PRESIDEN MELUNCURKAN TUNAS NAHDAH PERAK

Kongsikan artikel ini :

Peluncuran Pusat Tunas Nahdah Perak: Mengukuhkan Generasi dengan Al-Quran

Pada 9 November 2024, peluncuran Pusat Tunas Nahdah Perak telah berlangsung dengan jayanya. Majlis tersebut dimulakan dengan ucapan yang penuh makna oleh Dato’ Presiden, yang membuka bicara dengan sebuah kisah benar dan menyentuh hati. Beliau berkongsi tentang seorang anak sahabatnya yang, walaupun dididik dengan ajaran agama sejak kecil, akhirnya memilih untuk tidak mempercayai Tuhan apabila dewasa. Kisah ini mencerminkan realiti yang getir di mana tiada jaminan anak-anak yang dididik dengan baik hari ini akan terhindar daripada pengaruh budaya yang merosakkan di luar sana.

Dalam ucapannya, Dato’ Presiden menekankan bahawa ancaman yang wujud pada masa kini tidak boleh dipandang ringan. Budaya songsang seperti liwat, rogol, zina, serta hubungan sesama jenis (gay dan lesbian) semakin menular, terutama dalam kalangan generasi muda. Teknologi, khususnya telefon bimbit, walaupun memberikan banyak kemudahan, turut menjadi pintu kepada pelbagai pengaruh negatif jika tidak dikawal dengan bijak.

Untuk menangani cabaran ini, Dato’ Presiden menegaskan kepentingan komunikasi yang berterusan antara ibu bapa dan anak-anak. Beliau menyeru ibu bapa agar tidak hanya memberikan perhatian dari segi fizikal, tetapi juga membina hubungan emosional yang kuat dengan anak-anak mereka. Komunikasi berkesan adalah benteng penting agar anak-anak tidak mudah terpengaruh dengan budaya negatif yang berleluasa di luar sana.

Lebih dari itu, beliau menekankan bahawa penghayatan Al-Quran perlu disemai dalam setiap keluarga, bermula daripada ibu bapa sendiri sebelum diwariskan kepada anak-anak. Dalam hal ini, Pusat Tunas Nahdah yang diwujudkan oleh WADAH Malaysia bertujuan menjadi platform bagi umat Islam kembali mendekatkan diri dengan Al-Quran. Pusat ini diharapkan dapat menjadi tempat di mana anak-anak muda dapat berkumpul, berusrah, dan mentadabbur Al-Quran setiap minggu.

Dato’ Presiden turut mencadangkan agar setiap keluarga di Perak memulakan tradisi usrah di rumah dan melibatkan ahli komuniti di daerah masing-masing. Dengan bimbingan ahli WADAH Perak, usrah ini mampu menjadi medium yang berkesan untuk memperkukuhkan pegangan agama dan membentuk generasi muda yang teguh iman serta akhlaknya.

Inisiatif ini adalah langkah penting dalam memastikan anak-anak kita tidak terhanyut dek arus kemodenan yang merosakkan, sebaliknya dibimbing kembali kepada landasan Islam yang sebenar.

Berita Wadah|Berita Wadah - BM
orang asli

PELATIH INDUSTRI WADAH SANTUNI ANAK-ANAK ORANG ASLI SUNGAI GABAI MELALUI PROGRAM KOMUNITI

17 November 2026 | Editor WADAH SUNGAI GABAI, 17 November – Seramai 20 orang kanak-kanak masyarakat Orang Asli Sungai Gabai telah menyertai program komuniti yang dikendalikan oleh empat peserta Daie Muda YADIM (DMY) yang kini menjalani latihan industri di Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH). Program ini memberi tumpuan kepada aktiviti interaktif dan santai bersama kanak-kanak […]

Baca Lanjut
keibubapaan

Bengkel Keibubapaan Era Digital Perkasa Ibu Bapa Hadapi Cabaran Teknologi dan Penggunaan Gajet

KUALA LUMPUR, 31 Oktober – Bengkel Keibubapaan Era Digital telah diadakan di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati, bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa terhadap cabaran mendidik anak-anak dalam persekitaran teknologi yang semakin berkembang. Program ini memberi tumpuan kepada perkembangan psikologi generasi digital, strategi pencegahan dan kawalan penggunaan gajet serta pembinaan ketahanan keluarga dalam menghadapi dunia tanpa […]

Baca Lanjut
Indonesia

Kunjung Hormat Delegasi Pendidikan dan Pesantren Indonesia ke WADAH: Rapatkan Ukhuwah Serantau, Teroka Kerjasama Pendidikan Islam Malaysia-Indonesia

BANGI, 31 Oktober 2026 – Memperkukuh jaringan ukhuwah Islamiah merentas sempadan serantau serta meneroka ruang sinergi dalam pemerkasaan institusi pendidikan Islam menjadi matlamat utama penganjuran Program Kunjung Hormat Delegasi NGO dan Institusi Pendidikan Indonesia ke Ibu Pejabat Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) di Bangi hari ini. Pertemuan muhibah peringkat serantau ini menghimpunkan barisan kepimpinan utama […]

Baca Lanjut

Dialog Ummah 2.0: Hubungan Raja dan Rakyat Perlu Diperkukuh Berteraskan Amanah, Adat dan Perlembagaan

22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
529
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
1003656
PERSATUAN WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA
ROS : PPM-003-10-11902005
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi
Klik Sini