Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Merakamkan Penghargaan kepada Profesor Emeritus Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan penuh rasa syukur dan bangga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Profesor Emeritus Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL), di atas penganugerahan gelaran Profesor Emeritus oleh Universiti Malaya (UM) sempena Istiadat Konvokesyen kali ke-64 yang berlangsung pada 1 Disember 2024 di Dewan Tunku Canselor.
Gelaran Profesor Emeritus yang disampaikan oleh Tan Sri Dato’ Seri DiRaja Ramli Ngah Talib, Pro-Canselor UM, adalah pengiktirafan atas jasa dan sumbangan besar Profesor Redzuan dalam bidang sejarah, politik domestik dan antarabangsa, khususnya Timur Tengah, serta kajian pilihan raya di Malaysia.
Sebagai tokoh kelahiran Padang Rengas, Perak, Profesor Redzuan memulakan pengajian dalam bidang Sejarah di Universiti Malaya pada tahun 1978. Kecemerlangan akademiknya diteruskan dengan Ijazah Sarjana (MA) dalam bidang Sejarah dan Politik Timur Tengah dari School of Oriental and African Studies, University of London, pada tahun 1985, sebelum memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari University of Edinburgh pada tahun 1994.
Dalam peranan beliau sebagai Presiden dan Naib Canselor UNISEL sejak 1 Januari 2016, beliau telah memimpin universiti itu dengan membawa tagline “Peneraju Transformasi”, yang menjadikan UNISEL lebih dinamik dan berdaya saing di peringkat nasional dan antarabangsa.
Selain itu, Profesor Redzuan turut memegang pelbagai jawatan penting, termasuk Pengerusi Eksekutif Institut Darul Ehsan (IDE), Ahli Lembaga Pengarah UNISEL Sdn. Bhd., dan Anggota Majlis Perundingan Mengenai Dasar Luar. Beliau juga telah memberi sumbangan penting dalam jawatankuasa-jawatankuasa kerajaan seperti Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya serta Suruhanjaya Bebas Tetap Hak Asasi Manusia (IPHRC OIC).
Sebagai Pengerusi Majlis Syura Kebangsaan (MSK), Profesor juga telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam usaha memartabatkan kecemerlangan intelektual, khususnya melalui peranan WADAH dalam memperkukuh agenda pendidikan dan pembangunan ummah.
WADAH berharap pengiktirafan ini akan terus menyemarakkan semangat beliau dalam memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara, serta menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk terus melangkah ke hadapan dalam mencipta kecemerlangan.
Sekali lagi, tahniah diucapkan kepada Profesor Emeritus Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman atas kejayaan ini. Semoga beliau terus diberkati Allah SWT dalam setiap usaha yang dilakukan.
WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN TERHADAP INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL KENYATAAN MEDIA 19 MAC 2026 Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyatakan kebimbangan yang amat serius terhadap perkembangan terkini di Timur Tengah susulan serangan ke atas FASILITI GAS SOUTH PARS MILIK IRAN—antara medan gas terbesar dunia—yang kini mencetuskan risiko besar kepada keselamatan tenaga global […]
WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI KENYATAAN MEDIA19 Mac 2026 | Bandar Baru Bangi, Selangor WADAH menyambut baik dan menyokong sepenuhnya inisiatif pertemuan antara wakil komuniti Muslim dan Hindu yang bertujuan mencari titik damai serta meredakan ketegangan antara agama dalam negara. Usaha ini […]
Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]
Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]