Timbalan Presiden WADAH Tekankan Kesungguhan dalam Beribadah di Bulan Ramadan
Kuala Lumpur, 13 Mac 2025 – “Jadikan Ramadan sebagai bulan merubah diri menjadi lebih baik dengan memaknai ibadah secara bersungguh-sungguh. Barulah Ramadan itu memberi erti dalam hidup.”
Demikianlah antara intipati perbincangan dalam rancangan bual bicara Apa Khabar Malaysia terbitan Bernama TV yang menampilkan Ustaz Hasri Harun, Timbalan Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) yang juga Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial, Universiti Selangor.
Dalam sesi yang bersiaran secara langsung pada jam 9.00 pagi, Ustaz Hasri membincangkan tentang kepentingan memahami Ramadan sebagai satu bentuk latihan rohani yang bukan sekadar ibadah ritual tetapi juga satu proses penyucian diri yang memberi kesan mendalam kepada individu dan masyarakat.
Ramadhan Bukan Bulan Berlapar Semata-mata
Menurut beliau, Ramadan bukan hanya bulan untuk berpuasa dan menunaikan ibadah solat tarawih, tetapi juga peluang untuk memperbaiki akhlak, meningkatkan hubungan dengan Allah, serta memperkukuh silaturahim sesama manusia. “Kita sering mendengar bahawa Ramadan adalah bulan pengampunan dan keberkatan, namun sejauh mana kita benar-benar memanfaatkan bulan ini untuk berubah? Jika kita hanya melihat Ramadan sebagai rutin tahunan tanpa mengambil peluang untuk muhasabah diri, maka kita sebenarnya telah mensia-siakan peluang yang diberikan Allah,” jelasnya.
Beliau turut membangkitkan persoalan mengenai bagaimana amalan yang berganda di bulan Ramadan dapat diteruskan sepanjang tahun. “Jika kita boleh bangun qiamullail di bulan Ramadan, mengapa tidak di bulan-bulan lain? Jika kita boleh bersedekah dengan banyak di bulan ini, mengapa tidak diteruskan sepanjang tahun?” soalnya, sambil mengajak umat Islam agar menjadikan Ramadan sebagai titik perubahan dalam kehidupan mereka.
Selain itu, beliau menegaskan bahawa ibadah di bulan Ramadan seharusnya dilakukan dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan. “Jangan biarkan Ramadan berlalu tanpa sebarang perubahan dalam diri. Pastikan kita menggunakan bulan ini sebagai madrasah tarbiah untuk memperkukuh jati diri dan memperbaiki amalan kita sepanjang tahun,” katanya.
Rancangan Apa Khabar Malaysia boleh ditonton melalui saluran Astro 502, Unifi TV 631, MYTV 121, serta di platform media sosial rasmi Bernama TV.
WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN TERHADAP INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL KENYATAAN MEDIA 19 MAC 2026 Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyatakan kebimbangan yang amat serius terhadap perkembangan terkini di Timur Tengah susulan serangan ke atas FASILITI GAS SOUTH PARS MILIK IRAN—antara medan gas terbesar dunia—yang kini mencetuskan risiko besar kepada keselamatan tenaga global […]
WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI KENYATAAN MEDIA19 Mac 2026 | Bandar Baru Bangi, Selangor WADAH menyambut baik dan menyokong sepenuhnya inisiatif pertemuan antara wakil komuniti Muslim dan Hindu yang bertujuan mencari titik damai serta meredakan ketegangan antara agama dalam negara. Usaha ini […]
Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]
Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]