“Teruskan Perjuangan Hingga Saat Akhir” – Pesan Prof. Dr. Anis Ahmad
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) berpeluang mengadakan pertemuan dengan Prof. Dr. Anis Ahmad, seorang tokoh kenalan lama dalam gerakan Islam sejak tahun 1980-an. Beliau, yang sangat komited dalam usaha islamisasi ilmu, pernah berkhidmat di IIUM dalam Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences (IRKHS). Prof. Dr. Anis juga merupakan rakan rapat dengan Perdana Menteri X (PMX) dan bersama-sama menjalankan kerja serta latihan bagi para pekerja dakwah bersama pemimpin gerakan Islam dari seluruh dunia.
Menurut beliau, keberadaan kita dan kekuatan gerakan hari ini adalah hasil usaha gigih mereka yang terlibat 20 hingga 30 tahun yang lalu. Justeru, menjadi keutamaan kita untuk terus membina generasi pelapis gerakan Islam pada masa hadapan.
Prof. Dr. Anis turut berpesan bahawa WADAH tidak boleh membiarkan faktor usia melemahkan semangat kita. Sebaliknya, pengalaman dan ilmu yang dimiliki seharusnya menjadi aset penting untuk memperkuatkan lagi usaha dakwah. Beliau menegaskan tiga perkara utama yang perlu diberi perhatian:
Pemikiran strategik dalam merancang dan melaksanakan tindakan.
Kewaspadaan terhadap suasana semasa serta kebolehan merancang masa depan.
Keupayaan untuk menganalisis setiap situasi yang berlaku dengan teliti.
Beliau juga mengingatkan bahawa cabaran dalam bentuk kritikan pasti akan datang. Namun, kita tidak boleh mudah melatah. Sebaliknya, teruskan bekerja dan membawa perubahan melalui model terbaik dalam masyarakat. Jangan hanya bercakap atau sekadar mengemukakan idea, tetapi bingkas melakukan tindakan yang konkrit bagi meneruskan agenda Islam dalam masyarakat.
Dalam apa jua keadaan, perjuangan tidak boleh luntur. Ia mesti diteruskan agar dapat diwarisi oleh generasi yang akan datang. Tiga bidang utama yang perlu diberi perhatian adalah:
Sosial
Ekonomi
Pendidikan
Prof. Dr. Anis menyeru agar perancangan strategik dalam ketiga-tiga bidang ini dilaksanakan secara berterusan. Selain itu, beliau menegaskan agar kita tidak menolak sebarang jawatan atau posisi dalam kerajaan sekarang, mahupun yang diarahkan oleh jemaah, semata-mata kerana berasa lemah atau tidak layak. Sebaliknya, ambillah tanggungjawab tersebut dengan rasa amanah dan laksanakan kerja dakwah kita dengan sebaik-baiknya.
WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN TERHADAP INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL KENYATAAN MEDIA 19 MAC 2026 Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyatakan kebimbangan yang amat serius terhadap perkembangan terkini di Timur Tengah susulan serangan ke atas FASILITI GAS SOUTH PARS MILIK IRAN—antara medan gas terbesar dunia—yang kini mencetuskan risiko besar kepada keselamatan tenaga global […]
WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI KENYATAAN MEDIA19 Mac 2026 | Bandar Baru Bangi, Selangor WADAH menyambut baik dan menyokong sepenuhnya inisiatif pertemuan antara wakil komuniti Muslim dan Hindu yang bertujuan mencari titik damai serta meredakan ketegangan antara agama dalam negara. Usaha ini […]
Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]
Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]