dikendalikan oleh Ustaz Mohd Radhi Abdul Ghani ini telah menampilkan dua tokoh panel jemputan – Kapten (B) Shamsuddin Moner, Pengarah Kanan Sektor Pengurusan YADIM dan Ustaz Hasri bin Harun, Timbalan Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) merangkap Pensyarah Kanan Universiti Selangor (UNISEL).

Dalam sesi yang padat dan penuh pengisian, Ustaz Hasri Harun menekankan bahawa institusi masjid bukan semata-mata tempat bersolat, malah berfungsi sebagai institusi besar yang membawa pelbagai nilai ke arah penyatuan umat.

“Masjid dalam sirah Rasulullah SAW menjadi pusat ibadah, pendidikan, kebajikan, perbincangan dan pentadbiran. Hari ini, walaupun ada institusi lain yang mengambil alih sebahagian peranan ini, masjid tetap milik umat dan perlu terus diimarahkan,” ujar beliau.

Beliau turut menyentuh realiti semasa di mana terdapat sesetengah masyarakat lebih gemar beribadah secara bersendirian di rumah kerana merasa lebih “khusyuk”. Namun, menurut beliau, pendekatan tersebut sepatutnya tidak menghilangkan peranan kolektif dan sosial yang ditawarkan oleh masjid sebagai pusat penyatuan.

Menjawab persoalan penglibatan masjid dalam aktiviti kemasyarakatan seperti kelas memasak, menjahit, silat, dan lain-lain, Ustaz Hasri menegaskan bahawa hal tersebut bukan saja dibolehkan dalam Islam, malah digalakkan selagi mematuhi adab-adab serta tidak mengganggu waktu solat dan aktiviti ibadah lain.

“Pengurusan masjid hari ini mesti bersedia untuk transformasi – dari sekadar pengelola ibadah kepada pemangkin penyatuan. Kita perlu berfikir bagaimana kekayaan masjid digunakan bukan hanya untuk membina bangunan, tetapi membina manusia dan komuniti.”

Beliau juga menyentuh keperluan mengembalikan semula peranan institusi masjid sebagai pusat rujukan masyarakat, terutama kepada generasi muda. Katanya, masa depan masjid akan menjadi suram jika golongan muda tidak lagi merasa terikat atau tertarik kepada masjid.

“Kita perlu menjadikan masjid relevan dengan zaman dan masyarakat. Tambahkan program, sediakan aktiviti untuk anak muda, agar mereka kembali ke masjid. Semakin banyak kita berbelanja untuk program, semakin ramai yang sudi menyumbang.”

Antara cadangan menarik yang dikemukakan oleh beliau adalah menjadikan ruang masjid sebagai tempat sinergi pelbagai pihak seperti pejabat persatuan penduduk, asalkan ianya menjurus kepada tujuan pengimarah dan bukan medan perebutan kuasa.

Mengakhiri kupasan, Ustaz Hasri menyatakan bahawa masjid harus menjadi tempat bertemu Allah dan juga tempat membina ukhuwwah dalam masyarakat. Dengan itu, kekuatan umat akan kembali terbina di atas landasan sebenar seperti mana yang dibawa oleh Rasulullah SAW dahulu.

Slot FIKRAH kali ini berjaya mengangkat naratif besar tentang peranan masjid dalam era moden, dengan panel-panel yang mengupas isu dari perspektif yang luas dan membina. Keberadaan Ustaz Hasri Harun, sebagai wakil dari WADAH, turut memperkukuh usaha menyemai wacana keilmuan dan kebangkitan komuniti Islam yang inklusif dan progresif.

Video penuh boleh ditonton di paparan tertera.

Berita Wadah|Berita Wadah - BM

WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL

WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN TERHADAP INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL KENYATAAN MEDIA 19 MAC 2026 Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyatakan kebimbangan yang amat serius terhadap perkembangan terkini di Timur Tengah susulan serangan ke atas FASILITI GAS SOUTH PARS MILIK IRAN—antara medan gas terbesar dunia—yang kini mencetuskan risiko besar kepada keselamatan tenaga global […]

Baca Lanjut
PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM-HINDU PEACEFUL COEXISTENCE

WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI

WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI KENYATAAN MEDIA19 Mac 2026 | Bandar Baru Bangi, Selangor WADAH menyambut baik dan menyokong sepenuhnya inisiatif pertemuan antara wakil komuniti Muslim dan Hindu yang bertujuan mencari titik damai serta meredakan ketegangan antara agama dalam negara. Usaha ini […]

Baca Lanjut
Pek ceria raya

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) UNTUK MUALAF DI IOA CENTRE

Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]

Baca Lanjut
PEK CERIA RAYA

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) SANTUNI KOMUNITI OKU DI PPR LEMBAH SUBANG 2

Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
229
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
386317
Klik Sini