Induksi Pimpinan WAP Kedah 2025: Misi Memperkukuhkan Saf dan Membangun Malaysia Madani
Jitra, 4 Januari 2025 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Negeri Kedah dengan kerjasama ABIM dan PKPIM telah menganjurkan program Induksi Pimpinan WAP Kedah 2025/2026 selama tiga hari, bermula 2 Januari hingga 4 Januari 2025. Program yang bertempat di Kompleks Madrasah Mustafawiyah, Tanjung Kapur, Jitra, Kedah, berjaya menghimpunkan seramai 200 orang hadirin, termasuk pimpinan dan ahli daripada pelbagai lapisan.
Dengan tema “Memperkukuhkan Saf, Menggerak Nahdah Umat Bersama Membangun Malaysia Madani”, program ini bertujuan menyatukan fikrah pimpinan WADAH, ABIM, dan PKPIM Kedah serta seluruh jawatankuasa bagi menggerakkan naratif dakwah baharu dan menyumbang kepada pembangunan negara melalui konsep Malaysia Madani. Dato’ Paduka Haji Ahmad Bin Kasim turut serta dalam menyampaikan Amanat Pengerusi Syura Kedah bertemakan Fokus dan Halatuju WADAH-ABIM-PKPIM Kedah tahun 2025.
Kemuncak program ini adalah Majlis Menghadam Amanat Presiden, yang berlangsung pada pagi 4 Januari 2025. Timbalan Presiden WADAH, YBhg. Ustaz Hasri bin Harun hadir memberi ucapan bertemakan hala tuju kepimpinan dan misi ummatik dalam konteks geopolitik dan dakwah masa kini. Presiden ABIM dan pimpinan PKPIM turut hadir menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut.
Dalam ucapannya, Ustaz Hasri bin Harun menekankan kepentingan memperkukuhkan saf kepimpinan bagi memastikan organisasi Islam mampu menghadapi cabaran masa depan. Beliau turut menyeru agar setiap pimpinan mempergiatkan usaha kaderisasi, persiapan hala tuju jamaah, dan penyusunan strategi tahunan untuk memartabatkan Islam rahmah di Malaysia.
Program ini turut diperkaya dengan pelbagai aktiviti seperti bengkel, usrah gabungan, tazkirah, sesi SWOT, serta riadah, yang bertujuan mengukuhkan ukhuwah dan kesefahaman antara para peserta.
Mhd Nor Haji Bakar, Setiausaha WADAH Negeri Kedah, mengucapkan terima kasih kepada semua peserta dan pemimpin yang hadir, terutamanya kehadiran Ustaz Hasri bin Harun, yang memberi inspirasi dan motivasi kepada semua yang terlibat. Majlis penutup menyaksikan penyampaian watikah pelantikan kepada pimpinan sesi 2025/2026 sebagai simbolik komitmen terhadap agenda dakwah dan pembangunan masyarakat.
Dengan penyertaan yang memberangsangkan, WADAH Negeri Kedah yakin bahawa kepimpinan baharu akan terus berpegang teguh kepada visi memperkukuhkan saf umat dan melaksanakan tanggungjawab bersama membangun Malaysia Madani.
WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN TERHADAP INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL KENYATAAN MEDIA 19 MAC 2026 Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyatakan kebimbangan yang amat serius terhadap perkembangan terkini di Timur Tengah susulan serangan ke atas FASILITI GAS SOUTH PARS MILIK IRAN—antara medan gas terbesar dunia—yang kini mencetuskan risiko besar kepada keselamatan tenaga global […]
WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI KENYATAAN MEDIA19 Mac 2026 | Bandar Baru Bangi, Selangor WADAH menyambut baik dan menyokong sepenuhnya inisiatif pertemuan antara wakil komuniti Muslim dan Hindu yang bertujuan mencari titik damai serta meredakan ketegangan antara agama dalam negara. Usaha ini […]
Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]
Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]