Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM) memandang serius perkembangan politik mutakhir yang memperlihatkan usaha pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan kerajaan melalui jalan selain daripada proses pilihan raya yang sah.
Sebagai gabungan NGO gerakan Islam yang berpegang kepada prinsip maqasid syariah dan keadilan dalam siasah, HIKAM menyatakan pendirian seperti berikut:
Empat Seruan Tegas HIKAM
1. Menolak sebarang bentuk cubaan merampas kuasa secara tidak demokratik
HIKAM dengan tegas menolak usaha menjatuhkan kerajaan melalui “pintu belakang”, tekanan politik yang tidak sah atau perancangan seumpama Langkah Sheraton 2.0. Peralihan kuasa hanya wajar berlaku melalui pilihan raya yang adil dan bebas, selari dengan prinsip syura dan suara rakyat.
2. Menegaskan pentingnya kestabilan demi kemajuan rakyat dan negara
Usaha-usaha menggugat kestabilan politik hanya akan mengundang krisis keyakinan, menjejaskan ekonomi dan menambah penderitaan rakyat. Islam mengajar agar mengutamakan maslahat ummah dan menolak kerosakan (mafsadah) yang timbul daripada perebutan kuasa tanpa asas demokratik.
3. Menyeru semua pihak untuk kembali kepada adab siasah dan jalan rundingan
HIKAM menyeru semua parti politik, termasuk pembangkang, untuk memainkan peranan semak dan imbang secara beradab dan bertanggungjawab. Sekiranya terdapat kelemahan dalam kerajaan, ia harus ditegur secara hikmah melalui dialog dan mekanisme perundangan yang sah, bukan melalui hasutan atau manipulasi kuasa.
4. Fokus kepada usaha memulihkan dan mereformasi negara
HIKAM menyeru semua pihak untuk bersama-sama fokus kepada usaha memulihkan dan mereformasi negara daripada rasuah wang dan kuasa, daripada pengayaan elit tertentu kepada pengagihan kekayaan negara yang saksama kepada rakyat, bagi memacu negara yang lebih sejahtera.
Oleh itu, kami menyeru umat Islam dan rakyat Malaysia untuk bersatu mempertahankan kedaulatan demokrasi, menolak ketidakstabilan politik dan terus menyokong agenda pembangunan negara berteraskan prinsip keadilan, perpaduan dan keamanan yang menjadi teras Malaysia MADANI.
“Politik Islam adalah menjunjung amanah, bukan merebut kuasa dengan tipu daya.”
Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM) 1. Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) 2. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) 3. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) 4. Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)
KUALA LUMPUR, 31 Oktober – Bengkel Keibubapaan Era Digital telah diadakan di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati, bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa terhadap cabaran mendidik anak-anak dalam persekitaran teknologi yang semakin berkembang. Program ini memberi tumpuan kepada perkembangan psikologi generasi digital, strategi pencegahan dan kawalan penggunaan gajet serta pembinaan ketahanan keluarga dalam menghadapi dunia tanpa […]
BANGI, 31 Oktober 2026 – Memperkukuh jaringan ukhuwah Islamiah merentas sempadan serantau serta meneroka ruang sinergi dalam pemerkasaan institusi pendidikan Islam menjadi matlamat utama penganjuran Program Kunjung Hormat Delegasi NGO dan Institusi Pendidikan Indonesia ke Ibu Pejabat Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) di Bangi hari ini. Pertemuan muhibah peringkat serantau ini menghimpunkan barisan kepimpinan utama […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kepentingan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah serta cabaran penyebaran fitnah dan kebencian melalui media sosial menjadi fokus sesi kedua Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Islam dan Adab Mengurus Perbezaan Pendapat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan ini meneliti pendekatan Islam dalam menangani […]