RTD TANGANI ISU PERUMAHAN RAKYAT SEJAHTERA

Kongsikan artikel ini :

WADAH, UKM dan PPRS Anjur Sesi Diskusi Meja Bulat untuk Tangani Isu Perumahan Rakyat Sejahtera

Bangi, 6 Februari 2025 – Wadah Pencerdesan Umat Malaysia (WADAH) telah mengadakan sesi Roundtable Discussion (RTD) bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Kumpulan Penyelidikan Universiti (KPU) Sains Sosial dan Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) bagi membincangkan permasalahan masyarakat dalam perumahan rakyat.

Sesi yang berlangsung di Bilik Mesyuarat IMEN, Kompleks Penyelidikan UKM Bangi ini bertujuan untuk mengenal pasti isu utama yang dihadapi oleh komuniti perumahan rakyat, terutamanya dari aspek ekonomi dan sosial. Program ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh moderator, diikuti dengan pengenalan kepada KPU Sains Sosial oleh Prof. Dr. Salasiah Hanin Hamjah, selaku Peneraju Kluster Penyelidikan Warisan dan Masyarakat Madani.

Berikutnya, Prof. Dr. Zulkefly Abdul Karim, Peneraju Kluster Penyelidikan Transformasi Sosial dan Ekonomi, turut berkongsi pandangan mengenai peranan akademia dalam menangani isu masyarakat. Turut hadir ke RTD ini ialah Setiausaha Agung WADAH, Encik Azizuddin Ahmad, barisan EXCO WADAH iaitu Encik Ahmad Saparudin bin Yusup dan Encik Megat Mohd Azlan bin Md Arshad serta Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Madya Dr. Mashitoh Yaacob.

Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) merupakan satu inisiatif yang bertujuan meningkatkan kesejahteraan penduduk perumahan rakyat melalui pendekatan holistik yang merangkumi aspek sosioekonomi, pendidikan, kesejahteraan keluarga, dan pembangunan komuniti. Antara matlamat utama PPRS adalah untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat di perumahan rakyat dengan menyediakan sokongan dalam aspek ekonomi, pendidikan, dan sosial.

Selain itu, program ini berusaha mewujudkan persekitaran yang lebih harmoni dan berdaya maju menerusi pembangunan komuniti dan peningkatan daya tahan sosial. PPRS juga berperanan memperkukuh kerjasama antara akademia, badan bukan kerajaan (NGO), serta pihak berkepentingan dalam usaha membangunkan komuniti perumahan rakyat secara mampan.

Diskusi meja bulat yang bermula pada jam 10.30 pagi membincangkan beberapa cadangan termasuk penyepaduan pandangan akademik dan praktikal antara KPU, WADAH, serta PPRS, selain mencadangkan pelaksanaan program kerjasama untuk menangani permasalahan yang dikenal pasti.

WADAH mengetengahkan isu keperluan bagi melaksanakan kursus-kursus kemahiran atas talian seperti pengunaan TikTok, E-Dagang yang dapat membantu mereka dari sudut ekonomi dalam dunia moden.

Perbezaan kerjaya dan kerja separuh masa perlu dijelaskan supaya golongan B40 ini tidak menjadikan kerjaya seperti Grab, Foodpanda sebagai sumber Utama. Pembinaan mereka kearah pekerjaan Gig juga perlu diperkasakan dalam skop kemahiran, Tvet dan banyak lagi.

Isu Literasi Undang-undang turut disentuh oleh wakil Wadah yang mana rata-rata perkara yang berlaku suami tidak memberi nafkah, berlakunya keganasan rumah tangga, sumbang mahram yang mana mangsa tidak tahu Tindakan yang perlu dibuat dan apa hak mereka yang perlu dilindungi. Ini juga mendapat kerjasam dari Fakulti Undang-Undang yang sudi membantu masyarakat ini secara prabono (percuma).

