Tahniah Kepada Prof. Emeritus Dato’ Ir. Dr. Hassan Basri Atas Pelantikan Sebagai Presiden Dan Naib Canselor Unisel
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Prof. Emeritus Dato’ Ir. Dr. Hassan bin Basri atas pelantikan beliau sebagai Presiden dan Naib Canselor kelapan Universiti Selangor (UNISEL) bagi tempoh tiga tahun bermula 18 Ogos 2025 hingga 17 Ogos 2028.
Pelantikan ini diumumkan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor, yang menyampaikan surat pelantikan kepada beliau di Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor baru-baru ini.
WADAH menyifatkan pelantikan ini sebagai satu langkah strategik yang diyakini mampu memperkukuh kedudukan UNISEL sebagai peneraju Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, selaras dengan pengiktirafan UNISEL sebagai salah satu daripada enam universiti dalam rangkaian Universiti-Universiti Teknikal Malaysia (MTUN).
Prof. Emeritus Dato’ Ir. Dr. Hassan Basri merupakan tokoh akademik berpengalaman luas dalam bidang Kejuruteraan Alam Sekitar, Kecerdasan Buatan (AI), dan Pendidikan Kejuruteraan. Beliau pernah berkhidmat sebagai Profesor Emeritus di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), serta memegang pelbagai jawatan penting dalam industri termasuk Penasihat Teknikal di Produktif Sepakat Consulting Engineers Sdn. Bhd dan Pengarah Kualiti di Perunding Atur Trafik Sdn. Bhd.
Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (Kepujian) dari University of Tasmania, Australia (1982), Ijazah Sarjana Kejuruteraan dengan Kepujian dalam bidang Tropical Public Health Engineering dari University of Leeds (1988), dan Doktor Falsafah Kejuruteraan Alam Sekitar dari universiti yang sama pada tahun 1994.
WADAH mendoakan agar Prof. Emeritus Dato’ Ir. Dr. Hassan Basri diberikan kekuatan, kebijaksanaan, dan iltizam yang tinggi dalam menerajui UNISEL ke arah kecemerlangan akademik, penyelidikan, dan pembangunan insan yang seimbang antara ilmu, kemahiran, dan nilai-nilai kemanusiaan.
WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN TERHADAP INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL KENYATAAN MEDIA 19 MAC 2026 Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyatakan kebimbangan yang amat serius terhadap perkembangan terkini di Timur Tengah susulan serangan ke atas FASILITI GAS SOUTH PARS MILIK IRAN—antara medan gas terbesar dunia—yang kini mencetuskan risiko besar kepada keselamatan tenaga global […]
WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI KENYATAAN MEDIA19 Mac 2026 | Bandar Baru Bangi, Selangor WADAH menyambut baik dan menyokong sepenuhnya inisiatif pertemuan antara wakil komuniti Muslim dan Hindu yang bertujuan mencari titik damai serta meredakan ketegangan antara agama dalam negara. Usaha ini […]
Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]
Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]