Tahniah Yang Dipertua YADIM Baharu

Kongsikan artikel ini :

Tahniah Atas Pelantikan Prof. Datuk Dr. Hasan Bahrom Sebagai Yang Dipertua YADIM

KUALA LUMPUR, 17 Julai 2025 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YBhg. Prof. Datuk Dr. Hasan Bahrom atas pelantikan beliau sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang baharu, berkuat kuasa mulai 3 Mei 2025.

Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan besar terhadap ketokohan, kewibawaan serta sumbangan berterusan beliau dalam dunia keilmuan, dakwah dan tarbiyah Islami. WADAH yakin dan percaya bahawa dengan kepimpinan beliau, YADIM akan terus memainkan peranan penting dalam memperkasa umat menerusi pendidikan, pemantapan nilai Islam, dan pengembangan dakwah rahmatan lil ‘alamin.

WADAH mendoakan agar Allah SWT mengurniakan kekuatan, kebijaksanaan dan keberkatan kepada Prof. Datuk Dr. Hasan Bahrom dalam memimpin YADIM menghadapi pelbagai cabaran mendatang:

اللهم وفقه وسدد خطاه، وبارك له في عمله، واجعل ذلك في ميزان حسناته. آمين.
“Ya Allah, berilah taufiq dan petunjuk kepadanya, luruskan langkah-langkahnya, berkati tugasnya, dan jadikanlah semua itu dalam timbangan pahala akhiratnya. Āmīn.”

Dalam perkembangan yang sama, WADAH turut menzahirkan rasa bangga atas pelantikan salah seorang EXCO WADAH Malaysia, Tuan Haji Amidi Bin Dato’ Abdul Manan, sebagai salah seorang daripada 12 Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) YADIM bagi sesi 2025–2027.

Pelantikan barisan ALPA baharu tersebut diumumkan secara rasmi pada 16 Julai 2025 dalam satu majlis penyampaian watikah yang disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Naím bin Haji Mokhtar, di Putrajaya. Lantikan ini berkuat kuasa mulai 3 Mei 2025 hingga 2 Mei 2027 dan melibatkan tokoh-tokoh daripada pelbagai latar belakang seperti ulama pondok, ahli akademik, anggota badan pemikir serta aktivis masyarakat.

Turut dilantik dalam barisan baharu ini ialah Dato’ Dr. Fadzli Cheah bin Abdullah, Datu Haji Khalidi bin Haji Ibrahim, Dr. Fatin Nur Majdina binti Nordin, Encik Ahmad Rajiun bin Abu Bakar dan Encik Azlan Shah bin Nabees Khan. Sementara itu, lima anggota ALPA sesi 2023–2025 yang dikekalkan ialah Prof. Madya Dr. Adi Anuar bin Azmin (yang turut dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua YADIM), Prof. Ts Dr. Zuriati Ahmad Zukarnain, Dr. Fatimah Syarha Mohd Noordin, Ustaz Dr. Bashir Mohamed dan Tuan Haji Sainuri Yahmin.

Majlis turut menyaksikan sesi serah tugas antara Datuk Hasanuddin Mohd Yunus selaku Yang Dipertua sebelum ini kepada Prof. Datuk Dr. Hasan Bahrom. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin bersama wakil pengurusan tertinggi badan dakwah tersebut.

WADAH menzahirkan komitmen penuh untuk terus bersinergi dan menyokong segala usaha YADIM dalam memperkasa dakwah Islamiah yang holistik, menyantuni masyarakat serta memperkukuh agenda Malaysia MADANI yang berpaksikan nilai Islam dan kemanusiaan sejagat.

“Salam Malaysia MADANI.”

Berita Wadah|Berita Wadah - BM
ISU AGAMA AUTORITI

ISU AGAMA PERLU DISERAHKAN KEPADA PIHAK BERAUTORITI

KENYATAAN MEDIA WADAH Isu-isu Agama Perlu Diserahkan Kepada Pihak Berautoriti, Elak Kekeliruan Awam Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyokong penuh kenyataan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang menegaskan keperluan agar isu-isu berkaitan agama ditangani melalui saluran yang betul dan oleh pihak berautoriti yang sah. WADAH berpandangan bahawa dalam masyarakat majmuk seperti […]

Baca Lanjut
Permukiman Kepimpinan ngo madani

PERMUKIMAN KEPIMPINAN NGO MADANI: MENGGALAS AMANAH ISLAH DAN MEMPERKUKUH KETAHANAN TAMADUN

Permukiman Kepimpinan NGO MADANI: Menggalas Amanah Islah dan Memperkukuh Ketahanan Tamadun KUALA LUMPUR, 1 Februari 2026 – Kesepaduan gerak kerja pimpinan pertubuhan masyarakat sivil (NGO) Islam di Malaysia mencapai satu lagi mercu tanda penting melalui penganjuran Permukiman Kepimpinan NGO MADANI Kebangsaan. Program yang berlangsung selama tiga hari dua malam bermula 30 Januari sehingga 1 Februari […]

Baca Lanjut
Bengkel Wehdatul Fikr

BENGKEL WEHDATUL FIKR JOHOR: MEMPERTAUT PEMIKIRAN, MEMACU ISLAH DAN KETAHANAN TAMADUN NEGARA

JOHOR BAHRU, 25 Januari 2026 – Kesepaduan gerak kerja dan penyatuan pemikiran menjadi agenda utama dalam Bengkel Wahdatul Fikr yang berlangsung hari ini di Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Selatan. Program strategik ini merupakan anjuran bersama Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Negeri Johor, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Johor, dan Kesatuan Pelajar Islam Johor […]

Baca Lanjut
menteri agama

WADAH PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA MENTERI AGAMA: MEMBUGAR AGENDA PENDIDIKAN, DAKWAH MODEN DAN PEMERKASAAN KOMUNITI MADANI

KUALA LUMPUR, 21 Januari 2026 – Dalam usaha memperkukuh agenda pembangunan umat dan menyelaraskan gerak kerja dakwah di peringkat nasional, Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) telah mengadakan satu pertemuan rasmi bersama YB Senator Dr. Zulkifli Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Pertemuan yang berlangsung pada jam 10.00 pagi tadi di Menara MAIWP, […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
118
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
350852
Klik Sini