SUA WADAH ADAKAN PERBINCANGAN STRATEGIK PERKASA PROGRAM PENDIDIKAN & KOMUNITI DI PULAU PINANG
April 19th, 2026
| Editor Wadah
Kongsikan artikel ini :
Pulau Pinang, 19 April 2026 – Setiausaha Agung WADAH, Azizuddin Ahmad, mengadakan pertemuan bersama Pengarah Pusat Islam USM, Ustaz Zaid, serta seorang Ahli Majlis Agama Islam Pulau Pinang bagi meneliti beberapa inisiatif penting yang melibatkan pembangunan mahasiswa dan pengukuhan peranan komuniti.
Antara perkara yang diberi tumpuan ialah pelaksanaan program halaqah pelajar di bawah Pusat Islam USM, dengan hasrat memperdalam penghayatan ilmu dan membina sahsiah mahasiswa secara lebih tersusun. Pada masa sama, cadangan untuk menganjurkan diskusi meja bulat (RTD) bersama pensyarah di IPG dan USM turut dibangkitkan sebagai ruang bertukar pandangan dan menghidupkan wacana intelektual dalam kalangan akademia.
Perbincangan ini juga menyentuh pelaksanaan Program Bakti Nahdah, satu inisiatif berfokus komuniti yang dirancang di kawasan Permatang Pauh. Dalam masa yang sama, usaha memperluas program bersama Jawatankuasa Muda masjid-masjid di seluruh negeri, dengan penglibatan Presiden WADAH, Dato’ Haji Ahmad Azam Ab Rahman, turut dirangka bagi menggerakkan penglibatan belia dalam aktiviti dakwah dan kemasyarakatan.
Selain itu, keperluan untuk mengaktifkan semula pengkalan WADAH di USM turut diberi perhatian. Langkah ini dilihat penting bagi mengukuhkan semula kehadiran dan pengaruh gerakan dalam kalangan mahasiswa.
Secara keseluruhan, pertemuan ini mencerminkan kesungguhan WADAH dalam membina sinergi yang lebih rapat antara institusi pendidikan, masjid dan komuniti ke arah melahirkan masyarakat yang berilmu, matang dan berdaya tahan.
KUALA LUMPUR, 31 Oktober – Bengkel Keibubapaan Era Digital telah diadakan di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati, bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa terhadap cabaran mendidik anak-anak dalam persekitaran teknologi yang semakin berkembang. Program ini memberi tumpuan kepada perkembangan psikologi generasi digital, strategi pencegahan dan kawalan penggunaan gajet serta pembinaan ketahanan keluarga dalam menghadapi dunia tanpa […]
BANGI, 31 Oktober 2026 – Memperkukuh jaringan ukhuwah Islamiah merentas sempadan serantau serta meneroka ruang sinergi dalam pemerkasaan institusi pendidikan Islam menjadi matlamat utama penganjuran Program Kunjung Hormat Delegasi NGO dan Institusi Pendidikan Indonesia ke Ibu Pejabat Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) di Bangi hari ini. Pertemuan muhibah peringkat serantau ini menghimpunkan barisan kepimpinan utama […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kepentingan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah serta cabaran penyebaran fitnah dan kebencian melalui media sosial menjadi fokus sesi kedua Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Islam dan Adab Mengurus Perbezaan Pendapat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan ini meneliti pendekatan Islam dalam menangani […]