WADAH MENGUTUK KERAS PEMBUNUHAN ISMAIL HANIYEH

Kongsikan artikel ini :

WADAH BERSAMA RAKYAT MALAYSIA MENGUTUK SEKERAS-KERASNYA PEMBUNUHAN ISMAIL HANIYEH

WADAH melahirkan kebimbangan mendalam terhadap tragedi terkini pembunuhan Assyahid Almarhum Ismail Haniyeh, Ketua Biro Politik HAMAS yang telah jelas berlakunya penzaliman dan pencabulan hak asasi manusia yang sangat ketara.

WADAH mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang melanggar hak dan maruah individu, termasuk penggunaan kekerasan yang berlebihan, penahanan tanpa undang-undang, dan pencerobohan privasi termasuk pembunuhan seperti ini.

WADAH mendesak siasatan segera dan pertanggungjawaban terhadap pihak yang terlibat. Menjunjung hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang adalah penting untuk mengekalkan keamanan dan keadilan.

WADAH menggesa semua pihak agar mematuhi piawaian hak asasi manusia antarabangsa dan melindungi hak semua individu.

WADAH menyeru agar OIC dan negara-negara Islam menyegerakan membentuk pasukan pengaman dan menghantar mereka secepat mungkin ke Gaza dan Tebing Barat. Sekarang bukan masa untuk bersidang lagi; ini adalah masa untuk bertindak.

Israel telah jelas secara terang terangan melanggar ke semua resolusi dan keputusan Mahkamah Antarabangsa, sementara Amerika Syarikat (US) telah menggunakan kuasa veto untuk melindungi Israel.

Bagi umat Islam, pada hari ini, Assyahid Almarhum Ismail Haniyeh, Ketua Biro Politik Hamas, telah diangkat darjatnya dengan gelaran syahid. Sesungguhnya, ayat berikut memperkukuhkan hal ini:

“Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup disisi Tuhannya dengan mendapat rezeki.” [Al Imran: 169]

WADAH dengan rasa sedih dan ingin mengambil kesempatan ini, mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan rakyat Palestine atas tragedi ini.

“MENGANGKAT MARTABAT UMAT”

AZIZUDDIN BIN AHMAD
Setiausaha Agung
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)

31 Julai 2024 | 24 Muharam 1446H


Kenyataan Media|Kenyataan Media - BM

WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL

WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN TERHADAP INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL KENYATAAN MEDIA 19 MAC 2026 Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyatakan kebimbangan yang amat serius terhadap perkembangan terkini di Timur Tengah susulan serangan ke atas FASILITI GAS SOUTH PARS MILIK IRAN—antara medan gas terbesar dunia—yang kini mencetuskan risiko besar kepada keselamatan tenaga global […]

Baca Lanjut
PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM-HINDU PEACEFUL COEXISTENCE

WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI

WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI KENYATAAN MEDIA19 Mac 2026 | Bandar Baru Bangi, Selangor WADAH menyambut baik dan menyokong sepenuhnya inisiatif pertemuan antara wakil komuniti Muslim dan Hindu yang bertujuan mencari titik damai serta meredakan ketegangan antara agama dalam negara. Usaha ini […]

Baca Lanjut
Pek ceria raya

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) UNTUK MUALAF DI IOA CENTRE

Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]

Baca Lanjut
PEK CERIA RAYA

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) SANTUNI KOMUNITI OKU DI PPR LEMBAH SUBANG 2

Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
360
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
378657
Klik Sini