Program Pemantapan Nilai Ihsan Jiwa Madani Tingkatkan Kepimpinan Inklusif dan Empati Terhadap OKU
Gombak, 3 Disember 2024 – Disability Services Unit (DSU), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan kerjasama Pertubuhan Advo OKU Sejahtera, Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Salwa Wilayah Persekutuan (WP), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah berjaya menganjurkan program Disability Equality Training and Inclusive Leadership (DETAIL). Program ini diadakan di Banquet Hall, Bangunan Muhammad Abdur Rauf, IIUM Gombak dengan penyertaan pelbagai organisasi yang komited dalam mempromosikan nilai inklusiviti dan empati.
Dengan motto “Cakna OKU – Cakna Rasulullah”, program ini bertujuan memperkasakan peserta untuk menjadi pemimpin yang inklusif dan menyantuni keperluan komuniti OKU. Pendekatan ini menyeru masyarakat untuk menghidupkan sunnah Rasulullah yang menitikberatkan keprihatinan terhadap golongan memerlukan, termasuk OKU.
Program ini seiring dengan konsep nilai Ihsan dalam rukun MADANI. Ihsan merupakan sinonim dengan makna peduli dan belas kasihan. Demikian, mengasihi orang lain – keluarga, sahabat handai, jiran tetangga dan masyarakat secara keseluruhannya, terutamanya kelompok minoriti. Perasaan ihsan itu adalah soal menyelami penderitaan dan kemelaratan orang lain, lalu berusaha untuk mencari jalan bagi mengubatinya.
Program ini dikendalikan oleh Prof. Dr. Ruzita Mohd Amin, Ketua Unit dan Penasihat DSU UIAM, yang juga merupakan ahli aktif WADAH. Beliau menekankan bahawa usaha memperkasakan komuniti OKU tidak hanya memerlukan empati, tetapi juga pendekatan kepimpinan yang strategik dan inklusif. Program ini berjaya menarik 36 peserta dari organisasi seperti WADAH, Salwa, ABIM, PKPIM, KUDHUS, dan International Institute of Islamic Thought (IIIT).
Antara pengisian menarik termasuk sesi ceramah, pembelajaran pengalaman (experiential learning), sesi perkongsian oleh panelis OKU, dan perbincangan kumpulan. Aktiviti ini memberikan peserta peluang untuk memahami cabaran yang dihadapi oleh golongan OKU sambil meningkatkan kemahiran komunikasi dan kepimpinan.
Menurut Prof. Dr. Ruzita, program ini juga berperanan memperkukuhkan kerjasama antara NGO gerakan Islam dalam memperjuangkan hak-hak OKU. Dengan peruntukan sebanyak RM1,200, program ini merangkumi elaun panelis OKU, sekretariat, dan pengacara majlis. Perbelanjaan ini menunjukkan komitmen pihak penganjur dalam memastikan kelancaran dan keberkesanan program.
Di akhir program, peserta menyuarakan rasa syukur atas peluang ini dan berharap agar inisiatif seumpama ini dapat diteruskan di masa hadapan. Program yang berlangsung dari jam 8:30 pagi hingga 2:00 petang ini berjaya mencapai matlamatnya untuk meningkatkan kesedaran, empati, dan komitmen dalam memperkasakan masyarakat OKU, selari dengan nilai-nilai Islam yang inklusif.
Disediakan oleh: Prof. Dr. Ruzita Mohd Amin Ketua Unit, DSU UIAM Ahli Salwa Wilayah Persekutuan
WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN TERHADAP INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL KENYATAAN MEDIA 19 MAC 2026 Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyatakan kebimbangan yang amat serius terhadap perkembangan terkini di Timur Tengah susulan serangan ke atas FASILITI GAS SOUTH PARS MILIK IRAN—antara medan gas terbesar dunia—yang kini mencetuskan risiko besar kepada keselamatan tenaga global […]
WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI KENYATAAN MEDIA19 Mac 2026 | Bandar Baru Bangi, Selangor WADAH menyambut baik dan menyokong sepenuhnya inisiatif pertemuan antara wakil komuniti Muslim dan Hindu yang bertujuan mencari titik damai serta meredakan ketegangan antara agama dalam negara. Usaha ini […]
Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]
Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]