SERUAN SEMANGAT BICARA NAHDAH DI PERAK

Kongsikan artikel ini :

Semangat Nahdah Diterapkan Dalam Bicara Nahdah Negeri Perak

Ipoh, 19 Januari 2025 – Program Bicara Nahdah Negeri Perak bersama Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), YBhg. Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman, telah berjaya menghimpunkan 56 orang peserta yang mewakili tiga generasi jamaah, iaitu pelajar (KPIP), belia (ABIM), dan dewasa (WADAH/SALWA). Program yang berlangsung di Dewan Kuliah ABIM Negeri Perak, Taman Meru Perdana 2, Ipoh ini membawa tema “Misi Ummatik Dalam Menghadapi Cabaran Geopolitik Dunia”.

Program dimulakan dengan ucapan daripada pimpinan jamaah negeri sebelum diteruskan dengan syarahan utama oleh Dato’ Ahmad Azam. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan bertindak segera dalam menghadapi perubahan geopolitik dunia yang semakin mencabar. Menurut beliau, tiga syarat utama untuk mencapai kemenangan umat ialah iman, hijrah, dan jihad.

Dato’ Presiden turut menyeru para pimpinan dan ahli untuk menghayati dua potongan ayat Al-Quran, iaitu Surah At-Taubah (9:20) dan Surah Ali ‘Imran (3:103), sebagai panduan dalam memacu perubahan dan mencapai kemenangan. Beliau menegaskan bahawa Konsep Malaysia Madani perlu dijadikan asas untuk membentuk tamadun berlandaskan keadilan, persaudaraan, dan kemajuan. “Kita harus mengutamakan jalan damai dan memastikan umat Islam bersatu menghadapi ancaman luar,” tegas beliau.

Beliau juga mengupas perkembangan kebangkitan Islam di Afghanistan, Syria, Bangladesh, dan Gaza sebagai petanda awal kebangkitan umat. Namun, untuk mengembalikan kegemilangan kekhalifahan Islam, umat Islam perlu keluar daripada perangkap kejahilan, kemiskinan, dan perpecahan yang dirancang oleh musuh-musuh Islam sejak sekian lama.

Presiden turut menyeru ahli-ahli WADAH, ABIM, dan KPIP untuk memainkan peranan dalam menyedarkan masyarakat di akar umbi tentang usaha mengangkat martabat Islam yang rahmah di negara ini.

Pengerusi WADAH Perak, Haji Mohd Nasir Kamarudin, menyatakan penghargaan atas kehadiran Dato’ Presiden dan menegaskan bahawa semangat dan panduan yang diberikan akan menjadi pemacu untuk semua ahli bergerak ke hadapan dalam memperjuangkan agenda ummatik.

Program ini sekali lagi membuktikan komitmen WADAH, ABIM, dan KPIP untuk melahirkan generasi pemimpin Islam yang peka terhadap cabaran semasa serta bersedia bertindak dalam memartabatkan Islam di persada dunia.

Berita Wadah|Berita Wadah - BM

WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL

WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN TERHADAP INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL KENYATAAN MEDIA 19 MAC 2026 Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyatakan kebimbangan yang amat serius terhadap perkembangan terkini di Timur Tengah susulan serangan ke atas FASILITI GAS SOUTH PARS MILIK IRAN—antara medan gas terbesar dunia—yang kini mencetuskan risiko besar kepada keselamatan tenaga global […]

Baca Lanjut
PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM-HINDU PEACEFUL COEXISTENCE

WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI

WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI KENYATAAN MEDIA19 Mac 2026 | Bandar Baru Bangi, Selangor WADAH menyambut baik dan menyokong sepenuhnya inisiatif pertemuan antara wakil komuniti Muslim dan Hindu yang bertujuan mencari titik damai serta meredakan ketegangan antara agama dalam negara. Usaha ini […]

Baca Lanjut
Pek ceria raya

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) UNTUK MUALAF DI IOA CENTRE

Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]

Baca Lanjut
PEK CERIA RAYA

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) SANTUNI KOMUNITI OKU DI PPR LEMBAH SUBANG 2

Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
4106
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
390194
Klik Sini