TAQWA ZON 5: PERKUKUH UKHUWAH DAN KHIDMAT

Kongsikan artikel ini :

PROGRAM TAQWA ZON 5 PERKUKUH UKHUWAH DAN KHIDMAT MASYARAKAT

SITIAWAN, 11 Januari 2025 – Program TAQWA Zon 5 anjuran Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Negeri Perak telah berjaya dilaksanakan pada 10 dan 11 Januari 2025 di Sekolah Rendah Islam (SERI) Al-Ummah, Kg. Deralik, Sitiawan, Perak. Program ini menggabungkan penyertaan ahli WADAH dari empat daerah iaitu Perak Tengah, Manjung, Hilir Perak dan Bagan Datuk dengan objektif utama memperkukuh ukhuwah, meningkatkan kefahaman isu semasa dan gerakan, serta melaksanakan aktiviti dakwah lapangan dan khidmat masyarakat.

Menghadam Amanat Presiden Perkukuh Kefahaman Gerakan

Salah satu slot utama program ini ialah Menghadam Amanat Presiden (MAP) yang berlangsung pada malam 10 Januari 2025 (Jumaat). Slot ini disampaikan oleh Setiausaha Agung WADAH, En. Azizuddin Ahmad. Sesi ini berlangsung secara hibrid dengan kehadiran fizikal seramai 30 orang peserta dan 23 orang lagi mengikuti melalui aplikasi Zoom Meeting. Dalam sesi ini, peserta didedahkan dengan perkembangan terkini serta hala tuju gerakan WADAH bagi memperkasakan peranan organisasi dalam masyarakat.

Kuliah Subuh Nahdah Tarik Penyertaan Ahli Qariah

Sebagai memenuhi objektif dakwah lapangan, pada pagi 11 Januari 2025 (Sabtu), Kuliah Subuh Nahdah telah diadakan di Masjid Ar-Rahmaniah, Kg. Sg. Wangi. Kuliah ini dikendalikan oleh Pusat Tunas Nahdah Lumut dan membincangkan tajuk Adabul Ikhtilaf (Adab Berbeza Pendapat). Sambutan terhadap kuliah ini amat menggalakkan dengan kehadiran seramai 102 orang penduduk kampung serta 10 orang peserta TAQWA. Bagi menggalakkan penyertaan, cabutan bertuah turut diadakan kepada hadirin.

Khidmat Masyarakat Melalui Agihan Pek Ceria Dapur

Sebagai memenuhi objektif khidmat masyarakat, program Bicara Pembinaan Keluarga dan Agihan Pek Ceria Dapur (PCD) telah diadakan pada 11 Januari 2025 (Sabtu) di Dewan JPKK, Kg. Bharu (L), Ayer Tawar. Sesi Bicara Pembinaan Keluarga dikendalikan oleh Mantan Pegawai Pendidikan Daerah Manjung, Tn. Hj. Mohamad Akhir bin Abd Latif, yang berkongsi ilmu dan pengalaman mengenai institusi kekeluargaan.

Agihan Pek Ceria Dapur pula disasarkan kepada 30 keluarga daripada golongan B40 bagi meringankan beban mereka. Majlis ini turut dihadiri oleh Setiausaha Agung WADAH, Penghulu Mukim Lumut, Pn. Hjh. Norshahidah binti Ahamad, Pengerusi JPKK Kg. Bharu (L), En. Mohd Ikram bin Aziz, serta barisan pimpinan WADAH Negeri Perak dan sahabat-sahabat WADAH Manjung.

Program TAQWA Zon 5 ini bukan sahaja menjadi wadah pengukuhan ukhuwah dalam kalangan ahli WADAH dari pelbagai daerah tetapi juga berjaya membawa manfaat kepada masyarakat setempat menerusi aktiviti dakwah dan kebajikan. Semoga program seperti ini dapat diteruskan di masa hadapan bagi memperkukuhkan lagi peranan WADAH dalam pembangunan masyarakat.

Berita Wadah|Berita Wadah - BM
tabung haji

Rumusan Dialog Ummah: ABIM dan HIKAM Tegaskan Pemulihan Tabung Haji Mesti Disusuli Penguatkuasaan Serta Pertanggungjawaban Undang-Undang

BANDAR BARU BANGI, 3 September 2026 – Tirai persidangan berprestij Dialog Ummah: Realiti dan Masa Depan Tabung Haji yang menghimpunkan lebih 600 peserta di Tenera Hotel & Suites, Bandar Baru Bangi secara rasminya melabuhkan tirai dengan penyampaian Ucapan Rumusan dan Penutup oleh Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi bin Mohd Samsudin. Mewakili gabungan […]

Baca Lanjut
selangor

Wacana Pemikiran Dr. Siddiq Fadzil Sempena MUKRI WADAH Selangor Ke-19: Kupas Fiqh Kehidupan, Konsep Mizan dan Masyarakat Madani

SHAH ALAM, 26 Ogos 2026 – Membina kemajuan sesebuah tamadun menuntut penilaian yang melangkaui pembangunan fizikal semata-mata, sebaliknya wajib berpasak kepada pembentukan nilai keinsanan, keadilan sosial, serta keseimbangan neraca kemanusiaan. Prinsip asas ini menjadi tunjang utama dalam penganjuran Program Nasional MIZAN dan Wacana Pemikiran Dr. Siddiq Fadzil bertajuk “Dari Fiqh Kehidupan Kepada Agenda Perubahan Sosial” […]

Baca Lanjut
tabung haji

Slot 1 Dialog Ummah: Pengerusi dan CEO Dedah Kronologi RCI, Pelan Pemulihan dan Kejayaan Bersejarah Tabung Haji

BANDAR BARU BANGI, 3 September 2026 – Tirai pembentangan ilmiah sesi pagi Dialog Ummah: Realiti dan Masa Depan Tabung Haji dimulakan dengan Slot 1 bertajuk “Tabung Haji: Pencapaian dan Strategi Masa Depan” yang disampaikan secara langsung oleh dua nakhoda utama institusi berkenaan, iaitu Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Tan Sri Abdul Rashid Hussain dan Pengarah Urusan […]

Baca Lanjut

Dialog Ummah Tabung Haji: HIKAM Tegaskan Isu RCI Soal Integriti dan Amanah, Bukan Sentimen Politik dan Perkauman

BANDAR BARU BANGI, 3 September 2026 – Membina kefahaman masyarakat berasaskan fakta yang sahih, budaya tabayyun, serta wacana yang matang merupakan peranan hakiki gerakan masyarakat sivil dan bukannya sekadar memberi reaksi emosi terhadap sesuatu isu. Prinsip ini ditegaskan dalam penganjuran program berprestij Dialog Ummah: Realiti dan Masa Depan Tabung Haji yang menghimpunkan lebih 600 orang […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
2264
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
750598
Klik Sini