TEGURAN WADAH DI RADIO MENGENAI FESYEN

Kongsikan artikel ini :

TIMBALAN PRESIDEN WADAH BERSIARAN DALAM SEGMEN NOTA ROHANI DI BERNAMA RADIO

Kuala Lumpur, 21 Februari 2025 – Timbalan Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Ustaz Hasri Harun telah dijemput sebagai tetamu dalam Segmen Nota Rohani di Bernama Radio bagi membincangkan topik bertajuk Bahana Fesyen. Segmen ini mengupas isu prinsip-prinsip fesyen yang patuh syariah serta cabaran dunia fesyen dalam kalangan masyarakat Islam.

​”Nota Rohani” ialah program yang disiarkan oleh BERNAMA Radio dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Du’at Al-Falah dari Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Program ini padat dengan tazkirah yang memberi pedoman serta nasihat mengenai sentuhan cinta dan kasih sayang dari-Nya, bertujuan melahirkan jiwa yang sentiasa tenang, bersyukur, dan reda akan ketentuan-Nya. “Nota Rohani” disiarkan setiap Jumaat dari jam 11:30 pagi hingga 11:55 pagi.

Dalam sesi perbincangan, Ustaz Hasri menekankan tentang bahaya pemakaian yang keterlaluan sehingga menjejaskan prinsip Islam, seperti menampakkan aurat serta memilih jenis dan rekaan pakaian yang menjolok mata. Beliau mengingatkan bahawa Islam menitikberatkan maruah diri dan pemeliharaan harga diri, dan oleh itu, umat Islam perlu berhati-hati dalam memilih fesyen agar tidak terjerumus ke dalam amalan tabarruj.

Menurutnya, fesyen yang melampau boleh membawa kepada dosa dalam beragama dan seharusnya dielakkan. Namun, beliau turut menegaskan bahawa Islam tidak menolak kecantikan, sebaliknya menuntut umatnya untuk berpakaian dengan penuh kesopanan dan kepatuhan kepada ajaran agama. Masyarakat dinasihatkan agar berpandukan ilmu serta bersikap sederhana dalam berfesyen.

Sebagai panduan, Ustaz Hasri turut berkongsi firman Allah SWT dalam Surah Al-A’raf ayat 26 yang bermaksud:

“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah turunkan kepadamu pakaian untuk melindungi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Oleh yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.”

Perbincangan ini diharap dapat memberi pencerahan kepada masyarakat mengenai kepentingan berpakaian mengikut prinsip Islam serta mengelakkan fesyen yang bercanggah dengan syariat.

Siaran penuh segmen ini boleh ditonton di aplikasi Facebook.

Berita Wadah|Berita Wadah - BM
keibubapaan

Bengkel Keibubapaan Era Digital Perkasa Ibu Bapa Hadapi Cabaran Teknologi dan Penggunaan Gajet

KUALA LUMPUR, 31 Oktober – Bengkel Keibubapaan Era Digital telah diadakan di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati, bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa terhadap cabaran mendidik anak-anak dalam persekitaran teknologi yang semakin berkembang. Program ini memberi tumpuan kepada perkembangan psikologi generasi digital, strategi pencegahan dan kawalan penggunaan gajet serta pembinaan ketahanan keluarga dalam menghadapi dunia tanpa […]

Baca Lanjut
Indonesia

Kunjung Hormat Delegasi Pendidikan dan Pesantren Indonesia ke WADAH: Rapatkan Ukhuwah Serantau, Teroka Kerjasama Pendidikan Islam Malaysia-Indonesia

BANGI, 31 Oktober 2026 – Memperkukuh jaringan ukhuwah Islamiah merentas sempadan serantau serta meneroka ruang sinergi dalam pemerkasaan institusi pendidikan Islam menjadi matlamat utama penganjuran Program Kunjung Hormat Delegasi NGO dan Institusi Pendidikan Indonesia ke Ibu Pejabat Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) di Bangi hari ini. Pertemuan muhibah peringkat serantau ini menghimpunkan barisan kepimpinan utama […]

Baca Lanjut

Dialog Ummah 2.0: Hubungan Raja dan Rakyat Perlu Diperkukuh Berteraskan Amanah, Adat dan Perlembagaan

22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]

Baca Lanjut

Dialog Ummah 2.0: Adab Berbeza Pendapat dan Literasi Media Penting Tangani Perpecahan Masyarakat

22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kepentingan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah serta cabaran penyebaran fitnah dan kebencian melalui media sosial menjadi fokus sesi kedua Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Islam dan Adab Mengurus Perbezaan Pendapat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan ini meneliti pendekatan Islam dalam menangani […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
3571
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
936055
PERSATUAN WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA
ROS : PPM-003-10-11902005
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi
Klik Sini