Tahniah Presiden, Pelantikan SUHAKAM dan Majlis Hukama’

Kongsikan artikel ini :

Tahniah Presiden WADAH, Dato’ Haji Ahmad Azam Ab Rahman Atas Dua Pelantikan Penting

KUALA LUMPUR, 28 September 2025 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan penuh sukacita merakamkan ucapan tahniah kepada Presiden WADAH, Dato’ Haji Ahmad Azam Ab Rahman, atas dua pelantikan penting di peringkat nasional dan antarabangsa.

Pertama, Dato’ Ahmad Azam telah menerima pelantikan rasmi sebagai Ahli Jawatankuasa Istisyari Majlis Hukama’ Muslimin Antarabangsa Malaysia. Pelantikan ini disahkan melalui surat bertarikh September 2025 yang ditandatangani oleh Musyrif Am Majlis, Datuk Mohd Nakhaie Ahmad. Majlis Hukama’ Muslimin Antarabangsa merupakan sebuah pertubuhan yang menghimpunkan tokoh-tokoh ulama dan cendekiawan Islam antarabangsa dengan matlamat memperjuangkan keamanan dunia, menggalakkan dialog, serta membina kehidupan bersama secara damai dalam kalangan umat Islam dan manusia sejagat.

Pelantikan ini merupakan pengiktirafan terhadap sumbangan dan kepimpinan Dato’ Ahmad Azam dalam bidang dakwah, masyarakat sivil, serta usaha beliau dalam mempromosikan keamanan dan persefahaman di peringkat global.

Pelantikan SUHAKAM

Selain itu, Dato’ Ahmad Azam turut diumumkan sebagai Anggota Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) bagi penggal 2025–2028. Kenyataan rasmi SUHAKAM pada 27 September 2025 menyenaraikan beliau bersama lima lagi tokoh negara yang dilantik sebagai Pesuruhjaya baharu dengan perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Perdana Menteri di bawah Seksyen 5 Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 [Akta 597]. Anggota ini akan berkhidmat sehingga 19 Ogos 2028.

Senarai penuh Pesuruhjaya SUHAKAM 2025–2028 adalah:

  • YBhg. Datuk Mary @ Mariati Robert
  • Tuan Dahim Anak Danot
  • Puan Bathmavathi a/p K. Krishnan
  • YBhg. Dato’ Ahmad Azam bin Ab Rahman
  • YBhg. Datuk Tay Lee Ly
  • Tuan Abdul Kadir Jailani bin Ismail

SUHAKAM dalam kenyataannya menyatakan keyakinan bahawa pelantikan dengan kepelbagaian latar belakang ini akan membawa perspektif segar, tenaga baharu, serta memperkukuh peranan SUHAKAM sebagai institusi hak asasi kebangsaan yang bebas, selaras dengan Prinsip Paris.

Sebagai tokoh masyarakat sivil, aktivis antarabangsa dan pemimpin gerakan dakwah, pelantikan berganda ini jelas mencerminkan pengiktirafan terhadap pengalaman luas, komitmen serta peranan besar Dato’ Ahmad Azam dalam memperjuangkan hak asasi manusia, keadilan sosial, serta keamanan di peringkat nasional dan antarabangsa.

“Sekalung tahniah diucapkan kepada Presiden WADAH, Dato’ Haji Ahmad Azam Ab Rahman. Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin untuk terus mengangkat nilai kemanusiaan sejagat dan membawa Malaysia lebih ke hadapan dalam memperjuangkan keadilan serta keamanan dunia,”

Berita Wadah|Berita Wadah - BM
keibubapaan

Bengkel Keibubapaan Era Digital Perkasa Ibu Bapa Hadapi Cabaran Teknologi dan Penggunaan Gajet

KUALA LUMPUR, 31 Oktober – Bengkel Keibubapaan Era Digital telah diadakan di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati, bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa terhadap cabaran mendidik anak-anak dalam persekitaran teknologi yang semakin berkembang. Program ini memberi tumpuan kepada perkembangan psikologi generasi digital, strategi pencegahan dan kawalan penggunaan gajet serta pembinaan ketahanan keluarga dalam menghadapi dunia tanpa […]

Baca Lanjut
Indonesia

Kunjung Hormat Delegasi Pendidikan dan Pesantren Indonesia ke WADAH: Rapatkan Ukhuwah Serantau, Teroka Kerjasama Pendidikan Islam Malaysia-Indonesia

BANGI, 31 Oktober 2026 – Memperkukuh jaringan ukhuwah Islamiah merentas sempadan serantau serta meneroka ruang sinergi dalam pemerkasaan institusi pendidikan Islam menjadi matlamat utama penganjuran Program Kunjung Hormat Delegasi NGO dan Institusi Pendidikan Indonesia ke Ibu Pejabat Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) di Bangi hari ini. Pertemuan muhibah peringkat serantau ini menghimpunkan barisan kepimpinan utama […]

Baca Lanjut

Dialog Ummah 2.0: Hubungan Raja dan Rakyat Perlu Diperkukuh Berteraskan Amanah, Adat dan Perlembagaan

22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]

Baca Lanjut

Dialog Ummah 2.0: Adab Berbeza Pendapat dan Literasi Media Penting Tangani Perpecahan Masyarakat

22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kepentingan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah serta cabaran penyebaran fitnah dan kebencian melalui media sosial menjadi fokus sesi kedua Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Islam dan Adab Mengurus Perbezaan Pendapat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan ini meneliti pendekatan Islam dalam menangani […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
1599
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
934083
PERSATUAN WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA
ROS : PPM-003-10-11902005
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi
Klik Sini