PROGRAM SURAU PPR: KELUARGA CERIA, SIHAT & BAHAGIA
January 1st, 2025
| Editor Wadah
Kongsikan artikel ini :
Program Komuniti: Keluarga Ceria, Sihat & Bahagia di Surau Silaturrahim PPR Seri Alam
Kuala Lumpur, 28 Disember 2024 – Dewan Al Bakri, Surau Silaturrahim PPR Seri Alam, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, menjadi lokasi penganjuran Program Komuniti: Keluarga Ceria, Sihat & Bahagia. Program ini dianjurkan oleh Surau Silaturrahim PPR Seri Alam dan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) sebagai sebahagian usaha Program Pusat Tunas Nahdah. Ia bertujuan memperkasakan wanita dalam membina keluarga bahagia, sihat dan harmoni. Seramai 50 orang peserta telah hadir bagi memeriahkan lagi suasana program.
Bermula seawal jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang, program ini menampilkan pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat. Para peserta disambut dengan sarapan pagi sebelum taklimat program dimulakan. Sesi pertama bertajuk “Ceria Tanpa Stress” berjaya memberi motivasi kepada peserta dalam menangani tekanan harian sebagai seorang ibu, isteri, dan anggota masyarakat.
Antara yang paling mendapat perhatian adalah sesi kemahiran urutan, termasuk urutan muka, kepala, bahu, dan tangan. Kemahiran ini bukan sahaja membantu melegakan ketegangan, tetapi juga memberikan peluang kepada para peserta untuk menerapkan ilmu yang dipelajari di rumah. Selain itu, sesi ini turut membuka peluang kepada peserta untuk menjana pendapatan tambahan sama ada melalui pekerjaan separuh masa atau sepenuh masa sebagai pengurut.
Seterusnya, sesi bimbingan penjagaan ibu berpantang memberi ilmu yang amat berguna kepada peserta, khususnya dalam memahami keperluan ibu-ibu selepas melahirkan anak. Modul ini dipersembahkan oleh tenaga pengajar berpengalaman yang memastikan peserta mendapat panduan praktikal dan mudah diaplikasikan.
Puan Mahanom Basri, Exco WADAH, hadir memberikan pengisian utama yang sangat berinspirasi. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan wanita dalam mencorakkan kebahagiaan keluarga, bukan hanya dari segi fizikal tetapi juga emosi dan rohani.
Program diakhiri dengan sesi bergambar, makan tengah hari, serta perbincangan bersama penganjur. Peserta pulang dengan ilmu dan pengalaman berharga, selain memperkukuhkan hubungan silaturrahim sesama mereka.
Inisiatif ini berjaya menarik perhatian komuniti setempat dan membuktikan betapa pentingnya program-program sebegini dalam membantu wanita memainkan peranan lebih besar dalam kehidupan keluarga dan masyarakat.
WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN TERHADAP INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL KENYATAAN MEDIA 19 MAC 2026 Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyatakan kebimbangan yang amat serius terhadap perkembangan terkini di Timur Tengah susulan serangan ke atas FASILITI GAS SOUTH PARS MILIK IRAN—antara medan gas terbesar dunia—yang kini mencetuskan risiko besar kepada keselamatan tenaga global […]
WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI KENYATAAN MEDIA19 Mac 2026 | Bandar Baru Bangi, Selangor WADAH menyambut baik dan menyokong sepenuhnya inisiatif pertemuan antara wakil komuniti Muslim dan Hindu yang bertujuan mencari titik damai serta meredakan ketegangan antara agama dalam negara. Usaha ini […]
Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]
Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]