PERTANDINGAN PUISI MERDEKA TERIMA SAMBUTAN MENGGALAKKAN
October 7th, 2024
| Editor Wadah
Kongsikan artikel ini :
Tahniah dan Penghargaan!
Setinggi-tinggi penghargaan atas penyertaan para pserta dalam Pertandingan menulis Puisi Sempena Hari Kemerdekaan 2024. Penyertaan ini bukan sahaja menyumbang kepada kejayaan program, tetapi juga mempamerkan semangat patriotisme yang tinggi melalui karya puisi yang penuh makna.
Untuk makluman, pihak WADAH Malaysia mendapat sambutan yang amat menggalakkan dalam penganjuran pada kali ini dan lebih 300 penyertaan telah diterima dan proses pemilihan memakan sedikit masa memilih yang terbaik di antara yang terbaik.
Walau bagaimanapun, pihak kami akan mengumumkan pemenang pertandingan menerusi laman sosial rasmi Wadah Pencerdasan Umat Malaysia dalam masa terdekat.
Dengan ini, Sijil Penyertaan disertakan sebagai tanda penghargaan di atas komitmen dan usaha yang telah diberikan. Semoga penyertaan ini menjadi titik tolak untuk para peserta terus berkarya dalam bidang sastera dan seni, serta menjadi inspirasi kepada masyarakat untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan.
Sekali lagi, terima kasih atas penyertaan, semoga terus cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi.
WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN TERHADAP INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL KENYATAAN MEDIA 19 MAC 2026 Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyatakan kebimbangan yang amat serius terhadap perkembangan terkini di Timur Tengah susulan serangan ke atas FASILITI GAS SOUTH PARS MILIK IRAN—antara medan gas terbesar dunia—yang kini mencetuskan risiko besar kepada keselamatan tenaga global […]
WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI KENYATAAN MEDIA19 Mac 2026 | Bandar Baru Bangi, Selangor WADAH menyambut baik dan menyokong sepenuhnya inisiatif pertemuan antara wakil komuniti Muslim dan Hindu yang bertujuan mencari titik damai serta meredakan ketegangan antara agama dalam negara. Usaha ini […]
Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]
Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]