TIMBALAN PRESIDEN WADAH BERSIARAN DALAM SEGMEN NOTA ROHANI DI BERNAMA RADIO
Kuala Lumpur, 21 Februari 2025 – Timbalan Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Ustaz Hasri Harun telah dijemput sebagai tetamu dalam Segmen Nota Rohani di Bernama Radio bagi membincangkan topik bertajuk Bahana Fesyen. Segmen ini mengupas isu prinsip-prinsip fesyen yang patuh syariah serta cabaran dunia fesyen dalam kalangan masyarakat Islam.
”Nota Rohani” ialah program yang disiarkan oleh BERNAMA Radio dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Du’at Al-Falah dari Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Program ini padat dengan tazkirah yang memberi pedoman serta nasihat mengenai sentuhan cinta dan kasih sayang dari-Nya, bertujuan melahirkan jiwa yang sentiasa tenang, bersyukur, dan reda akan ketentuan-Nya. “Nota Rohani” disiarkan setiap Jumaat dari jam 11:30 pagi hingga 11:55 pagi.
Dalam sesi perbincangan, Ustaz Hasri menekankan tentang bahaya pemakaian yang keterlaluan sehingga menjejaskan prinsip Islam, seperti menampakkan aurat serta memilih jenis dan rekaan pakaian yang menjolok mata. Beliau mengingatkan bahawa Islam menitikberatkan maruah diri dan pemeliharaan harga diri, dan oleh itu, umat Islam perlu berhati-hati dalam memilih fesyen agar tidak terjerumus ke dalam amalan tabarruj.
Menurutnya, fesyen yang melampau boleh membawa kepada dosa dalam beragama dan seharusnya dielakkan. Namun, beliau turut menegaskan bahawa Islam tidak menolak kecantikan, sebaliknya menuntut umatnya untuk berpakaian dengan penuh kesopanan dan kepatuhan kepada ajaran agama. Masyarakat dinasihatkan agar berpandukan ilmu serta bersikap sederhana dalam berfesyen.
Sebagai panduan, Ustaz Hasri turut berkongsi firman Allah SWT dalam Surah Al-A’raf ayat 26 yang bermaksud:
“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah turunkan kepadamu pakaian untuk melindungi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Oleh yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.”
Perbincangan ini diharap dapat memberi pencerahan kepada masyarakat mengenai kepentingan berpakaian mengikut prinsip Islam serta mengelakkan fesyen yang bercanggah dengan syariat.
Siaran penuh segmen ini boleh ditonton di aplikasi Facebook.
WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN TERHADAP INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL KENYATAAN MEDIA 19 MAC 2026 Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyatakan kebimbangan yang amat serius terhadap perkembangan terkini di Timur Tengah susulan serangan ke atas FASILITI GAS SOUTH PARS MILIK IRAN—antara medan gas terbesar dunia—yang kini mencetuskan risiko besar kepada keselamatan tenaga global […]
WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI KENYATAAN MEDIA19 Mac 2026 | Bandar Baru Bangi, Selangor WADAH menyambut baik dan menyokong sepenuhnya inisiatif pertemuan antara wakil komuniti Muslim dan Hindu yang bertujuan mencari titik damai serta meredakan ketegangan antara agama dalam negara. Usaha ini […]
Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]
Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]