Teknologi dan Akhlak: Wadah Pemikiran Islam

Kongsikan artikel ini :

Forum Intelektual Diraja 2025: Teknologi Berjiwa Dan Tamadun Bermaruah

ISKANDAR PUTERI, JOHOR, 2 September 2025Prof. Dato’ Dr. Mohamad Fauzan Noordin, Timbalan Rektor Pembangunan Pelajar dan Penglibatan Komuniti, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Gombak, telah dijemput sebagai panel dalam Forum Intelektual Diraja 2025 bertemakan “Teknologi Berjiwa, Tamadun Bermaruah: Inspirasi Kearifan Islam Dalam Era Inovasi Digital”. Baliau juga merupakan Naib Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH).

Program ini telah berlangsung pada 2 September 2025, jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari bertempat di Dewan Utama, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Bangunan Temenggong Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor.

Dalam pembentangannya, Prof. Dato’ Dr. Mohamad Fauzan mengingatkan bahawa teknologi moden sering kali mendekatkan jarak fizikal, namun pada masa sama menjauhkan hati. Beliau menegaskan bahawa anak-anak yang terlalu dimanjakan dengan gajet berisiko mengalami keretakan hubungan kekeluargaan sekiranya penggunaan teknologi tidak dipandu dengan akhlak. Oleh itu, beliau menekankan kepentingan memahami prinsip iqra’ agar media sosial dan kecerdasan buatan dapat digunakan dengan penuh adab, seterusnya membawa manusia lebih dekat kepada Allah SWT.

Beliau turut merujuk kepada Surah al-Hujurat yang menggariskan prinsip tabayyun, keadilan hatta kepada musuh, serta larangan mengumpat, mengaibkan, berprasangka buruk dan bersifat sombong. Nilai-nilai ini, jelas beliau, sangat relevan dalam mendepani arus digital tanpa sempadan.

Masyarakat Teknologi Tinggi

Sebagaimana dalam Surah al-Hujurat yang menggariskan prinsip tabayyun, keadilan waima kepada musuh, larangan mengumpat, mengaibkan, berprasangka buruk dan bersifat sombong. Prinsip ini sangat relevan dalam mendepani arus digital tanpa sempadan. Masyarakat berteknologi tinggi mestilah tetap berjiwa dan berakhlak kerana akhlak merupakan asas kelestarian tamadun.

Forum berprestij anjuran Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ini turut mendapat perkenan dan kehadiran Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Al Mutawakkil Alallahi Shah, Permaisuri Agong ke-17 merangkap Permaisuri Johor.

Forum Intelektual Diraja 2025 bertujuan membangkitkan kesedaran tentang peranan teknologi digital yang berpaksikan nilai kemanusiaan dan kearifan Islam untuk membina tamadun moden yang unggul, lestari dan berpaksikan syariah dalam kalangan masyarakat. Selain itu, forum ini turut mengupas asas etika, akhlak, dan prinsip syariah dalam pembangunan teknologi agar selari dengan matlamat memakmurkan kehidupan manusia.

Forum ini juga menjadi platform intelektual berimpak tinggi yang mempertemukan cendekiawan, pemimpin muda, ahli akademik dan masyarakat untuk berdiskusi secara ilmiah mengenai isu-isu kontemporari yang menyentuh institusi Islam, budaya ihsan, dan inovasi syariah. Perbincangan ini diharap dapat memberi inspirasi kepada masyarakat untuk mengaplikasikan inovasi digital secara berhemah, beretika, dan memperkasa nilai serta identiti tamadun.

Forum Intelektual Diraja 2025 ini turut menampilkan SS YB Dato’ Haji Yahya Bin Ahmad, Mufti Negeri Johor dan En. Muhammad Haziq bin Abd Rahim, Content Creator AJAR PLBT Enterprise sebagai panel, manakala sesi dikendalikan oleh Dr. Muhammad Talhah bin Jima’ain, Pensyarah Kanan UTM.

Penglibatan Prof. Dato’ Dr. Mohamad Fauzan Noordin dalam forum berprestij ini diharap dapat memperkukuh peranan gerakan intelektual Islam dalam memberi panduan beretika terhadap perkembangan teknologi digital. Kehadiran dalam wacana sebegini bukan sahaja memperluas jaringan intelektual bersama institusi akademik dan masyarakat, malah menjadi wadah menyemai kesedaran bahawa kemajuan teknologi mestilah sentiasa dipandu oleh akhlak, nilai Islam dan visi membina tamadun yang bermaruah.

Berita penuh program di sini.

Berita Wadah|Berita Wadah - BM
profesor adjung

Martabat Budaya Ilmu dan Pembangunan Masyarakat: Presiden WADAH Dato’ Ahmad Azam Dilantik Profesor Adjung Institut Pemikiran dan Kepimpinan Siddiq Fadzil UNISEL

BESTARI JAYA, 10 September 2026 – Dunia keilmuan akademik dan gerakan dakwah masyarakat sivil melakar detik bersejarah apabila Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), YBhg. Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman, secara rasminya menerima watikah pelantikan sebagai Profesor Adjung di Institut Pemikiran dan Kepimpinan Siddiq Fadzil (IPKSF), Universiti Selangor (UNISEL). Pelantikan berprestij tersebut disempurnakan bersempena Majlis […]

Baca Lanjut
usrah selangor

Usrah WAP Selangor Himpun Tiga Generasi di AYG Bangi: Kupas Prinsip ‘Wasatiyah’ Sebagai Asas Pembinaan Masyarakat MADANI

BANDAR BARU BANGI, 27 Ogos 2026 – Memperkukuh ikatan ukhuwah merentas generasi serta menyelaraskan kefahaman fikrah harakah menjadi tunjang utama dalam penganjuran Usrah Gabungan Wadah, ABIM, dan Pelajar (WAP) Negeri Selangor bagi edisi Ogos 2026. Pertemuan bulanan yang dihoskan oleh Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Negeri Selangor ini telah berlangsung dalam suasana penuh barakah bertempat […]

Baca Lanjut

Wacana Pemikiran Dr. Siddiq Fadzil di UNISEL Shah Alam: Angkat Gagasan ‘Mizan al-‘Amal’ dalam Pembinaan Masyarakat MADANI

SHAH ALAM, 23 Ogos 2026 – Membina peradaban masyarakat yang maju menuntut keseimbangan neraca antara penguasaan ilmu, keteguhan nilai moral, serta amalan kebajikan yang berteraskan keadilan. Bagi memperhalusi kerangka penting ini, program Wacana Pemikiran Dr. Siddiq Fadzil telah berjaya dianjurkan bertempat di Dewan Kuliah LT2, Universiti Selangor (UNISEL), Kampus Shah Alam semalam. Wacana keilmuan berprestij […]

Baca Lanjut
wap selangor

Siri Bedah Buku PPAS x WADAH Selangor Kupas Karya ‘Mindset’: Rungkai Pemikiran ‘Growth’ dan ‘Fixed’ dalam Pembentukan Sahsiah Insan

SHAH ALAM, 21 Ogos 2026 – Budaya membaca dan tradisi membedah karya-karya pemikiran terpilih terus disuburkan sebagai teras pembinaan akal budi masyarakat melalui penganjuran rutin bulanan Siri Bedah Buku anjuran bersama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Negeri Selangor. Bagi siri kali ini yang berlangsung di Shah Alam, tumpuan perbincangan […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
345
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
772988
PERSATUAN WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA
ROS : PPM-003-10-11902005
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi
Klik Sini