Serangan Siber MAHB: Sudut Pandang Pakar UPM dan Pimpinan WADAH Berkenaan Risiko Terhadap Keselamatan Negara
KUALA LUMPUR, 27 Mac – Serangan siber terhadap sistem digital Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) baru-baru ini menimbulkan kebimbangan besar terhadap keselamatan infrastruktur kritikal negara, kata Prof. Madya Ts. Dr. Nur Izura Udzir dari Fakulti Sains Komputer, Universiti Putra Malaysia (UPM). Beliau juga merupakan Naib Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH).
Beliau menegaskan bahawa serangan tersebut bukan sahaja mengancam operasi lapangan terbang, tetapi juga boleh memberi kesan terhadap kestabilan ekonomi dan keselamatan negara secara keseluruhan. Oleh itu, Dr. Nur Izura menggesa agar pelaburan dalam keselamatan siber dipertingkatkan, terutama dalam sektor yang menjadi tulang belakang kepada sistem pengangkutan dan komunikasi negara.
“Kita perlu melihat keselamatan siber sebagai keutamaan dan bukan sekadar langkah tambahan. Penilaian risiko serta pemantauan berterusan terhadap sistem kritikal negara adalah langkah penting dalam memastikan kita tidak mudah terdedah kepada ancaman penggodaman,” katanya.
Serangan yang menyasarkan MAHB itu menjadi perhatian selepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa penggodam telah menuntut bayaran sebanyak USD10 juta sebagai tebusan. Kerajaan bagaimanapun menolak tuntutan tersebut dan menegaskan perlunya langkah drastik dalam memperkukuh sistem keselamatan digital negara.
Sudut Pandang Pakar Siber UiTM
Sementara itu, pakar keselamatan siber dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin, turut menekankan kepentingan latihan simulasi serangan siber seperti National Drill bagi memastikan kesiapsiagaan semua pihak yang terlibat.
Beliau juga menyarankan agar lebih banyak peruntukan diberikan kepada agensi keselamatan siber seperti Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan Bank Negara Malaysia bagi menangani ancaman yang semakin canggih.
Menurut Dr. Noor Nirwandy, ancaman siber kini bukan lagi sekadar isu teknikal tetapi juga berkaitan keselamatan nasional, terutamanya apabila kumpulan ekstremis semakin giat menggunakan serangan siber sebagai sumber pendapatan mereka.
Melihat kepada peningkatan ancaman ini, para pakar sependapat bahawa kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat perlu berganding bahu membentuk budaya keselamatan siber yang lebih kukuh bagi melindungi sistem digital negara daripada ancaman yang semakin kompleks.
WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN TERHADAP INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL KENYATAAN MEDIA 19 MAC 2026 Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyatakan kebimbangan yang amat serius terhadap perkembangan terkini di Timur Tengah susulan serangan ke atas FASILITI GAS SOUTH PARS MILIK IRAN—antara medan gas terbesar dunia—yang kini mencetuskan risiko besar kepada keselamatan tenaga global […]
WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI KENYATAAN MEDIA19 Mac 2026 | Bandar Baru Bangi, Selangor WADAH menyambut baik dan menyokong sepenuhnya inisiatif pertemuan antara wakil komuniti Muslim dan Hindu yang bertujuan mencari titik damai serta meredakan ketegangan antara agama dalam negara. Usaha ini […]
Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]
Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]