Program Kesihatan Reproduktif WADAH dan Yayasan Taqwa
October 2nd, 2025
| Editor Wadah
Kongsikan artikel ini :
Program Kesihatan Reproduktif WADAH dan Yayasan Taqwa: Membentuk Generasi Sihat & Bermaruah
Alor Setar, 27 September 2025 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan kerjasama Yayasan Taqwa telah menganjurkan Bengkel Kesihatan Reproduktif bertempat di Dewan Dato’ Sheikh Azmi Ahmad, Kompleks Pendidikan Al-Hikmah, Alor Setar, Kedah.
Bengkel ini bertujuan memberikan pendedahan dan pendidikan kesihatan reproduktif yang sesuai kepada remaja supaya mereka lebih memahami serta menghargai tubuh badan. Ia juga digerakkan untuk membimbing remaja membuat keputusan yang bertanggungjawab, membentuk sikap positif terhadap kesihatan diri, serta memberi kesedaran tentang nilai diri dalam menghadapi cabaran hidup. Program ini turut menekankan aspek pengetahuan biologi dan emosi, di samping memperkenalkan konsep abstinence sebagai pendekatan membendung perbuatan berisiko.
Seramai 50 pelajar berusia 13 hingga 16 tahun telah menyertai bengkel ini yang turut menekankan bahaya tingkah laku berisiko dalam kehidupan seharian.
Program telah berlangsung pada 27 September 2025 (Sabtu) dari jam 8.30 pagi hingga 1.00 tengah hari. Ia dimulakan dengan pendaftaran dan sarapan pada jam 8.00 pagi sebelum sesi pertama bertajuk “Aspresiasi Diri” disampaikan oleh Puan Arina Abd Ghani. Sesi kedua menyusul pada jam 10.00 pagi bertajuk “Kesihatan Reproduktif dan Tingkah Laku Berisiko” yang dikupas oleh Dr. Shahrizal Azwan Samsudin, diikuti sesi ketiga pada jam 11.30 pagi bertajuk “Syabab Tolak Perilaku Seksual” yang disampaikan oleh Puan Maria Kamel.
Bengkel berakhir pada jam 1.00 tengah hari dengan sesi penutup, bergambar, makan tengah hari, serta bersurai.
Penyampaian para penceramah yang mesra, berfakta dan interaktif menjadikan bengkel lebih dekat dengan jiwa peserta. Para pelajar menunjukkan penglibatan aktif dengan bertanya soalan serta berkongsi pandangan sepanjang sesi berlangsung.
Pihak penganjur turut merakamkan penghargaan atas sokongan pihak sekolah yang menghantar peserta serta penglibatan semua pelajar dalam menjayakan bengkel ini.
Secara keseluruhan, program ini telah berjaya mencapai objektif dengan memberi kesedaran serta ilmu bermanfaat kepada remaja untuk memahami isu kesihatan reproduktif dengan lebih mendalam. Program seumpama ini diharapkan dapat diteruskan sebagai usaha membimbing generasi muda ke arah gaya hidup sihat, bermaruah dan berdaya tahan dalam menghadapi cabaran dunia moden.
WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN TERHADAP INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL KENYATAAN MEDIA 19 MAC 2026 Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyatakan kebimbangan yang amat serius terhadap perkembangan terkini di Timur Tengah susulan serangan ke atas FASILITI GAS SOUTH PARS MILIK IRAN—antara medan gas terbesar dunia—yang kini mencetuskan risiko besar kepada keselamatan tenaga global […]
WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI KENYATAAN MEDIA19 Mac 2026 | Bandar Baru Bangi, Selangor WADAH menyambut baik dan menyokong sepenuhnya inisiatif pertemuan antara wakil komuniti Muslim dan Hindu yang bertujuan mencari titik damai serta meredakan ketegangan antara agama dalam negara. Usaha ini […]
Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]
Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]