Menekankan bahawa Adab youth Garage menjadi salah satu model yang penting sebagai ruang sokongan selamat bagi melindungi remaja dan kanak2 dari kegiatan jenayah. ruang ini perlu diwujudkan bukan semata-mata kepada remaja bahkan kepada golongan warga emas yang memerlukan interaksi sosial dalam kehidupan mereka. Terdapat juga cadangan bagi menjadikan mana-mana ruang yang atas di Kawasan penduduk seperti Surau, Rumah sampah ditransformasi kepada ruang selamat yang mana memerlukan juga insiatif dari penduduk bagi memastikan keberhasilan projek tersebut.

Sesi ini diakhiri pada jam 12.30 tengah hari dengan rumusan serta cadangan tindakan susulan bagi memastikan perbincangan yang berlangsung dapat diterjemahkan ke dalam bentuk penyelesaian yang berkesan untuk masyarakat perumahan rakyat.

Berita Wadah - BM|Berita Wadah
seminar ekonomi wanita madani

SEMINAR EKONOMI WANITA MADANI: PEMACU TRANSFORMASI USAHAWAN DAN PEMBERDAYAAN KOMUNITI

CYBERJAYA, 5 Disember 2025 – Bertempat di Dewan Semarak, Cyberjaya, satu anjakan paradigma dalam memperkasa ekonomi golongan wanita telah dizahirkan menerusi penganjuran Seminar Ekonomi Wanita MADANI oleh Pekawanis. Program yang berlangsung bermula jam 8:00 pagi hingga 1:00 tengah hari ini telah berjaya menghimpunkan ratusan peserta yang terdiri daripada usahawan, surirumah, dan belia dari sekitar daerah […]

Baca Lanjut
AMANAT PIMPINAN

AMANAT PIMPINAN GERAKAN WADAH 2026

Menghidupkan Syura, Memperkukuh Amal Jama‘iyy, Mempersatukan Umat MUKADIMAHTahun 2026 dan Panggilan Tanggungjawab Bismillāhirraḥmānirraḥīm.Saudara-saudari pimpinan dan seluruh warga Gerakan WADAH yang saya kasihi. Kita melangkah ke tahun 2026 dalam keadaan dunia yang semakin tidak menentu. Perpecahan umat semakin ketara, politik kebencian semakin menular, dan suara hikmah sering tenggelam dalam lautan emosi. Dalam suasana inilah Allah SWT […]

Baca Lanjut
FORUM MASYARAKAT MADANI

FORUM MASYARAKAT MADANI: HIKAM SERU BUDAYA HIKMAH DAN TOLAK KETAASUBAN MELALUI ASAS ISLAM RAHMAH (AISAR)

PUTRAJAYA, 28 Disember 2025 – Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM) hari ini melakar sejarah penting dalam landskap dakwah negara melalui penganjuran Forum Masyarakat Madani: Menolak Ketaksuban, Mempromosi Hikmah Melalui Asas Islam Rahmah (AISAR). Program yang berlangsung di Dewan Abdullah Bukhari, Kompleks Nasyrul Qur’an ini telah menjadi medan pertembungan idea yang progresif bagi menangani isu ekstremisme […]

Baca Lanjut

Malaysia Memimpin: WADAH Tekankan Agenda Islah, Ketahanan Tamadun dan Tajdid Ummah

Seberang Jaya, 29 November 2025 — Muktamar Nasional WADAH kali ke-19 (MUKNAS19) berlangsung dengan penuh signifikan apabila Presiden WADAH Pencerdasan Umat, Dato’ Haji Ahmad Azam Ab Rahman, menyampaikan amanat bertema “Malaysia Memimpin: Agenda Islah, Ketahanan Tamadun dan Tajdid Ummah”. Amanat ini merupakan satu rangka pemikiran besar yang menegaskan peranan Malaysia sebagai negara berwibawa, beradab dan […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
437
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
248368
Klik Sini